Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 7 October 2013

BERITA TERBAIK BUAT WARGA FELDA. RUPANYA DEMER SANGAT DIHARGAI OLEH UMNO

Setelah peneroka FELDA masuk angin keluar asap kerana saham FGV yang tidak menentu dan tanah kena pajak, sekarang demer akan mendapat hadiah istimewa. Apakah hadiah itu?

JENG JENG JENG!

HADIAH DARI PENGERUSI FELDA

Kesian warga Felda, penat mengundi UMNO untuk bagi menang. Sudahlah tanah dirembat, dihidang pula dengan filem yang tak laku ditayang di pawagam.

KUASA TERHADAP TANAH-TANAH YANG DIURUSKAN FELDA PLANTATION AKAN LENYAP (MALAYSIAKINI)

Beginikah caranya Isa Samad membalas budi pengundi FELDA yang menangkan UMNO selama ini? Adakah Pengerusi FELDA ini ingat warga FELDA boleh terus menerus ditipu melalui fiksyen Tanda Putera?

Baca sendiri dakwaan Anak yang cerdik: 

Felda mahu gadai tanah peneroka? 

Jamilah Kamarudin | October 3, 2013 
_________________________________________________________________________________ 
Anak mendakwa Felda menawarkan jumlah bayaran RM500,000 sekiranya peneroka bersetuju memajak 10 ekar tanah mereka untuk tempoh 30 tahun.
_________________________________________________________________________________

KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membuat laporan polis berhubung dakwaan terdapat pujukan daripada pihak pengurusan Felda agar peneroka memajak tanah milik mereka. 

Berdasarkan maklumat, Anak mendakwa Felda menawarkan jumlah bayaran RM500,000 sekiranya peneroka bersetuju memajak 10 ekar tanah mereka untuk tempoh 30 tahun. 

Cara pambayarannya adalah RM500,000 itu diberikan mengikut pecahan iaitu RM100,000 dibayar kepada peneroka (dengan bayaran RM5,000 sebulan), RM150,000 dimasukkan ke dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), manakala selebihnya digunakan untuk pengurusan peneroka sepanjang tempoh 30 tahun. 

Menurut Anak, pengurusan Felda sudah memulakan taklimat sejak Raya Aidilfitri Ogos lalu di beberapa kawasan penempatan Felda, antaranya Felda Kemahang, Felda Sungai Tengi dan Felda Teloi Timur dan ada peneroka yang bersetuju dengan tawaran berat sebelah itu. 

“Berdasarkan maklumat ini saya bimbang tanah saya akan dilibatkan dengan penggadaian. Saya yakin hasrat utama Felda adalah gadai tanah peneroka kepada pihak bank untuk mendapatkan pinjaman. 

“Kalau tanah sendiri telah dipajak dan perjanjian penyelenggaraan juga diserah hak, maka apa gunanya terus memajak tanah peneroka kalau bukan disalah guna. 

“Saya bimbang kesan gadaian sekiranya pinjaman dibuat daripada pihak bank dengan disandarkan pajakan peneroka, maka bank boleh melelong tanah peneroka sekiranya Felda gagal membayar balik pinjaman yang dipajak,” kata peneroka Nazara Muda dalam laporan polisnya. 

Laporan itu dibuat Nazara di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini tengahari tadi, ditemani Presiden Anak Mazlan Aliman, Penasihat Ekonomi Anak Dr Rosli Yaakop dan peguam Haris Abdullah. 

Bagaimanapun, keraguan utama timbul apabila wujud sekatan kepentingan dalam surat pajakan tanah yang ditentukan kerajaan negeri selaras dengan Akta Kawasan Penempatan Berkelompok (GSA) di bawah Tanah Rizab Melayu. 

Syarat pajakan tanah 

Mengikut syarat pajakan tanah kerajaan negeri Pahang, tanah yang dikurniakan tidak boleh dijual, digadai, dipajak, dicagar atau dipindah milik dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan segala surat perjanjian yang bertujuan untuk melepaskan atau menjual tanah tanpa penguasa negeri. 

Syarat itu juga menyebut, jika kebenaran diberikan maka penjualan, gadaian, cagaran, pajakan atau pindah milik itu hanya boleh dibuat kepada tidak lebih dua orang sahaja. 

Selain itu, tanah yang dikurniakan itu juga tidak boleh dilakukan sama seperti di atas melainkan bersekali dengan hak milik (lot ladang) yang berpegang dengan hak milik lot rumah. 

“Namun Felda masih berdegil untuk mendapatkan pajakan tanpa menghiraukan sekatan tersebut. 

“Pada hemat saya, sekatan tersebut adalah untuk menjaga kepentingan peneroka tanah agar tidak tergadai,” kata Nazara dalam laporan polis. 

Beliau sehubungan itu mendesak pihak berkuasa menyiasat proses pengambilan tanah peneroka. 

