Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Thursday, 30 January 2014

ANWAR IBRAHIM BAKAL MENANG TANPA BERTANDING DI KAJANG?

Agak-agak komer kalau Nizar bertanding di mana-mana kerusi di Selangor boleh menang Tak?

Ini soalan serius dari Yong. Ada sapa dari kalangan PAS Selangor dan pemuda PAS Gombak boleh jawab? 

PAS setahu Yong satu parti yang tak mementingkan dari mana asal usul calon. Nasaruddin Mat Isa orang Negeri Sembilan, tapi bertanding di Kelantan dan menang. Hassan Ali orang Selangor tapi pernah bertanding di Perak. Menang juga. 

Bab kedua mamat ini yang tidak berterima kasih walaupun telah dibantu oleh jentera PAS tempatan adalah soal lain - soal moral. Tapi yang jelas, ini menunjukkan sikap parti itu yang tidak assobiyah dan regionalism. 

Bagaimana pulak dengan PKR?

Parti juga tiada sifat assobiyah, sebab sudah letak calon di merata tempat. Contoh terdekat - Khalid Ibrahim. Dia bukan orang Kelang tapi bertanding di Port Klang dan menang. Okay, mungkin Port Klang itu masih di Selangor. Kita ambil contoh lain...Saifudin Nasution pernah menang di Machang, Kelantan. Tapi dia bukan orang Kelantan. Orang Kelantan ada ke yang nama belakangnya Nasution?? Hehehe...usik kejap.

DAP juga begitu. Lim Kit Siang menang di Ipoh Timur, sebelum kembali ke negeri kelahirannya di Johor dan menang di Gelang Patah.

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat harus meneruskan tradisi keterbukaan ini jika ingin dinilai sebagai parti yang kredibel untuk memerintah negara secara adil.

Yang penting kewibawaan calon itu, bukan dari mana dia datang.

Kalau ada calon anak negeri tempatan pun, tapi hampeh macam katak Changkat Jering dan Behrang, tak payahlah nak dipertahankan.

Tapi bagi BN lain...Calon mesti datang dari tempat asal usulnya. Kalau tidak, alamat bungkus. 

Jadi, Yong amat menyokong seruan Puad Zarkasi ini supaya BN tak payah letak calon di Kajang.

TAKUUUTNYA!

Tapi kalau tak letak calon, kesian pulak penyokong BN di Kajang tak dapt nikmat jualan murah macam di Sungai Limau dulu atau bagi hadiah makanan luput tarikh...Kihkihkih..

NAK RACUN MEMBER SENDIRIKAH? (ASTROAWANI)

N3 Sebelum ini:

Wednesday, 29 January 2014

OK OK, YONG TAK PRO ANWAR IBRAHIM DAN TAK ANTI AZMIN, PUAS HATI?

Alahai...ada pulak yang menuduh kita ni blogger pencacai dan mengampu pemimpin tertentu! Dan pemimpin tertentu itu bernama Anwar Ibrahim!

Tolong aa...tolong....

Bagi Yong blogger dari segi konsepnya ialah seorang yang beroperasi "solo" - maknanya dia ada pendirian sendiri, menulis hasil karya yang direkacipta sendiri dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa. Inilah prinsip yang dipegang blogger pro-PR. Mungkin bukan semua. Itu hak masing-masing. Tapi begitulah bagi blogger yang Yong kenali. Bagi blogger pro-UMNO...hmmm...komer nilai sendirilah.

Demi membuktikan Yong bukan anti Azmin, Yong cut and paste kenyataan Azmin sebagaimana yang dipetik dalam Harakah. No comment:

AWAK OK, AKU OK

Di bawah ini pulak kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu. Yong cut and paste dari Facebook Pusat Penyelidikan Pas:

SEMUA SUDAK OK?
Jangan buat kenyataan spekulatif, kata SU Agung PAS Mustafa Ali. Komer baca sendiri kenyataan penuhnya di Harakah. Maknanya ia termasuk PAS Selangor, Dewan Pemuda PAS, Pemuda PAS Gombak dan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak. So, you guys shut-up!

Ini termasuk blogger Chor Sniper!

