PEMIMPIN PAS YANG DIGERUNI UMNO |
Khalid Smad bekas banduan ISA pada tahun 1987. Dia dipenjara selama 9 bulan semasa Operasi Lalang. Walau bagaimanapun, tidak ramai orang di luar PAS kenal Khalid Samad sebelum dia menang di kerusi Parliament Shah Alam pada PRU12. Dia mengalahkan Aziz Shamsudin, orang kuat UMNO. Undi protes, kata UMNO, kebetulan orang UMNO pun menyampah pada Aziz Shamsudin. Sebab itu dia kalah.
Apa yang tidak dilakukan oleh pencacai bagi memburuk-burukkan Khalid Samad setelah dia menang di kubu kuat UMNO itu?
Namun, bukan hanya UMNO yang memusuhi Khalid Samad. Beberapa pemimpin dalam PAS juga melihat Khalid Khamad sebagai competitor yang sukar ditangani. Ini termasuk Hassan Ali dan macai-macainya. Khalid Samad sendiri telah menghurai mengapa konflik Khalid Samad-Hassan Ali ini berlaku:
SIFAT KETERBUKAAN KHALID SAMAD (SUMBER) |
Dalam tahun 2010, Jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Khalid Samad digantung enam bulan dari jawatan dalam Parti manakala Pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali diberi amaran bertulis sahaja. Keduanya didapati bersalah di bawah fasal 75 Perlembagaan PAS. Khalid Samad digantung daripada menjadi Yang Dipertua Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik PAS Pusat.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengumumkan keputusan itu berkata, Khalid didapati bersalah kerana mendedahkan maklumat sulit parti dan mengkritik pesuruhjaya PAS Selangor Hasan Ali.
Manakala Hasan pula didapati bersalah mengkritik prosedur tatacara pendengaran Selcat dan pelantikan pengurus besar PKNS, Liow Siew Moi.
Ada yang menjangka kerjaya Khalid Samad dalam PAS pasti hancur setelah tidak memegang jawatan dalam Parti. Ternyata tindakan menyingkirkan Khalid Samad ini gagal. Yang tertendang keluar ialah Hassan Ali.
Semua yang dilakukan gagal meminggirkan Khalid Samad, tetapi sebaliknya menonjolkan lagi namanya.
Pada PRU13, Khalid Samad mengekalkan kemenangannya di Shah Alam mengalahkan Zulkifli Nordin, Naib Presiden PERKASA.
Apa kaitannya dengan UiTM?
Apa kaitannya dengan UiTM?
Ramai tidak tahu PERKASA telah mula bertapak di UiTM, Shah Alam, sehingga ada desas desus "Anugerah Ibrahim Ali" akan diwujudkan. Anugerah mengarut ini sudah tentu mendapat bantahan ramai!
Warga UiTM Shah Alam terdiri daripada lebih kurang 11,000 staf dan 53,000 pelajar. Bukan semuanya berdaftar sebagai pengundi. Yang berdaftar tidak semestinya mengundi di Shah Alam.
Kerana itulah UMNO mensasarkan warga UiTM.
Tetapi menurut kajian yang dilakukan, dari 10 warga UiTM ditanya, 8 orang adalah penyokong Pakatan Rakyat.
Mengapa fenomena ini berlaku?
Tidak taatkah kaum Bumiputera ini kepada negara?
Jawapannya mudah:
BN (baca UMNO) gagal memberikan yang terbaik untuk UiTM. Projek Private Finance Initiative (PFI) dilihat bukan menjadikan UiTM lebih gemilang, tetapi sebuah IPTA paling banyak hutang. Baik serah sahaja UiTM ini kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbirnya. Mungkin ia akan jadi lebih baik, telus dan cemerlang.
Tapi mustahil UiTM akan diserahkan kepada Pakatan Rakyat kerana kerajaan dikuasai Barisan Nasional.
Sebab itulah warga UiTM akan terus memenangkan Khalid Samad, demi menyuburkan semangat untuk melumpuhkan penguasaan BN terhadap IPTA, khususnya UiTM.
Terima kasih BN kerana mengekalkan kangkung-kangkung mentadbir UiTM. Semoga dengan ini tercapailah hasrat warga Shah Alam, khususnya UiTM untuk memberi peluang kepada Pakatan Rakyat membetulkan segala kebobrokan pentadbiran UiTM dan univeristi di Malaysia, amnya.
Buat Khalid Samad dan PAS amnya, tolonglah warga Shah Alam merealisasikan impian yang murni ini.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.