Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 7 December 2013

YANG FITNAH DAPAT DOSA, YANG KALAH DAPAT RUGI, YANG UNTUNG NIZAR

Tajuk N3 kali ini nampak macam "common sense" sebab itulah resam hidup manusia.

Sebagai umat Islam, kita percaya resam hidup manusia ini dikawal dengan "code of conduct" yang ditentukan oleh Allah (SWT). Tiada siapa yang terlepas darinya. Malaikat Raqib di sebelah kiri mencatat segala kejahatan yang dilakukan, sementara Malaikat Atid di sebelah kanan mencatat amalan kebaikan. Tiap satu kebajikan ditulis dengan jelas, tanpa ada yang tertinggal, walau sebesar hama sekalipun.

Tetapi manusia tetap ingkar.

Disangka bila sudah pergi Mekah, buat haji, buat umrah, segala doasa sudah dicuci bersih.

Alangkah mudahnya kalau begitu ketentuan dari Allah. Ini menjadikan orang kaya dapat "mencuci dosanya" kerana dia boleh berkali-kali pergi ke Mekah, sementara orang miskin kekal bergelumang dengan dosa?

Tetapi Allah Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Adil...

Manusia pula ramai yang tiada "common sense" walaupun sudah diangkat menjadi pemimpin!

HANYA BALASAN DUNIA

Dalam negara yang mengamalkan demokrasi rakyat boleh memberi pandangan, termasuk Utusan. Bagi yang dah lupa, di sini wartawan Utusan menulis:

LIDAH YANG TIDAK TAKUT DOSA

Di mana pulak fitnah Utusan itu? Baca komen asal Nizar dalam akaum twitternya:

TWIT YANG MENJADI MASALAH KEPADA UMNO

Di bahagian mana pulak Nizar mengeluarkan komen Sultan Johor menyalahgunakan wang rakyat?  

Okaylah, Utusan boleh minta duit dari tokeynya untuk bayar saman. Tapi, mamat yang ini tak pasal-pasal berdosa kerana menuduh Nizar barua DAP:

TUDUHAN TANPA BUKTI ITU FITNAH

Pong-pang pong-pang, yang nama melonjak:- Nizar.

Keputusan mahkamah ini hanyalah hukuman dunia. Hukuman di Akhirat lebih pedih lagi:

Allah -Subhana Wa Ta’ala- berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ [البروج/10

“Sesungguhnya orang-orang yang mem-fitnah (membakar) orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Q.S. Al-Buruj: 10)

Waulahualam.

2 comments:

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.