Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 24 August 2013

KOMER SEMUA SILAP! ALTANTUYA TIDAK MATI DI MALAYSIA..HAHAHA..

Dari mula bicara sampai bebas, takde siapa tahu macam mana muka dua orang malaun ini, kecuali polis, peguam dan adik berdik demer jer...

Orang yang dituduh tidak punya wajah. Jadi, tidak hairan jika orang yang jadi mangsa pula tidak punya sejarah.

Ya, tidak ada nama mangsa dalam senarai pelancong yang memasuki Malaysia. Kalau dah tidak ada, maknannya tidak adalah mangsa itu di Malaysia.

Jadi, komer semua yang heboh tu silap. Macam mana komer kata Altantuya mati dibunuh di Malaysia, sedangkan dia tidak pernah ada di Malaysia, kata imigresen.

Bagaimana pulak dengan cebisan tulang yang disahkan Altantuya oleh XXX?

Cebisan tulang itu dibawa oleh gagak dari Thailand. Atau mungkin juga Indonesia. Atau dari Mongolia. Ini bermakna blogger Ikut Suka Aku juga salah. Wakaka...

RIBUAN GAGAK TAK BOLEH JADI SAKSI

Tempat kejadian pun tak tahu kat mana...

INI ORANG ATAU ALIEN?

Tak payah AG nak rayu bagai. Bukan boleh menangpun. Gagak bukan boleh dihukum. Gagak cuma haiwan yang makan apa saja, tolak batu dan besi. Gagak juga haiwan yang dilindungi. Bukan dilindungi oleh Perhilitan. Tapi dilindungi oleh gerombolan yang mahu gagak membersihkan kotoran, sisa dan najis demer.

ENDLESS POSSIBILITIES.

4 comments:

  1. Tak tahu la apa nak jadi di Malaysia ni..(Menteri & Macai kata kalau x suka duk Malaysia,keluar je dari Malaysia ni) kesimpulannyer : Redho je la,doa & terus berdoa..Amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Rose

      Demer tu orang suruhanjer...Tapi yang herannya apese takut nak tunjuk muka?

      Delete
    2. sebenornya kepala tengkorak mana ada muka sebsb tu kena tutup takut hakim cabut lari...ini lah satu2nya kes bunuh yg melibatkan manusia berkepala tengkorak didunia.....hahaha!!!!

      Delete
  2. Salam kak yong.

    blimey!!

    Ni semua kerja setan, orang berpahaman Illuminati. hmm, kite hanya leh salahkan setan yang dikenali, ler nampaknyer..hehe.

    great...perancang,pembunuh dalam skandal ni on the loose.. good for 'em, bad for us all! Leh ler demer dikerah buat next assignment.

    Kisah 'drama' ni ada sequel. kejap ada detik suspen, melucukan, mengharukan, macam-2 ada. Trial ni timing wasn't right. Ia macam nak meracun pengaruh Naji* dalam UmNo, kasi pelingkup Naji* & orang kuat dia dlm pemilihan UmNo kendian ni. Demer nak up si Muhyidin lak.

    Teman nampak same aje ler sape pun jadi Presiden UmNo macam sape jadi Presiden Amerika gak ler. Demer tetap teruskan agenda Yahudi, Illuminati.. takkan ketara perubahan polisi tradi-sional - mengayang lawan dia for sake of their own interests.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.