Duit belanja kempen, minta pada Anwar Ibrahim. Settle. Dia banyak kali menang saman. Takkan tak boleh hulur?

Wakaka!

Tuesday, 28 January 2014

AZMIN BUAT LAWAK APA LAGI NI?

Mulanya Yong taknak ambik pot bab PRK Kajang ni. Gasak komerlah. Tapi bila keluar kenyataan Azmin tentang siapa layak jadi calon PRK Kajang, Yong nak tergelak pulak...

Mula-mula baca kenyataan Azmin ini:

SIAPA ANAK JATI ITU? (ASD)

Di mana lucunya kenyataan itu?

Azmin mahu anak jati Selangor. Maknanya anak kelahiran Selangor kah? Maknanya Azmin tak mahu Anwar Ibrahim bertanding di Kajang kah? Bukan sebab Anwar Ibrahim tak cukup bagus. Tapi sebab Anwar Ibrahim bukan anak jati Selangor. Dia lahir di Cheruk To'Kun, Pulau Pinang.
OR54
Hahaha...Azmin buat lawak apa pulak ni?

Cer tengok keratan dari SPR ni:

KOD MISTERI NEGERI 

Siapa mamat yang namanya Mohamed Azmin bin Ali dengan kod negeri yang misteri itu? Bukan Azmin Timbalan Presiden PKR kah? Boleh pulak dia mengaku anak jati Selangor?

Alahai... Meh, Yong bagi sekolah sikit kat Azmin ni. Masa dia dok main guli entah di mana - tahun 1969 - Anwar Ibrahim sudah berjuang di Selangor. Ehmm...masa tu Kuala Lumpur masih dalam Selangor! Masa Azmin baru umur 10 tahun pula Anwar Ibrahim sudah masuk universiti Kemunting di bawah undang-undang ISA, sebab memperjuangkan penduduk Baling, pulak. Baling tu di Kedah.

Kalau Azmin mahu anak jati Selangor, baik pilih Hassan Ali bertanding di situ. Sah dia memang jati.

Kata Atuk:

Cakap siang pandang-pandang.
Cakap malam dengar-dengar.

Nota: Tanyalah pakcik Wiki, Azmin lahir di mana?

PENGAKUAN PENSYARAH: BAGAIMANA BARU BOLEH MENJADI ADIL SEBAGAI GURU?

Ramai siswa tak tahu, sukarnya jadi pensyarah. Bukan sukar mengajar, tapi sukar apabila memberi markah. 

Di IPT sekarang musim pensyarah memberi markah. Syukur, dari 70 orang pelajar Yong ada seorang dapat A. Yang lain takat B+, B dan seterusnya ada yang gagal.

Bukan Yong kedekut atau kejam macam cikgu yang gantung loceng, suruh makan rumput kat budak umur 10 tahun. Student Yong budak besar. 

YONG TIDAK MAHU STUDENT YONG JADI KANKUNG ATAU TELUR PUYUH

Student Yong mengharapkan keputusan peperiksaan yang memberi peluang kepada pelajar untuk maju ke hadapan, sambung belajar, naik pangkat, atau dapat pekerjaan yang baik.

Tapi apa nak buat. Kadang-kadang usaha tidak selaras dengan cita-cita. 

Bila melihat jumlah markah 47% (1.67) = C- sedangkan markah lulus ialah 50% (2.00) = C, mulalah pensyarah pening kepala. Perbezaan point itu boleh merubah GPA dan CGPA. Mungkin kes status pelajar kekal atau ditamatkan. 

Nak bagi lulus atau taknak bagi lulus?

Kalau bagi lulus dengan menambah 3 markah lagi, bagaimana dengan yang dapat 77% (A =80%)? Tidakkah dia layak dapat A, bukan A-? Perubahan ini mungkin memberi dia peluang untuk mendapat anugerah sijil dekan.

Semua maklumat itu (sama ada pelajar akan kena buang atau dapat anugerah sijil dekan, pensyarah tidak tahu (kecuali dia pengurus/kordinator kursus). 