Katanya, ada satu perancangan daripada Felda yang akan menjejaskan kehidupan peneroka dan bersedia mengemukakan saksi yang hadir taklimat jika diperlukan.

Jelajah ‘Selamatkan Felda 2.0′ 

Sementara itu, Mazlan ketika ditemui diperkarangan luar IPD berkata, Anak akan mengadakan jelajah ‘Selamatkan Felda 2.0′ memberi penerangan kepada peneroka tentang muslihat di sebalik tawaran tersebut minggu depan yang akan bermula di Jengka, Pahang. 

Katanya, peneroka bakal kehilangan tanah sekiranya Felda gagal melunaskan pinjaman pajakan mereka setelah tamat tempoh tersebut sekaligus membuka risiko tanah tersebut dilelong. 

Mazlan juga mendesak agar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut -FMT

Dah habis baca dan FAHAM? Kalau dah faham tulisan kecil ini, tentu komer faham mengapa kemer (Yong dan teman seperjuangan) tidak sanggup melihat apa-apa bentuk penggabungan PAS dan UMNO. 

Sebabnya jelas. UMNO buat endless possibilities. 

Dalam Islam wujudkah Endless Possibilities? 

Fikir-fikirlah...


4 comments:

  1. Salam Kak Yong.

    Spot on. Setuju bebenor. Gabung apa lagi, UG? haha.. Tak payah! Fullstop! Mengarut aje, bukan boleh caya UmNo ni.. penipu besor!

    Teman suka kot boleh PAS-UMNo berkawan, pakat takat mana patut, sudah! TAPI bersyarat... kena ikut ajaran Islam. Baru boleh ikhlas! Perjuangan untuk Melayu itu, Melayu ni, semua tu tipu aje lebih. Yang tepatnya, "Melayu" yang dilaungkan tu sebenornya deme tu (hanya orang atasan UmNO, kroni deme aje) sendiri yang untung mentekedarah macam-macam!!

    Ate, penyokong deme pun deme dah buat macam pengemis di tanah sendiri, hulur tangan mintak bantuan ke sana ke mari. Getik sungguh le perangai penjajah tak cukup-cukup paksa, tekan orang.

    Dah agak dah Wayang Pacak akan ke hutan sawit, getah.. selepas dia "ke laut" @tak laku di pasaran. Kesian peneroka kena paksa tengok filem "epik" tu...haha.. Tolong ada makna ! Tu le UmNo, tolong sapa pun dia mesti nak in return - undi, kuasa pengaruh, ugut - Sampai ke mati le peneroka terpaksa tanggung "mengenang budi" punya pasal. Tu nilai patriotisme yang UmNo tarbiah rakyat dia.

    Cer PAS apply konsep tahaluf siyasi dengan UmNo pulak? hehe.. just for a change..kot mahu deme berubah, insaf?

    ReplyDelete
  2. Salam Hanz

    Setahu Yong yang tak pandai cakap Arab ni, endless possibilities itu milik Allah sahaja. Kita manusia, ada end, sebab kita akan mati. Dunia pun ada end, sebab dunia akan kiamat.

    UMNO dah ada ulama. Tak tahu ulama tu buat apa, selain buat lawak "ketentuan Allah."

    Nak insafkan UMNO? Insafkan diri sendiri dan keluarga sendiri dulu...

    UMNO duduk dalam tong taik. Nak terjun, terjunlah sendiri. Jangan bawa jemaah terjun sekali.

    Nak berdakwah? Berjuta di luar UMNO yang boleh didakwah. Kalau ikhlas, dakwahlah demer.

    ReplyDelete
  3. Peneroka FELDA ini sudah selesa sangat dengan kehidupan mereka , ramai saudara saya jadi peneroka FELDA walau pun pada kenyataan nya mereka bukan lah peneroka yang sebenar. Ramai yang tidak tahu bahawa yang menjadi peneroka adalah kakitangan FELDA yang bertungkus lumus membersihkan hutan dan meneyediakan segala galanya kepada kononnya (peneroka)itu.

    Setelah selesai semua nya maka peserta FELDA akan dipilih dari kalangan orang orang yang menyokong Kerajaan saja. Jadi saya rasa memang sepatutnya peserta FELDA itu berterima kasih kepada Kerajaan umno. Mana mungkin mereka akan menderhaka. Saya rasa biarkan lah mereka begitu, apa yang perlu adalah menanamkan ilmu ilmu Islam kepada mereka kerana ramai juga kalangan anak anak FELDA ini terlibat dalam gejala dada. Maka Parti yang bernuansa islam wajib berdakwah di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam 1melayu

      Ater, takkan nak kata padan muka pulok.

      Kesian anak cucu kalau jadi penagih dadah. Isa Samad nak tolong ke?

      Alahai...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.