Setelah Allah tidak makbulkan doa kita memohon manusia dalam video ini bertaubat kerana menghina hukum hudud, masihkah kita mahu ber-UG hanya kerana manusia-manusia ini mengaku Melayu dan beragama Islam?
Berikut kata-kata Najib, ketua parti yang mengaku pengikutnya beragama Islam:
Undang-undang hudud kita tidak akan laksanakan, aarr, di Malaysia ini, walaupun kita terima bahawa ini undang-undang Tuhan. Dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini bahawa inilah undang-undang Tuhan. Tetapi kalau kita nak laksanakan ia mesti berpaksi kepada realiti.
Soalan yang menjadi tajuk N3 ini ditujukan khusus kepada golongan yang masih khayal ingin berpadu dengan UMNO, sehingga sanggup melabelkan pemimpin jemaah sendiri dengan berbagai-bagai gelaran dan memecahkan-belahkan perpaduan parti.
kalau bertobat pun, nak ada pengakuan lisan mengatakan diri sendiri telah melakukan maksiat kepada Allah dan kepada rakyat malaysia terutama melayu dan yang beragama Islam .... kena keluar dalam tv agar semua rakyat dapat menengok dan mendengar dengan jelas ..... ada berani ka najib...???
ReplyDeleteSalam Rantai
DeleteYong tak pernah doakan bencana untuk demer. Yong cuma doa untuk kemenangan Islam. Mohon demer bertaubat dari mengsekutukan Allah, menghina Islam, membuat fitnah, menipu, rasuah, berbuat maksiat dan lain-lain kejahatan yang disedari.
Allah belum perkenankan doa ini.
Salam kak yong !
ReplyDeletePada saya yang "nobody" ni...saya ingat le kita semua semua ni kena 'layan' + paham bacaan politik dengan ilmu (pengalaman, kajian analitik, dll ) + with pure of heart.. mencari kebenaran & keredhaan Allah s.w.t.
Analogi kepimpinan, set of rules, rukun tertib, hukum hakam Hampir MIRIP seperti dalam kita mendirikan solat fardhu (ain) berjemaah setiap waktunya ! Kalau imam tahu apa dia layak jadi imam ke tak, apa tak boleh buat (batal), apa baca, rukun solat hukum, cakna + menyantuni kehendak "orang yang mengikut dia" , kan ker senang kerja, hampir semua beres !
Rasa-rasa imam dah tersilap (yang tak membatalkan solat), kita takat boleh tegur. Untung kalau imam tahu, paham dia ada silap. Imam pun tersedar akan buat koreksi, sujud sahwi + elak solat terbatal. Mungkin dia "step down". Occasionally. Rare to happen. Melambang dia ikhlas untuk for good sake "transformasi" kepimpinan solat.
Kalau imam jenis tak tahu apa dia silap, tak payah kita nak ikut dia dah. Kita sendiri pelan pelan mufarakah aje. Kalau tak solat kita pulak yang batal !!
Tambahan imam yang jenis ada pengaruh, tentunya le "liat", arrogant, mana dia berkenan ditegur makmum. Dia ingat dia tak mungkin silap.. atau dia egois, malu nak ngaku silap.. hehe
bab sistem perundangan Islam, rasanya, back to those years...sejarah merakamkan kita dah ada sistem perundangan a la Islam tapi terhakis ditelan masa & "dunia kegelapan".
Kalau rajagobal, LGE, CSL yang tak mahu hudud, we're okay with it. Tapi yang tak mau, menentang, berdalih 1001 alasan adalah orang kita sendiri.
Kita le kena sabor, bagi paham orang kita pasal banyak perkara Islam + yang kat atas "Bayangan Tuhan Melayu" tu. Kalau tak sabor takut hilang ikhlas kita pulak !! Kalau dibiarkan, sampai bila pun, orang kita takut kat bayang sendiri... "we're our own enemies" to Islam. Unrelentingly.
Sorry madam, melarat-larat pulak saya tulih komen sini. Coz, pasni saya mungkin "disibukkan" hal dunia & keperluan saya sebulan, 2 ni. Gonna miss u all, soon. I've go to do what i've to do.. get ready for the rough ride ahead.
Cheers prof... to rest of comrades too.
Salam Hanz
DeleteIf you disappear from the cyber space, I am going to miss you.
Please stop by if you find time to load your mind with things that matters to all of us.
Semoga kehidupanmu sentiasa diberkati Allah. Amin.