Terus terang - seorang pelajar yang hanya mendapat markah 47% (1.67) sebenarnya amat sedikit yang dipelajarinya dalam kelas. 

Bolehkah pelajar ini dilepaskan untuk menghadapi karenah masyarakat sebagai pegawai, executive, etc?

Bagaimana kalau dia jadi penjawat awam gred C-?

Bagaimana kalau pelajar yang gagal ini diluluskan dan kemudian mendapat pekerjaan dan jadi mcam cikgu yang bagi murid pakai loceng itu? Maksud Yong tak semestinya cikgu - tapi equivalentnya. Misalnya dia menjadi penguasa awam yang mendera pendemo, jadi pegawai yang pecah amanah dan sebagainya kerana ilmu tidak cukup. Bagaimana kalau dia jadi ahli politik kangkung?

Adilkah memberi markah lulus kepada pelajar yang gagal itu?

Zalimkah kalau membiarkan dia gagal dan menghadapinya lagi? 

Bagi pensyarah, kalau ramai gagal, umum akan tuduh dia bersalah - tak pandai mengajar. Jika semuanya dapat A, dia juga dituduh terlalu lenient.

Keduanya mungkin tidak adil. 

Jadi, bagaimana hendak menjadi adil?

Jangan kata N3 ini tidak kaitan dengan politik Malaysia. Ingat! Graduan inilah (sama ada lulus bordeline atau cemerlang) yang akan melakar masa depan kita dan anak-anak cucu kita.

N3 berkaitan:

http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/01/salah-siapa-guru-jadi-stress-dan-murid.html

Monday, 27 January 2014

SALAH SIAPA GURU JADI STRESS DAN MURID JADI BANGANG?

Hari-hari murid ucap selamat kepada cikgu. Tapi ia gagal membuang stress cikgu.

Posting dulu mendapat banyak respons dari bekas guru, atau ada isteri guru. Ada yang jelas terkilan kerana guru sering dipersalahkan. Siapa yang singgah, bacalah komen-komen pengunjung. Baca di sini

Yong pun pernah jadi guru sekolah. Di sekolah itu ada murid yang sudah sampai tingkatan dua, tetapi masih buta huruf. Nama sendiri pun tidak boleh eja.

Petang ini Yong nak cerita pengalaman anak saudara belajar di sebuah sekolah di Ipoh.

Anak sedara (Yong panggil dia An) tidak mendapat keputusan yang hebat ketika SRP. Dia seoang budak yang manja. Ibu bapanya bekerja penuh masa mencari rezeki. Demer tak kaya raya, tapi cukup berjimat dalam perbelanjaan. Sampai sekarang TV flat-screen pun takde! 

Keputusan An dikira tidak hebat kerana abang dan kakaknya berjaya ke MRSM. Dia pula tidak layak.

Andak (ibunya) masukkan dia ke sekolah yang ada kelas perdagangan kerana katanya An minat hendak menjadi akauntan.

Huh! Besarnya cita-cita An yang manja itu.

Tetapi selepas 2 minggu, An tak tahu apa-apapun tentang perdagangan. Dia mengadu pada ibunya tak faham apa cikgu ajar. Ibunya suruh dia beri perhatian dalam kelas. Minggu seterusnya, An masih blur. Ibunya pun meluangkan masa pergi ke sekolah. Dapat dia berjumpa dengan cikgu kelas. Andak mengadu tentang anaknya yang tak faham bab debit-kredit ini...Pendiknya zerolah.

Apa cikgu itu kata?

Katanya dia ada lebih 40 orang murid dalam kelas. Tidak mungkin cikgu dapat memberi perhatian khusus kepada murid yang lembab. Kalau tak faham, hantar saja anak ke kelas tuition. Siap dia bagi nama sekolah tuition berdekatan.

Andak terperanjat dengan respons cikgu itu. Terus dia jumpa pengetua, minta masukkan An ke kelas pure sains. Mujur masih ada kekosongan. Kata Andak sekurang-kurangnya dalam kelas pure sains, kalau tak faham biologi, fisik dan matematik, dia boleh ajar sebab Andak dulupun dari kelas pure sains.

Adakah cikgu itu memiliki sebuah sekolah tuition?

