Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 6 November 2013

TAHNIAH PAS KERANA KALAH DALAM MENANG

Sejak malam kelmarin 12, 069 pengundi Sungai Limau sedang meraikan kekalahan dalam kemenangan.

Ya, jentera PAS dengan bantuan PKR dan DAP memang kalah dengan kemampuan jentera UMNO dan sekutunya SPR serta jabatan awam.

Sharizat kata "kita menang dalam kalah."

YANG SENYUM KELILING SHAHRIZAT ITU SEMUA SUDAH MENANGKAH?(MALAYSIAKINI) 

Kalau UMNO menang, di manakah kemenangan itu? Di manakah pula PAS kalah? Sebagai rujukan kajian, berikut beberapa contoh gambar kemenangan UMNO:

1. MENGHINA ORANG MELAYU

Seronok sangatkah melihat orang Melayu berebut beras seperti ini? Tak kira lelaki perempuan, macam kelaparan sangat. Tidak bolehkah, jika iapun nak bagi sekampit beras, urus supaya penerima beratur cantik dan tidak berebut? Bahagian menghina orang Melayu UMNO menang. Pakatan Rakyat kalah.

GAMBAR YANG MEMALUKAN MELAYU

2. JUALAN MURAH

Jualan murah ini kata bos SPR bukan rasuah. Sebabnya tiada janji mesti mengundi calon UMNO (BN). Betul juga, walaupun harga barangan yang ditawarkan murah sampai tidak munasabah. Dari segi ini juga PAS kalah. memang PAS tak mampu membuat program lelongan seperti ini.  UMNO menang.

APA YANG SEDANG DILELONG SEBENARNYA?

3. MENYEMARAKKAN FITNAH


Inilah kemenangan yang hakiki bagi UMNO. Beberapa gambar boleh dimasukkan dalam kes ini. Mengaibkan orang dan kemudian membuat fitnah:

a) Spender

Spender dibawa ke sana-sini di Sungai Limau untuk apa? Apa kaitan spender dengan pilihanraya? Tiada kaitan langsung, kecuali hendak mengaibkan pemimpin tertentu dalam PAS yang tidak bertanding dan bukan orang Kedah pun. Memang sah menang kerana tiada siapa mencabar untuk bawa spender cap Soi Lek.

APA KAITAN SPENDER DENGAN SUNGAI LIMAU KALAU BUKAN UNTUK MENYEMARAKKAN FITNAH?

b) Patung Kudung

Pemergian ustaz azizan bukan hanya kehilangan bagi PAS, tetapi kesedihan bagi keluarga. Sampai hati mempermainkan kedukaan sesama insan. Masih boleh dianggap manusiakah dalang yang menggantung patung kudung ini? Lepas gantung repot polis! Menang!

BILA HATI SUDAH HITAM

c) Penyebaran Fitnah

Tak pasal-pasal wajah seorang ustaz terpampang dalam blog-blog pro-UMNO dengan dakwaan telah ditangkap kerana menggantung patung kudung. Hampir semua blog pencacai menyiarkan fitnah ini. Menang lagi UMNO dalam bab menyebarkan fitnah.

RUPANYA GAMBAR DIAMBIL DARI FACEBOOK INDIVIDU INI

Polis kemudiannya menafikan ada melakukan tangkapan terhadap ahli PAS yang didakwa menggantung patung kudung tertulis kaki ustaz Azizan. Tapi SKMM buat apa terhadap blog yang asyik memfitnah ini? Tidur kah?

TIADA TANGKAPAN MAKNANYA APA?

4. TIPU

Tipu UMNO dan DN ini sudah jadi macam budaya. Setiap kali pilihanraya, ada saja cara kreatif untuk menipu. Endless possiblities:

a) Kelayakan Calon BN

Heboh diwar-warkan calon BN seorang profesor dari UPSI. Beguslah kalau betul seorang profesor. Tapi rupanya semua temberang jer. Calon BN seorang pensyarah kanan gred DS52. Profesor Madya pun belum dapat. Apa tujuan Bernama mengelirukan orang awam tentang kelayakan calon BN?Alahai... Nak tipu pun agak-agakla... Menang dalam penipuan.

BERNAMA BERSEKONGKOL DEMI MEMPROMOSI CALON BN?

b) Lakonan Keluar Parti

Banyak lagi kemenangan UMNO yang tidak tercatat. Ini termasuk adegan lakonan ulangan UMNO masuk UMNO. Skrip sama, tapi pelakon lain. Drama ini sangat popular sampai ulama UMNO pun terlibat dalam lakonan. Alahai... Memang boleh dapat oskar!

GAMBAR HEBAT UMNO MASUK UMNO 

Selama ini BN menang dalam menang. Tapi kali ini, walaupun BN menang dalam usaha pemberian gula-gula pilihanraya dan auta, tetapi kemenangan itu gagal untuk diterjemah kepada kemenangan dalam pilihanraya.

KEMENANGAN CALON PAS DI DUN20 SUNGAI LIMAU, KEDAH BUKAN KEMENANGAN PAS SEMATA-MATA. TETAPI KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT. JANGAN ADA YANG LUPA.

MUDAH-MUDAHAN RAKYAT TIDAK TERTIPU!!

5 comments:

  1. ramai le org sg limau kena kencing manis plak lepas ni sbb makan gula lelong masa prk hari tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam azmie

      Bukan kencing manis saja...Hubungan kekeluargaan pun mungkin hancur, seperti kata PM. InsyaAllah ini tidak berlaku kepada 12 ribu yang mengundi PAS.

      Delete
  2. Tak kesah le yong, janji menang... dan kita amat bersyukur dgn kemenangan yg Allah kurniakan itu...Alhamdulillah... dan kita tidak terlibat dgn kerja2 busuk sepertimana yg mereka lakukan... Alhamdulillah... Allah melindungi kita dari membuat dosa fitnah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam otaklunyai

      Itulah yang tersirat. Jangan ada yang memperkecilkan kemenangan yang sukar ini. Jangan disia-siakan kepenatan usaha para petugas yang merealisasikan kemenangan ini.

      Delete
  3. Salam kak yong.

    What are these UmNo obnoxious bigot leaders without their armor of Makeups?

    Deme kena le selalu selalu umum itu ini, menakut-nakut orang kita sendiri, buat fitnah lawan agenda politik, tipu sana sini untuk terus berkuasa.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.