Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 19 December 2013

RAKYAT 1MALAYSIA SEDANG MENUNGGU BILA ROSMAH AKAN DAPAT ANUGERAH GRED A NOBEL PEACE PRIZE

Kalau Yong kutuk Rosmah kutip anugerah entah apa-apa ini nanti macai kata Yong dengki pulak. Jadi Yong ucap tahniah jer le...

Ceritanya Rosmah dapat Global Inspirational Leadership Award (Anugerah Inspirasi Kepimpinan Global) kerana peranannya yang mengkagumkan dalam pembangunan wanita dan kanak-kanak (The Malaysian Insider). Agaknya telah berjuta wanita dan kanak-kanak Afika yang menerima kesan daripada sumbangan Rosmah ini.

Apa kena mengena dengan Afrika pulak?

Anugerah ini diberi oleh Center for Economic and Leadership Development yang berpengkalan di Abuja, Nigeria (http://celdng.org) dan (https://www.facebook.com/Centre-for-Economic-Leadership-Development). 

Bagus sangat ke Nigeria ni sampai bagi anugerah kepada rakyat dari negara lain (Malaysia?

Baca le berita kat link bawah ni dan nilaikan sendiri:

AMNESTY

THE GUARDIAN

Sementara sang isteri mengutip anugerah dari NGO-NGO, termasuk dari negara diktator Nigeria, demi membina persepsi, sang suami, tidak dipandang indah pada mata rakyatnya sendiri:

MALAYSIAKINI

Ada rakyat Marhein yang kini menanti tahun 2014 yang gelap peduli Rosmah dapat anugerah apa?

Anugerah untuk Rosmah yang hebat menjaja permata dapat turunkan harga barangkah?

ENDLESS POSIBILITIES

2 comments:

  1. Hissh meluatnya aku kat pompuan boros gila glamour gila kuasa ni......mengalahkan Imelda Marcos pulak aku tengok dia ni.......

    ReplyDelete
  2. Mengapa le takde si Rosy "1st Lady" menang Anugerah Maal Hijrah Tokoh "Siti Khadijah" ke apa? Kan ke dia 'hebat', 'banyak berjasa' kepada Melayu & Islam?

    Nobel Prize Award dia, PM nak bubuh dalam "kabinet" mana pulak ?

    hehe

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.