Seperti yang diduga, keputusan SPM An cuma dapat tak silap 4A. Apa sangatlah 4A itu kalau ada yang dapat 16A?

An dimasukkan ke kolej untuk mengambil Higher National Diploma (HND) dalam bidang...jeng...jeng...jeng...PERAKUNAN!

Selepas lulus, bapanya pinjam duit sana sini untuk menghantarnya belajar ke Dublin dalam bidang Perakaunan. Akhirnya An lulus ACCA dan menjadi professional accountant. Sekarang An bekerja di sebuah syarikat antarabangsa di UAE.

An sudah membayar semua hutangnya.

Kenapa Yong nak cerita pasal An?
  1. Sebab Yong nak tunjuk kalau ibu bapa itu PEKA dan turut BERUSAHA, anak yang mula tak berapa pandaipun akan jadi pandai juga. Tak kisah macam mana layanan gurunya.
  2. Sebab yang harus membentuk peribadi dan kejayaan anak itu bukan guru sahaja, tetapi ibu bapa yang lebih utama dan wajib memainkan peranan.
Tapi kenapa ada guru yang tak berapa betul, tak mahu mengajar dengan betul dan ada yang seolah-olah bermasalah mental?

Jawapannya kita berbalik kepada sistem pendidikan di negara kita yang kita sayangi ini.

Terdapat beberapa persoalan yang harus kementerian cerakin dan jawab:
  1. Berapa ramai di antara profesor-profesor yang jadi penasihat kementerian yang pernah jadi cikgu di sekolah rendah atau menengah rendah?
  2. Kalau mengajar di sekolah rendah atau menengah rendah, adakah dia mengajar di kelas yang penuh dengan budak yang kurang pandai?
  3. Adakah dia pernah mengajar di estet atau di kampung pedalaman yang muridnya terpaksa naik sampan atau bertolak sebelum subuh untuk ke sekolah?
  4. Yong dapat tahu Menteri Pelajaran pernah jadi cikgu. Tapi bagaimana timbalan-timbalannya?
  5. Fikirlah, masa pak-pak menteri dan para profesor penasihat gomen dulu belajar, begitu banyakkah beban yang dikendong setiap kali ke sekolah?
  6. Tidakkah pak-pak menteri dan para profesor mempunyai anak/cucu/sedar/suku-sakat yang sekarang terbeban dengan kerja sekolah? 
Tiada guna ilmu pedagogi bla...bla...kalau jadi profesor kangkung.

Tolonglah...Seperti yang telah Yong sebut dulu, menukar cikgu yang bermasalah hanya memindahkan masalah ke sekolah lain sahaja. Masalah takkan selesai selagi kurikulum sekolah yang pelik ini tidak dikaji semula!

Bagi yang ingat Yong buat cerita tipu tentang An, Yong letak gambar dia di sini:


Teringat Yong masa sekolah menengah dahulu, cikgu Subramanian (matematik) dan Miss Glory (biology) buat kelas tambahan tanpa bayaran 1 sen pun...

Classmate Yong ada seramai 44 orang. Hanya 6 orang budak Melayu (termasuk Yong) dan 2 orang budak India. 

TERIMA KASIH CIKGU.

Sunday, 26 January 2014

TERIMA KASIH CIKGU. TAPI KENAPA RAMAI GURU SAKIT MENTAL?

Tunggu! Ini bukan kes pertama guru denda murid secara keterlaluan. Apalah yang budak umur 10 tahun tahu. Demer belum balighpun.

Hukum rotan sudah cukup. Itupun entah boleh entah tidak. Kalau tak salah Yong hanya guru disiplin yang boleh merotan. Cikgu-cikgu tolong betulkan jika Yong tak jelas tentang perkara rotan ini. Misalnya, di sekolah Yong dulu, cuma guru besar saja boleh merotan.

Alhamdulillah, Yong menjadi dewasa dan dapat belajar sampai ke PhD. 

Terima kasih cikgu.

Yong datang dari keluarga guru sejak entah zaman bila. Dulu nenek moyang guru agama... Sekarang cucu-cicit jadi guru macam-macam disiplin. 

