Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 25 October 2013

INGAT LAGI KES 133,000 KAD PENGENALAN YANG HILANG?

INGAT LAGI PEREMPUAN INI?

Kalau tak ingat, meh Yong jentik ingatan komer melalui keratan akhbar ini:

HILANG KP DEKAT PRU13

Sebelum PRU13, perempuan ini sama famousnya dengan Pengerusi SPR. Yong takde nak ulang tulisan. Kalau miss baca jer di sini.

Menurut berita 3 orang kaum kerabat malaun perompak yang membunuh pegawai bank itu juga memiliki KP palsu:

SENANGNYA DAPAT KP PALSU

Adakah malaun-malaun ini sebahagian daripada 133,000 pemilik haram KP yang diberitakan hilang itu?

Nampaknya kekhuatiran menteri tentang kewujudan sindiket dan penggunaan KP palsu untuk tujuan melakukan jenayah telah menjadi kenyataan.

Syarikat Pengawal Keselamatan dipersalahkan. Bagaimana dengan JPN?

Syukur! Malaysia masih aman!

ENDLESS POSSIBILITIES

5 comments:

  1. Assalam...Yong, perempuan tu rasanya adalah salah seorang yang termasuk dalam kategori individu di Malaysia yang 'bodohnya' tidak boleh didakwa! Sudah jelas, penjenayah kini sudahpun ada didepan pintu rumah kita akibat dari projek IC segera untuk mempertahankan kuasa kerajaan Korup UMNO/BN! Perempuan ni mungkin menjadi pemain utama projek IC haramjadah ni! Harap-harap penjenayah yang diberi IC palsu ni tak berada depan pintu rumah perempuan ni sudahlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kak yong... salam kat sizzly7761 jugak le.

      ?? Semua ilang dah ke laut...IC, pistol, apa lagi hilang semua dah ilang, jatuh ke laut. Apa lagi nak ke laut lepas ni?

      Maruah negara pun dah ilang hari tu kat laut dengan kapal selam beli mahal-mahal (+bayar komisen agen pun mahal) boleh rosak tak leh selam? Ilang integriti jatuh laut jugak sebab orang luar seperti orang kepulauan Sulu senang boleh keluar masuk perairan negara sejak berpuluh tahun, dah dapat IC, jadi warga negara pun... semua total lose... hehe.

      Gejala rasuah, sikap tamak kuasa & harta dunia, penyelewengan kuasa, khianat amanah/tanggungjawab, the undoings semua ni bukan masalah kecik anak lagi ni...ni bukan saja penyakit virus tahap epidemic tapi dah pandemic..omnipresent.. everywhere.

      Delete
    2. Salam sizzly dan Hanz

      Entahlah! Rakyat asyik kena tipu jer. 133,000 MyKad yang hilang dalam tempoh 3 bulan itu amat aneh. Rakyat menunggu jawapan.

      Jika benar ada sindikit memberi MyKad kepada PATI yang kemudian menggunakannya sebagai tool untuk melakukan jenayah berat, cthnya bunuh, maka tangan-tangan bos agensi berkaitan turut sama berdarah.

      Kalau di negara komunis China yang gomen kawan niaga tu, demer dah kena tembak sebab jadi pengkhianat.

      Delete
  2. Saya andaikan 133,000 Mykad ini sekarang dimiliki oleh yang bukan berhak dan mereka kesemuanya bertindak membuat kekacauan dari dalam, kita semua akhirnya akan berserabut dan bermasalah besar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bhar zul

      Na'uzubillah! Mohon Allah lindungi kita dari musibah "La- ilaha-illa-anta-subhanaka-inni-kuntu-minazzalimin."

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.