Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 7 November 2013

DI SAAT RAKYAT GEMPAR KERANA RAMAINYA PATI MEMILIKI MYKAD PALSU, CIA PULAK BEKERJA DI PEJABAT PEGUAM NEGARA, PELIK TAK?

Ini cerita paling pelik selain cerita Liwat 1 dan Liwat 2. Cerita ini tak payah Yong hurai. Baca di The Malaysian Insider sudah cukup.

AGEN CIA DI PEJABAT PEGUAM NEGARA PULAK DAH

Alahai...yang lantik Gani Patail jadi Peguam Negara tu siapa? Bukanke Chedet. Lantik mamat ni umpana hadiah sebab berjaya memenjarakan Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia bukan macam Chedet. Rakyat Malaysia masih ingat lagi.

Tapi bukan itu yang menjadi pelik sebenarnya. Yang lebih pelik ialah kenapa tuduhan ini muncul di saat-saat ramai pengawal keselamatan kena tangkap kerana memiliki Mykad palsu. 

Ini yang pelik.

Mengapa sekarang?

PAGAR YANG RUNTUH

Secara selamba, macam perkara ini tak serius, Ketua Pengarah JPN masih dalam delusi dilanda sindrom penafian. Ini katanya:

JAWAPAN YANG ORANG BODOH SAJA PERCAYA

Kalau tukar gambar muka, tetapi maklumat lain kekal macam mana Ardi Hamza itu boleh buka akaun bank? Jawab Jariah Mohd Said!

Jika kita hilang MyKad pun, kita akan dapat balik MyKad itu dengan nombor yang sama. Bagi kes Ardi Hamza, nombornya: 770818-12-6721!!!

Kalau ikut cakap Ketua Pengarah JPN ini, maknanya ada dua orang bernama Ardi Hamza di Malaysia, memiliki MyKad yang sama tapi wajah berbeza.

Ramai juga yang telah lama memiliki MyKad palsu!

Ini pula kenyataan syarikat keselamatan yang dah jadi kambing hitam:

SALAH SIAPA SEBENARNYA?

Kenapa selepas kes pengawal keselamatan haram ini ramai ditemui, tiba-tiba ada 2 orang agen CIA di Pejabat Peguam Negara?

Red herring? 

Berikutan dengan penemuan banyak pengguna MyKad palsu ini, Ketua Pengarah JPN patut letak jawatan saja, atau dipecat kerana incompetent.

Jika terlepas N3 terdahulu yang berkaitan dengan MyKad palsu, baca di sini, di sini dan di sini.

5 comments:

  1. salam yong,

    apa ? letak jawatan ? jangan harap ler, ini bukan negeri jepun yong. mari kita pakat2 tengok telemovie arahan cedet ni hingga episod akhir,

    ReplyDelete
  2. Salam shellyrimula

    Wishful thinking. Tak salah mengharap kan?

    ReplyDelete
  3. Chedet tu keling..keling tu chedet...2x5..5x2

    ReplyDelete
  4. Salam Kang kong

    Keling atau Melayu, asalkan rakyat Malaysia mana boleh terlibat dalam projek IC? Itu khianat namanya. Jadi, Chedet kena yakinkan kepada rakyat Malaysia dia tidak terlibat dalam projek memberi MyKad kepada warga asing ini. Jangan jadi ketam pulok.

    ReplyDelete
  5. Aduyai Jariah..... Takkan begitu banyak rakyat sabah hilangkan MyKad setiap hari? Statement ngko ni pakai kepala hotak ke pakai kepala lutut? Hampir kebanyakan pengawal keselamatan yang ditangkap guna MyKad palsu alamat Sabah? Ini tak lain mungkin berpunca dari Projek IC segera yang dipelopori oleh Madey...kepada Jariah satu pesanan saja..Sudah-sudahlah nak menghasan malek kan orang awam!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.