MAKANAN ZAMAN PEMERINTAHAN JEPUN? |
Tentu ramai yang tahu ubi kayu sebagai makanan orang miskin. Tetapi, ramai tidak tahu ubi kayu adalah makanan yang baik untuk dimakan semasa menjalani ibadah puasa. Ini kerana ubi kayu mengandungi ciri-ciri tambahan yang baik untuk diet disebabkan sifat-sifatnya yang sihat. Antaranya:
SUMBER TENAGA:
Sebenarnya inilah sebab utama kenapa makan ubi kayu itu baik semasa kita berpuasa. Ini kerana ubikayu mengandungi sumber kesihatan yang tinggi dengan karbohidrat dan kanji untuk menyiapkan badan kita dengan tenaga yang banyak. Tambahan pula ubikayu memiliki kadar kolesterol dan lemak yang rendah. Maknanya, ia adalah makanan yang baik untuk dimakan apabila kita mahu menambah berat badan secara sihat.
KANDUNGAN MINERAL:
Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium. Walaupun kuantitinya rendah, ia boleh digunakan untuk bancuhan mengganti bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu yang hamil.
Daun muda ubi kayu (pucuk ubi) adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K. Vitamin-K mempunyai peranan yang berpotensi dalam struktur jisim tulang dengan menggalakkan aktiviti perawatan dalam tulang. Ia juga berupaya memainkan peranan dalam rawatan pesakit Alzheimer dengan menghadkan kerosakan neuron di dalam otak.
Ubi Kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan asid Pantothenic.
SERAT:
Kita semua tahu betapa pentingnya memakan serat yang cukup. Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai sejumlah serat pemakanan yang benar-benar baik, yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol, mengurangkan kadar kanser kolon serta membantu mencegah penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung.
CIRI PENYEJUKAN:
Tidak banyak penyelidikan yang boleh dijadikan rujukan untuk menyokong ciri ini, tetapi perubatan tradisional India telah lama menggunakan ubi kayu yang digabungkan dengan beras untuk membantu menyejukkan badan. Gabungan dengan nasi diperlukan kerana ubi sahaja tidak memiliki ciri-ciri kesihatan yang lengkap. Oleh itu, walaupun ubi kayu mungkin menjadi makanan tambahan yang sihat untuk diet, ia hanya diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada diet dan bukan keseluruhan diet. Maknanya, jangan makan ubi kayu sahaja.
Ubi kayu bebas daripada gluten. Dalam hubungan ini orang yang mengidap penyakit celiac (sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil and gangguan penyerapan nutrien daripada makanan), tidak boleh menerima (cannot tolerate) gluten. Makan ubi kayu menjadi alternatif untuk orang yang alah kepada makanan dari tepung gandun yang mengandungi banyak gluten. Ubi kayu mungkin mengandungi gluten jika diperoses bersama bahan yang ada gluten seperti digoreng dengan minyak masak yang tercemar dengan gluten.
UBI GETUK ORI LEBIH BAIK DARI YANG DIGORENG |
CIRI-CIRI LAIN:
Linamarin ialah sejenis bahan cynogen (racun) yang ada pada daun dan ubi berfungsi melindungi pokok dan ubi kayu dari dimakan oleh serangga atau haiwan. Daun ubi kayu mengandungi lebih linamarin berbanding dengan ubi.
Untuk membuang kandungan cyanogen ini, daun muda dan ubi kayu hendaklah diperoses dengan betul sebelum dimakan. Maknnya tidak boleh dimakan mentah. Ketika dimasak, cyanide yang terbentuk akan dilepaskan ke udara kerana toksin ini tidak menentu (volatile) sifatnya, dan tidak tinggal di dalam makanan. Kaedah pemprosesan yang betul memastikan kandungan cyanogen dalam ubi kayu berada dalam kadar yang boleh diterima.
Ubi kayu juga mengandungi tahap yang phyto-kompaun yang dikenali sebagai saponin yang bertindak sebagai steroid semula jadi. Apabila kompaun diekstrak dari ubi kayu ia membuat sabun yang sempurna semula jadi atau syampu.
Saponin membantu untuk mengurangkan keradangan terutamanya di bahagian sendi dan di dalam badan secara umum. Ubi kayu sering digabungkan ke dalam formula untuk merawat keadaan radang seperti keadaan artritis dan reumatoid. Kajian menyebut bahawa ubi kayu mempunyai keupayaan untuk memecahkan deposit mineral dan bukan organik. Maknanya ia membantu untuk memecahkan atau menghalang terbina kapur batu karang, batu karang hempedu atau kalsifikasi sendi. Kerana ciri-ciri anti-radang, ia juga boleh membantu dalam usaha pemulihan bagi gejala seperti radang prostat.
Orang yang mendapat protein yang sedikit atau tiada dalam diet lebih mudah terdedah kepada keracunan cyanide, kerana kekurangan asid amino yang diperlukan akan menyebabakan kegagalan dalam membantu menyahtoksik racun.
Orang zaman dahulu makan ubi kayu dengan kelapa. Tujuannya untuk menyahkan sisa racun dalam ubi kayu tersebut. Ini kerana kelapa mengandungi protein yang boleh memainkan peranan anti-toxic ini. Ia juga menjadikan ubi kayu lebih enak. Ubi kayu juga boleh dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan ikan kering. Semua makanan tradisional tersebut mempunyai khasiat yang tinggi. Hebat datuk nenek kita kan?
KESIMPULAN:
Tidak ada satu bahan harus dianggap sebagai sumber makanan untuk semua atau dapat merawat semua - ia perlu digunakan bersama-sama dengan pelbagai tumbuhan lain.
Penyelidikan untuk menghasilkan ubi dengan kadar linamarin yang terkawal dan khasiatnya yang lain masih berterusan.
Oleh kerana ubi kayu boleh meransang fungsi otak, Melayu mudah lupa tiada kaitan dengan makan ubi kayu. Tapi mungkin ada kaitan dengan makanan dari restoran Fast-Food.
Minggu lepas beli 1.5 Kilo ubi kayu yg empok dan dibuat tapai....habis dah! Pagi tadi beli lagi 3.5 kilo, nak buat tapai sat lagi....memang gila makan tapai ubi!
ReplyDeleteSalam ahusseyn
ReplyDeleteYong jeles sebab Yong tak tahu buat tapai. Ada belajor dari ibu tapi takde konfiden. Nanti Yong cuba. Boleh bagi resepi untuk 1 kilo ubi kayu berapa banyak ragi?
Terima kasih atas pencerahan berkenaan ubi kayu. Ubi adalah satu ciptaan tuhan yang paling bermakna untuk orang melayu. Tuhan tunjukkan bahawa sebatang ubi kayu boleh menjadi sepuluh kali ganda kerana bermula dengan satu pokok, batangnya boleh dipotong sepuluh untuk tanaman kali kedua. Kenapa orang melayu tak fikir buat sistem perniagaan atau pelaburan serupa itu....Isi dimakan, pokok boleh lipat 10 kali ganda.
ReplyDeleteSalam Jurutera Desa
DeleteYong takde kebun. Kalau ada mungkin buat business. Masa kecik dulu, ibu tanam ubi dan kami jual...sebagai kerepek.