Jadi Yong amat faham, memang banyak dugaan menjadi guru ini. Tapi bukankah tindakan ini melampau?

GURU GILA ATAU RASIS?

Menurut berita Utusan, dua orang yang tidak dihukum itu berbangsa Cina. 

Jika dakwaan ini benar dan guru itu bukan sahaja tidak bersikap professional, tetapi juga zalim dan rasis; dia wajar dijatuhi hukuman yang berat. Ditukarkan ke sekolah lain hanya akan membawa masalah ke sekolah berkenaan.

Kenapa guru jadi begitu? Adakah kerana beban kerja yang terlampau? Atau didorong oleh semangat parti perkauman yang melampau?

Ingat! Sebelum ini kita dengar seorang ahli jemaah pengurus SJKC Nan Ya Teluk Sengat, Johor, Pang Ah Ngang dan guru besar Chiew Swee Tuan menyuruh seorang guru Mualaf membuka tudung. 

Walaupun MCA menafikan dua malaun ini ahlinya, tapi kita semua tahu...

MCA PARTI PERKAUMAN (ASTRO)

Itulah kenyataan bekas naib Presidennya Gan Ping Sieu. Tapi dia kalah dalam percubaan menukar imej MCA. Maknanya MCA enggan keluar dari kepompong perkauman! 

LU DUDUK DALAM PARTI PERKAUMAN, LU MIMPI KA?

Hanya macai bangang nak pertahankan parti perkauman ini.

Friday, 24 January 2014

CIS! BEDEBAH SUNGGUH SI YAHUDI TAKNAK CALONKAN ANAK ROSMAH UNTUK DAPAT OSCAR!

Terus terang! Ini bukan berita hiburan.

YAHUDI TAK HERAN DUIT DI HOLLYWOOD?

Menurut berita di atas, menamaan calon anugerah OSCAR untuk producer (s) hanya layak diberi kepada orang yang benar-benar terlibat dalam industri perfileman, yang expert dalam industri itu, bukan yang memberi duit kepada industri tersebut!

Baca seterusnya di DEADLINE

Pendiknya duit tidak dapat membeli Oscar.

Sebelum ini begitu bersungguh macai pengampu mencanang betapa hebatnya anak muda ini berusaha  sendiri dalam industri perfilemen, menumpaskan penguasaan Yahudi di Hollywood, dan bakal memenangi oscar!

ADA PENERBIT MELAYU ISLAM YANG TERINGIN BUAT FILEM LUCAH DI HOLLYWOOD? (MALAYSIA GAZETTE)

Adakah lepas ini ada universiti yang akan bagi ijazah kedoktoran kehormat pula?

Sebenarnya Yong langsung tak hairan jika dapat Oscar pun. Tiada apa yang rakyat Malaysia patut banggapun. Sebabnya? Sebab filem itu filem porno. 

Mungkin ada yang kata cuma 40% porno. Tak kira 1% porno atau 40% porno. Dalam Islam, perbuatan menggalakkan aktiviti lucah tetap tak boleh diterima. 

Orang Islam dapat Oscar kerana membikin filem yang penuh adegan lucah? Apa yang nak dibanggakan? Duit dia, atau duit emak dia, Yong tak kisah. Tapi akhlak penerbit Islam yang sanggup buat filem seperti ini sudah cukup buat Yong rasa nak muntah. 

Yong sangat menyokong anak muda Malaysia yang nak buat filem. Tapi filem apa? Tak salah nak buat filem pasal broker saham atau budak kampung. Tapi yang lebih penting proses, bukan matlamat. Kalau matlamat itu pendidikan, tapi prosesnya haram, boleh kita terima?

Kalau kita nak buat filem gangster yang menunjukkan kejahatan itu perbuatan yang dikeji, tapi filem penuh dengan adegan ganas yang kemudiannya boleh ditiru oleh penjahat, tercapaikah matlamat baik kita?

Untuk ingatan buat anak-anak muda yang ingin mencebur dalam industri filem dan hiburan:

Sabda Nabi Muhammad (S.A.W.):

Barang siapa tidak peduli dari mana ia memperolehi harta, maka Allah pun tidak akan peduli dari pintu mana akan memasukkan ia ke neraka. (Hadis Riwayat Ad-Dailamy). 

