Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 11 August 2013

N3 HUJUNG MINGGU: MISTERI RESTORAN COMEL DI PULAU MANIS, TERENGGANU


Yong nak story Pulau Manis Terengganu, bukan Pulau Manis Pahang. Story ini kisah benar menimpa dua orang anak muda. Nama demer Yong ganti dengan nama lain. Asri dan Kamil. Anak muda ini tak pernah tinggal solat. Kebetulan Asri kawan baik bodyguard Yong. 

Pekerjaan Asri memerlukan dia pergi ke sana sini. Walaupun pejabat induknya di Kuala Lumpur, Asri harus pergi untuk melaksanakan kerjanya di seluruh Malaysia. Salah satu tempat yang dia harus pergi ialah Kuala Terengganu.

Perangai pelik Asri ini ialah dia suka pergi menunggang motorsikal. Walaupun jauh, dia akan tetap menunggang motorsikalnya.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu dimulakan pada waktu malam. Dia menunggang motorsikal bersama Kamil yang membonceng. Itu satu lagi perangai peliknya. Menunggang motorsikal waktu malam. 

Sampai di Terengganu, fajar subuh sudah hampir kelihatan. Asri dan Kamil mencari masjid atau surau untuk solat. Kalau takde mungkin tempat yang boleh mengambil wudu' dan solat. Sambil memandu perlahan-lahan kedua anak muda memerhati keliling yang gelap dan sunyi sepi. Tak nampak surau. Tak nampak masjid. Kalau maghrib dan isya' atau zuhur dan asar boleh le jama'. Ini subuh.

Dalam memandu perlahan-lahan itu demer nampak tanda nama Kampung Pulau Manis. Gembira  dan bersyukur demer kerana akhirnya telah sampai ke sebuah kampung. Tentu ada surau.

Malang sekali demer tak nampak suraupun. Cuma pokok-pokok saja di kiri kanan jalan. Tiba-tiba di tepi jalan ada sebuah restoran yang terang benderang. Terus Asri membelok ke restoran itu. Pemiliknya seorang lelaki setengah umur memakai ketayap.

Asri bertanya sama ada boleh tumpang bilik air untuk wudu' kerana mahu solat. Lelaki itu kata restorannya ada surau. Alhamdulillah, kata hati Asri. 

Surau itu kecil sahaja. Sebelah dalamnya berwarna hijau. Asri dan Kamil solat subuh di situ.

Selesai solat, pemilik restoran pelawa untuk sarapan. Maklumlah dah pagi.

Mereka berdua pun sarapan. Sedap dan menyelerakan. Mereka sarapan sambil sekali sekala melihat program dalam TV. Rupanya restoran itu ada Astro!

Sudah kenyang dan membayar harga sarapan Asri dan Kamil meneruskan perjalanan.

Beberapa hari lepas itu, Asri dan Kamil pun selesai kerja. Demer pun balik ke Kuala Lumpur. Kali ini demer bertolak waktu pagi lepas subuh dari Kuala Terengganu.

Asri dan Kamil ingat nak singgah di restoran comel di Pulau Manis.

Demer ikut jalan yang sama. Puas demer mencari restoran comel itu, tapi tidak bertemu. 

Kemana pergi restoran itu?

Hingga hari ini restoran itu menjadi misteri dalam hidup Asri dan Kamil.

Mungkin ada pembaca dari Kampung Pulau Manis yang dapat memberi pencerahan misteri ini.

3 comments:

  1. A'kum Yong

    Ini cerita bunianlah juga ni Yong.
    Perkara yang tidak mustahil kerana saya sndiri pun pernah alami dan pernah bertegur sapa dengan makhluk ni. Salah satu peritiwa Yong boleh rujuk kat sini : http://www.mountdweller.blogspot.com/2008/09/orang-tua-di-gunung-stong.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mountdweller

      Mujur anak muda tu tak hilang dikidnap bunian tu...

      Delete
  2. mana Faiz ulama muda yang kata rampasan kuasa tentera dgn restu ulama Azhar utk kebaikan ummah...ulama ni masih berhingus nak campor politik.....tidor male pung masih kkencing....pooooorahhhh

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.