Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday 10 October 2013

PUNCA PAYAH BEBENOR WANITA UMNO NAK CARI PENGGANTI TOKEY LEMBU...

Semalam Yong dapat sms dari seorang kawan yang UMNO totok. Kawan ini dari keluarga UMNO sejak zaman Dato Onn lagi. Dia ajak keluar high-tea. Lama tak sembang, katanya.

Kami sembang sambil makan tapai ubi...sambil minum air kelapa. Tapai ubi tak berapa best. Tapi jadile, udah tak reti buat sendiri.

"Tau tak kenapa wanita UMNO sekarang lemah, macam takde pelapis?" Tanya Kawan Yong.

Yong tau. Tapi baik toksah cakap apa-apa. Biar dia cakap saja.

"Sebabnya, kalau orang perempuan, cepat sangat diorang nampak mana silap, highlight dan kritik. Kalau lelaki silap besorpun, masing-masing terus pertahankan." Kata Minah UMNO ni.

"Contohnya?" Tanya Yong.

"Tau tak apa jadi pada Naib Canselor UKM dan UIA? Apa salah diorang jika dibandingkan dengan Tajuddin Ramli dan Ali Rustam?"

What the heck is this Minah trying to tell me?

"Bila perempuan jadi ketua, terus kata lemah, tidak tegas, tidak cekap, bla...bla...bla...Sedang ramai ketua lelaki yang pondan, salah guna kuasa dan tidak amanah." Sambungnya.

"Apa salah Naib Canselor UKM dan UIA?" Sungguh. Yong memang tak mengikuti perkembangan dua Naib Canselor ni. 


Kawan tolong bagi link minta Yong baca. Hmm...link macai rupanya. 

http://yuseriyusoff.blogspot.com/2012/10/prkampus-naib-canselor-ukm-rektor-uiam.html

Bila baca posting pada link itu baru Yong tahu, rupanya masalah di UKM dan UIA ialah kerana kebangkitan pemimpin mahasiswa pro-pembangkang.

"Apa beza dengan Ibrahim Ali?" Tanya Kawan Yong.

"Kan dia pejuang tegar Melayu?" Jawab Yong. Cuba memancing rahsia.

"Bukankah dia dulu pun pemimpin pelajar yang menentang kepimpinan UMNO?" Soal kawan Yong lagi. "Dia sama-sama dengan Anwar Ibrahim" 

"Bezanya gaya thinking Ibrahim Ali dengan Anwar Ibrahim. Ibrahim Ali tak tahu malu. Jumud. Anwar Ibrahim ada world view." Balas Yong.

"Setuju." Kata Minah UMNO. "Aku tak sokong Anwar Ibrahim. Tapi ada pandangannya yang betul."

"Salahkah kalau budak-budak ada pandangn politik yang berbeza dengan kita?" Yong curah minyak.

"Itulah yang jadi masalah...Kata demokrasi... Dah tukar Naib Canselor jadi lelaki, ranking terus merudum...!" Minah UMNO mengeluh.

"Sebab tu perempuan intelek tak mahu masuk UMNO." Yong tambah minyak lagi.

"Betul." Jawabnya. "Sudah tiada pelapis. Semua ingat perut jer. Langsung tak ingat bangsa, Islam dan negara."

"Macam si Azeez tu....Tiba-tiba jadi bos Tabung Haji. Apa kelayakannya?" Kata Yong lagi.

"Sebab itu aku kata tadi. Salah orang perempuan diorang nampak. Salah orang lelaki, diorang defend. Sangat memalukan dan regressive apabila urus tadbir undur ke belakang." 

Wah, kawan Yong ini bercakap macam intelek pulak. Memang dia intelek pun. Tapi golongan intelek yang kian pupus dalam UMNO. 

"Tapi kalau gabung UMNO+PAS+PKR, mungkin muslimat dan wanita PKR yang bijak boleh sumbang untuk mengisi gap ini. Misalnya, mungkin boleh tolong menyelesaikan masalah sosial negara." Katanya.

Ah! Nak UG rupanya Minah ni. Nak UG sebab wanita UMNO sudah pupus dari segi kewibawaan dan kemampuan intelek kepimpinannya.

Yong senyum jer...teringat... mungkinkah idea ni dah masuk dalam kepala otak sesetangah pemimpin dalam PAS?

***BERSAMBUNG***

2 comments:

  1. Assalam...Yong, sebelum yong sambung cerita, biarlah saya bagi ingatan takut-takut nanti yong terlupa,terlalai atau golongan wanita yang membaca mungkin terpengaruh dengan idea kawan yong nih... Ingatan saya ialah kalau nak ber UG pun carilah partner yang 'bodoh tapi ada usaha nak jadi cerdik' jangan cari partner yang ' cerdik tapi nak sangat jadi bodoh'...kawan yong ni agak-agaknya dalam kategori mana? Bukti menunjukkan cerdik pandai yang masuk kandang UMNO cepat benor jadi lembu.....begitulah juga golongan cendekiawan @ professor bila masuk kandang UMNO atau bermain tepi kandang cepat benor jadi cendawan dan professor kangkung! Ringkasnya janganlah ber UG dengan UMNO sebab virus bodoh dia sangat cepat menular dan susah nak pulih kecuali unsur 'eee' dalam virus tu di nyahbuangkan! Hehehe......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sizzly

      Komen miker ni susah Yong nak jawab. Tapi, hmm...takat ni Minah ini tak masuk kategori profesor kangkung lagi.

      UMNO pun sebenarnya nak nyahbuang unsur 'eee' itu, tapi tak berjaya.

      Sapa suruh pilih Najib jadi presiden? Padan muka ler. Sekarang semua terpaksa bermulut manis... Hidup dalam pura-pura.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.