Dan sabda Nabi Muhammad (S.A.W.): 

Setiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka nerakalah tempat yang layak baginya. (Hadis Riwayat At-Tirmidzi). 

Banyak lagi ruang untuk kita berjuang dalam Islam, tanpa berebut Oscar dengan Yahudi demi filem lucah.

Firman Allah (S.W.T.) yang bermaksud: 

Sesiapa yang mengerjakan kebaikan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan walau sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya juga. (Surah al-Zalzalah 99:7-8)

Waulahualam.

Thursday, 23 January 2014

SUMIMASEN! KETUA AMK KATA YANG PIJAK DAN BAKAR BENDERA JEPUN BUKAN ORANG DIA!

YANG BUAT KERJA TU NAMPAK MACAM DAH TUA

Sumimasen, Sumimasen, Sumimasen...lagi

Ini N3 Yong terdahulu: 

Jadi, sebelum pijak gambar bendera Jepun dan boikot barangan Jepun, fikir dulu salah siapa???


Buat apa tunjuk samseng macam Perkasa, Pekida dan pemuda UMNO?

Apa guna tak mengaku yang pijak poster bendera Jepun itu bukan ahli AMK? Nama sudah busuk kerana bertindak terburu-buru.

GENG KANGKUNG UMNO TAK MENGAKU BAWA BANNER INI 

Bunyi penafian AMK sama macam geng pertahan kangkung UMNO yang tak mengaku bawa banner ancaman 13 Mei. N3 lengkap Yong boleh baca di sini:

Ketua AMK pun buat sidang akhbar buat penafian rasmi. But the damage has been done, my dear boy!

Ini pula kenyataan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim bab episod pijak bendera Jepun itu:

BACA SETERUSNYA DI MALAYSIAKINI

Walaupun jelas yang memijak dan membakar bendera itu nampak macam orang tua, tapi geng itu ikut sekali dengan Ketua AMK. Kerbau sama-sama bawa lumpur. 

Macai UMNO bukan main seronok spin cerita bakar bendera Jepun ini.

Itulah dia padahnya buat kerja tak bijak PAC (Plan, Act and Control) rancang, laksana dan kawal. 

Ingat nak jadi macho. Terus jadi masam. 

Teringat pulak Yong pada seorang lagi budak PKR yang suka buat demo jugak. Nama popularnya Chegubard. Rasanya kalau dia yang urus, tak jadi benda pelik-pelik seperti di atas. 

Yong percaya Suhaizan Kayat, Ketua Pemuda PAS takkan buat kerja tak semenggah macam ini. 



Tuesday, 21 January 2014

APA KATA KALAU ANWAR IBRAHIM PECAT PENGAMPU-PENGAMPU KELILING DIA!

Sumimasen, Sumimasen, Sumimasen...

Apa yang patut Anwar Ibrahim buat ialah pecat pengampu di keliling dia.

Pengampu-pengampu ini takde kerja yang berfaedah, selain mengampu.

Tak kisah dia ketua AMK atau apapun pangkat dia...

********************

Okay. Sebelum komer marah Yong bior Yong citer sikit pengalaman kami pergi Jepun ramai2 dan salah sorang dari kami takde visa.

Anwar Ibrahim pergi Jepun seorang diri kah?

Berbalik kepada perjalanan kami ke Jepun (sebelum sistem keperluan visa dimansuhkan), Minah ini, seorang doktor (PhD) muda, sedar dia takde visa ketika barangnya diperiksa. Maka si Minah itupun panik takut dihalau balik ke Malaysia. Ketua kumpulanpun menalipon pihak universiti yang menjemput kami (Universiti Kyoto). Mujurlah wakilnya dah sedia di airport untuk menyambut kami. Sumimasen, sumimasen, dia uruskan semuanya. 

Settle, Minah itu dapat masuk ke Jepun dan duduk di Jepun selama 10 hari, 5 hari lebih lama dari kami.

