Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 1 September 2013

KALAU LAKSANA HUKUM HUDUD, KEJADIAN INI TIDAK AKAN BERULANG...

Pada hari Kemerdekaan Malaysia, Yong baca berita ini dengan sedih:

17:35:23 PM
Perompak larikan lebih RM600,000 selepas pecahkan tiga mesin ATM

KOTA BHARU: Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai sebanyak RM667,906 selepas memecahkan tiga mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Chabang Tiga Pengkalan Chepa di sini, pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kejadian kira-kira 3 pagi itu berlaku selepas suspek masuk ke kawasan yang menempatkan ATM itu melalui bumbung belakang bangunan.

"Penjenayah memotong jeriji besi pintu bangunan dan memotong mesin ATM dengan menggunakan gas oxy (Oxy-Acetylene).

"Kami percaya ia dilakukan oleh golongan profesional yang mempunyai kemahiran memecah mesin ATM dengan menggunakan gas itu," katanya di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata, penjenayah bagaimanapun tidak memecahkan mesin deposit tunai (CDM) di situ.

Mazlan berkata, polis menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti penjenayah melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di dalam bangunan itu dan kedai berdekatan.

"Maklumat orang awam amat diperlukan...penjenayah yang memecah mesin ATM ini dipercayai datang ke kawasan ini menaiki kereta.

"Saya juga mengharapkan supaya pihak bank terus melaporkan kepada kami jika terdapat bangunan kosong di kawasan sekitar premis mereka," katanya.

Sehingga Ogos lepas, tiga kejadian berkaitan samun mesin ATM berlaku di Pasir Mas dan Pengkalan Chepa, di sini. - BERNAMA

Tolong bagi tahu kita, rakyat Malaysia:

Sudah berapa kali kejadian pecah mesen ATM ini berlaku?
Sudah berapa ramai geng pecah mesen ATM ini kena tangkap?

Gangster seolah-olah mencabar kewibawaan polis. Baru saja polis tunjuk kekuatan dalam perbarisan Hari Kemerdekaan. Baru saja pihak polis keluarkan senarai kongsi gelap dan logo kongsi gelap. Penjenayah menyambutnya dengan memecahkan mesen ATM.

Masih amankah Malaysia? Semakin majukah Malaysia? Atau ini salah satu endless possibilities dalam 1Malaysia?

ADAKAH GENG PECAH MESEN ATM MASUK DALAM SENARAI?

Kalau bilangan anggota polis tidak cukup, rekrutle lebih ramai lagi. Penganggur sangat ramai di Malaysia. Tentu ada yang ingin menjadi polis.

Janganle polis asyik nak mengganggu aktiviti Pakatan Rakyat. Kami lebih berbudibahasa dan bertatatertib dari UMNO.


No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.