Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 27 October 2013

KEMBARA AHAD: NEW YORK OH NEW YORK!

Atas permintaan pengunjung, Yong buat posting santai hujung minggu ini. Katanya, tak larat baca cerita politik dan kejahatan BN lagi. Dia minta Yong jangan lupa...

Ok. Hari ini Yong cerita santai jer...Walau bagaimanapun Yong minta maaf sebab takde gambor kami. Semua gambor ada di kampung. Jadi Yong kopipes ajer dari internet.

Masa buat Masters dulu kami ada cuti panjang untuk buat dissertation (kertas projek). Yong dah balik untuk kumpul data, tapi dah kembali ke Aston untuk penulisan. Yong ceritakan hasrat melawat New York ini kepada seorang rakan yang belajar di Birmingham University.

Bila berita itu tersebar, dua orang rakan lagi nak ikut. Seorang ada adik bekerja di Washington DC. Kalau pergi sana, dapat tempat tinggal free.

Ok. Opsyen itu bagus.

Kami pun pergi London untuk buat Visa. Kejap jer buat visa ni. Lepas buat Visa buat booking penerbangan dari London ke New York siap pakej dengan hotel. Naik kapal terbang tambang murah, Virgin Atlantic.

Masa itu takde internet lagi, weh!

Virgin Atlantic penerbangan London-NY agak istimewa. Menurut leafletnya, sebaris kerusi belakang telah dikeluarkan untuk memberi lebih ruang kaki. Walaupun tambang murah, ia tetap memberi keselesaan kepada penumpang. Tak macam AirAsia yang kerusinya huduh dan sempit tu...

SEKARANG KALAU NAK TAMBAH RUANG KAKI KENA BAYOR LEBIH

Kami tiba di lapangan terbang dan telefon hotel. Guna public phone le. Hotel itu ada perkhidmatan mengambil penumpang.

Yong awal-awal lagi dah bagi tau 3 orang yang ikut supaya jangan kedekut duit kalau nak berjalan. Takut sebab kedekut kita kena tipu.

Sepasang Mat Salleh yang berbulan madu turut sama naik van dengan kami. Kawan-kawan Yong dan Mat Sallih itu bingung sikit kerana pintu van di tempat lain.

Hahaha...Amerika memandu sebelah kiri.

Pemandu van, seorang berkulit hitam berkata sambil ketawa:

"What? You guys still going right hand drive?"

Baginya memandu ikut kanan itu kuno.

Kami nampak bangunan Sony tersergam. Pemandu van macam faham. Katanya:

BANGUNAN SONY, NEW YORK, DIBERITAKAN DAH KENA JUAL

"Half of the buildings in New York owned by the Japanese. The other half belongs to Donald Trump."

"Hahahahaha....!" 

Kami tolong gelak jer. Kesian warga New York. Dalam hati teringat Johor Bahru.

Malam di hotel kawan-kawan tak boleh tidur. Sebab setiap beberapa minit kedengaran bunyi siren. Yong pulak jenis dalam keadaan riuh rendahpun boleh pejam, asalkan bunyi itu jauh.. Kadar jenayah di New York tinggi.

Esoknya kami nak jalan-jalan. Lebih mudah kalau kami naik bas persiaran. 

Dari raut wajah dan nama, pemandu pelancong ini orang Filipina. 

Ikut adat demer, kita kena bagi tip. Tiga kali bas persiaran berhenti dan kita turun, tiga kalilah Mamat Filipino ini menadah tangan minta tip. Hampeh!

Petang kami keluar shopping ke kompleks Macy. Kalau tak pergi Macy macam tak pergi New York. Macy adalah antara syarikat departmental store paling berjaya dan bukan milik Jepun. Demer kata "Truly American." Tak kira Yahudi, Jerman, Polish, Italian...Semua American.

Pemandu teksi di New York memang sangat pantas. Tak ubah macam dalam TV tu...Kalah semua mat rempit di Malaysia...Pak Itam ni menyelit sana-sini, konar-baring, etc..etc... 3 orang kawan Yong asyik menjerit...

Semakin demer menjerit, semakin seronok Pak Itam tu memandu...CIS!

DALAM KEADAAN MACAM INI KALAU TAK MEREMPIT TAK SAMPAI  LE

Yong minta kawan-kawan supaya cool. Tapi muka demer dah pucat. Sampai ke Macy, baru nampak lega dan boleh ketawa. Demer kawan baik Yong, tapi semua lady-like...Alahai..

MACY REBRANDING, TAPI BANGUNAN LAMA

Esok pagi kami pergi ke United Nation. Ada kawan kerja di situ. Diapun bawa kami ke Library. Selain dari itu kamipun ikut kumpulan yang melawat UN hari itu.

BENDERA MALAYSIA

Esoknya pulak kami mencari stesyen bas untuk pergi ke Washington DC. Jauhnya 329 kilometre sahaja dari New York. Kebetulan stesyen bas tidak jauh dari hotel. Kami heret beg sepanjang jalan. Tapi disebabkan bangunan yang tinggi, kamipun konfius dan sesat. Sampai satu tempat kami nampak ramai polis berkumpul. Disebabkan setiap malam kami disajikan dengan bunyi siren, tiga orang kawan Yong yang badan  "berisi" menjadi takut. Lebih-lebih lagi polis-polis itu berbadan besar dan membawa senjata. Berbeza dengan polis di Birmingham, UK yang bawa kayu. 

Maka Yong badan ghenik ini disorong untuk menyapa polis.

Rupanya polis-polis ini ramah tamah belaka. Demer pun bagi tau dengan detail mana tempat yang kami nak tuju. Siap suruh kami berhati-hati lagi. Alhamdulillah.

POLIS NEW YORK TIDAK KELIHATAN BERJALAN SENDIRIAN

Seramai 47 juta pelancong mengunjungi New York setiap tahun berbanding dengan hanya 25 juta mengunjungi Malaysia.

Kenapa agaknya ya?

Apapun, kalau ajak Yong jalan-jalan di New York hari ini, Yong tak sior. Baik pergi Sabah.

*Bersambung...


No comments:

Post a Comment

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.