Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 13 October 2013

SELAMAT BELAYAR PAS JOHOR! SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMBERKATI PELAYARANMU...


GAMBAR HIASAN JER

Mula-mula Yong nak ucap tahniah kepada Suhaizan Kayat yang dicalonkan oleh PAS Johor untuk kerusi Ketua Pemuda PAS Pusat. Yong juga ucap tahniah kepada PAS Johor kerana mencalonkan Dato Dr Mahfodz sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. Tetapi tahniah yang tertinggi harus pergi kepada perwakilan Johor yang begitu berusaha bersungguh-sungguh menempa tempat dalam kepimpinan PAS Pusat - pastinya demi Islam.

Jangan salah faham.

Ini bukan gimik!

Ada peribahasa Melayu yang berbunyi: 

"Belayar sampai ke pulau."

Ramai orang Melayu tidak tahu peribahasa ini. Kerana apa tidak tahu? Kerana PM kita dulu mamak. Dia hanya tahu buat peribahasa baru: 

"Melayu mudah lupa."

Okay. Apa makna peribahasa ini?

Maknanya, hidup ini mesti ada visi dan matlamat serta sanggup berkorban dan menempuh segala rintangan demi mencapai matlamat itu. 

Pelayaran kedua tokoh PAS Johor itu telah bermula. Sabarlah menempuh gelombang dan ribut taufan yang akan menentang perjalananmu. Semoga Allah sentiasa memberkati pelayaran ini.

DR MAHFODZ

SUHAIZAN KAYAT

Tetapi ada juga pemimpin dalam PAS yang menyangka dia sedang belayar ke pulau yang penuh harta benda. Sebenarnya, yang menunggu di sana hanya segerombolan lanun. Teruskanlah pelayaran ke pulau kapuk itu. 

2 comments:

  1. entri yg sungguh ...apa ya...hingga x terkata..yong the best.

    sepatutnya yong ada satu kolum khas di harakah daily..dia orang tak offer ke?.

    ReplyDelete
  2. Salam simpang44

    Alhamdulillah. Semua yang ada pada Yong adalah anugerah Allah jua. Takde siapa di harakahdaily offer apa2. Biarlah. Yong fisabilillah jer.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.