Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 13 November 2013

NAIB CANSELOR UiTM WAJIB AHLI UMNO?

PENGURUSAN UiTM SEKARANG GAGAL MENAIKKAN RANKING UNIVERSITI

Bukan rahsia lagi UiTM bakal mendapat Naib Canselor baru. Beberapa nama sedang dipertimbangkan untuk dilantik ke jawatan tersebut di universiti terbesar negara itu.

Sebenarnya untuk jadi Naib Canselor tak perlu persetujuan PERKASA.

Kalau ikut PERKASA...haru...

Tetapi ada satu konvensyen yang tentunya tak bertulis: Naib Canselor UiTM mesti ahli UMNO. Setakat penyokong Kerajaan sahaja tidak cukup. Betul atau tidak?

Berapa nama yang disebut-sebut termasuk Dato' Prof Dr Mustafa Mohd Zain (Perakaunan), Prof Ir Dr Abdul Rahman (Kejuruteraan) dan Prof Dr. Rahmat (Undang-Undang).

Ada yang kata semuanya lapan nama naik ke kementerian untuk dipertimbangkan.

Kecuali Prof Dr Rahmat yang kini berada di luar negara (pernah menjadi Timbalan Naib Canselor), kedua nama di atas juga berpengalaman memegang jawatan yang sama di UiTM. Malangnya Dr Mustafa dan Dr Abdul Rahman gagal membantu menaikkan martabat universiti Bumiputera tersebut. 

Kabarnya ada yang sedang melobi menteri-menteri kerana ingin menjadi Naib Canselor UiTM. 

Alahai...

Ingatlah! Jawatan Naib Canselor itu satu amanah yang wajib dipikul dengan penuh istiqomah. Jadi, apa yang penting, Naib Canselor mestilah seorang yang berpengalaman dan berkeupayaan membawa UiTM ke arah pendidikan dan pembelajaran yang berkualiti. Orang ini akan meransang peningkatan ranking universiti dari tercorot kepada kedudukan yang lebih dihormati. 

Siapakah orang itu?

Walau bagaimanapun, kalau perlantikan Naib Canselor UiTM tak perlu ikut nasihat PERKASA, nak ikut nasihat siapa pulak?

Tun Dr Mahathir?
Menteri Pelajaran?
Najib?
Isteri Najib?

Tak sabar nak tengok Naib Canselor baru yang akan membersihkan semua taik Naib Canselor lama.

Jangan ada yang fikir UiTM ini lubuk untuk menggagau emas.

Apa kata kalau sekiranya kali ini Naib Canselor UiTM dipegang oleh seorang perempuan?

6 comments:

  1. Assalam..Yong, simpang malaikat 44 la wei..Tolonglah jangan lantik Naib Canselor dari kalangan ahli atau penggiat UMNO! Madey kata ahli UMNO ni banyak yang 'Hasan Malek' dan kalau dia orang jadi Naib Canselor, nescaya ramai pelajar yang akan dihasan malekkan! Kalau macam ni, sampai bila pun ranking Uitm takkan meningkat! Lagi menjunam adala kot.....sebab yang mendidik dan yang didik sama sama ha alif sin alif nun Mim alif lam ya kaf = Bodoh....

    ReplyDelete
  2. Salam sizzly

    Tun Mahathir mahu seorang tokoh akademik menjadi Naib Canselor di UiTM. Tapi adakah yang berkuasa melantik itu mahu mendengar saranan Mahathir?

    Untuk maklumat ranking 701+ itu adalah ranking tercorot. Jika jatuh lagi UiTM akan hilang dari senarai 800 universiti terbaik dunia.

    http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/09/berita-silap-uitm-sebenarnya-bukan-di.html

    ReplyDelete
  3. Yang tidak elok bukan UiTM, tetapi siapa yang mentadbirnya. Kalau amal falsafah RIRO "Rubbish in Rubbish Out" , semua organisi pun akan terlingkup. Yang hebat-hebat tahap kepandaiannya bukan kurang di UiTM. Tetapi kalau orang hebat macam mana pun tidak diasah selalu dengan budaya kerja cerdik pandai yang baik, dan diburukkan lagi dengan kehebatan pentadbir-pentadbir hipokrit,, maka semua yang hebat pun akan hilang kehebatannya. Tempat hebat ini tak ubah seperti kilang dengan infra kelam kabut dan obsessi pom-pom. Ramai yang gila kuasa dan pentingkan fiesta dari mencari jalan terbaik meningkatkan proses pencarian ilmu. Jangan cakap tentang falsafah pendidikan dan impak terhadap pemikiran, dengan otak orang simplistik yang hanya sibok hendak mengaburi mata orang atas dengan khabar berita yang cantik-cantik. Yang pasti ramai pengajar merana kerana yang gila kuasa terus dibiar gila dengan kuasa mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jan Duncan

      Setuju. Tapi kalau kita maintain kepimpinan yang sama di UiTM, adakah akan berubah?

      Bolehkan pengurusan atasan ini diasah lagi "kehebatan tersembunyi" demer jika mindset sudah korup?

      UiTM perlu tenaga pengurusan yang baru. Period.

      Delete
  4. Salam.

    Cer swastakan aje UiTM ni?? Kot bila dikorporatkan mungkin boleh maju UITM in short period of time, albeit, in a way or another....hehe.

    UITM ni institusi yang keliru identiti & objektif sendiri kot ni hasil pembudayaan "Melayu" yang tersasar. Malu le kite takat tu aje tahap UITM which supposedly stand out among others!! Come on ultra-men Melayu semua, save UITM from this humiliation.. do seomething to add up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Kalau diswastakan, Yong nak minta kerja di UiTM pulak lah...Kahkahkah...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.