Bezanya Minah itu dengan Anwar Ibrahim ialah - Minah itu orang biasa dan tak pernah masuk penjara. Anwar Ibrahim seorang pemimpin, Ketua Pembangkang Malaysia dan pernah masuk penjara.

Semua rakyat Malaysia tahu Anwar Ibrahim pernah masuk penjara. Soal dia masuk penjara kerana kena fitnah atau sandiwara UMNO itu tak relevan pada peraturan imigresen Jepun.

Anwar Ibrahim tetap pernah masuk penjara. Undang-undang Jepun jelas tentang perkara itu.

ANWAR TAK MOHON KEBENARAN KHAS

Jadi, siapa yang salah?

Jepunkah?

Sudah tentu bukan.

Yang salah ialah orang yang menguruskan perjalanan Anwar Ibrahim ke Jepun.

Jadi, sebelum pijak gambar bendera Jepun dan boikot barangan Jepun, fikir dulu salah siapa???


Buat apa tunjuk samseng macam Perkasa, Pekida dan pemuda UMNO?

Apa guna tak mengaku yang pijak poster bendera Jepun itu bukan ahli AMK? Nama sudah busuk kerana bertindak terburu-buru.

GENG KANGKUNG UMNO TAK MENGAKU BAWA BANNER INI 

Bunyi penafian AMK sama macam geng pertahan kangkung UMNO yang tak mengaku bawa banner ancaman 13 Mei.

********************

Nak salahkan Wisma Putra?

Sabotaj?

Wisma Putra bagi tahu pihak Jepun Anwar Ibrahim bekas banduan?

Alahai...Tak perlu Wisma Putra. Satu dunia tahu Anwar Ibrahim bekas banduan.

Kalau orang yang menguruskan perjalanan Anwar Ibrahim lebih prihatin dan membuat permohonan seperti pada lawatan yang lepas, bolehkah Wisma Putra menghalang lalu memalukannya?

Tindakan Ketua AMK hanya memburukkan lagi keadaan.

Tidak termasuk kenderaan - handphone, komputer, TV, peti ais, periok nasi, microwave oven dan sleeper Jepun yang digunakan oleh ahli AMK datang dari mana?

Kalau Anwar Ibrahim ada kuasa memecat, pecat saja pengampu-pengampu ini.

Kalau hanya ahli PKR yang ada kuasa, gunalah kuasa itu - tak payahlah pilih pemimpin atau pemimpin-pemimpin yang tak berapa cerdik ni.

Yong cakap benda yang sama dulu kepada PAS.

MAT SAID MENJEMPUT PINGU UNTUK AJAR MACAM MANA BINA BANGUNAN YANG TEGAP (VIDEO INSIDE)

Ramai dah maklum, di Terengganu banyak bangunan yang runtuh. Dari bumbung calet, masjid hinggalah stadium. 

Mat Said dan exconya nampak Pingu di Antartica yang membina rumah begitu hebat. Di luar kecik aja. Tapi di dalam macam-macam ada. 

PINGU MEMBINA BANGUNAN 
RUANG DAPUR YANG LUAS

Untuk peminat-peminat Pingu dan mungkin boleh digunakan sebagai bahan rujukan exco Trengganu, di sini Yong paste video bagaimana Pingu membina bangunan. Saksikan! 




Macam-macam cara nak perabih duit rakyat!

Baca kisah pengembaraan Mat Said di sini,  di sini dan di sini.

Baca kisah Trengganu runtuh di sini, di sinidi sini, di sini dan di sini.

Kalau jumpa lagi kes runtuh, buat le senarai panjang-panjang. Siapa bertanggungjawab? Entah. Cari ajer kambing hitam.

Oleh kerana tujuan Mat Said itu baik, janganle komplen, walaupun duit rakyat yang digunakan. Walaupun rakyat terpaksa makan kangkung hari-hari.

Teruskan gaduh sama sendiri jer. Lagi meriah. Kahkahkah!

Lepas ini pergi makan angin kat artic pulak untuk belajar dari beruang polar. 

ENDLESS POSSIBILITIES

Monday, 20 January 2014

PENDEDAHAN SARAWAK REPORT: ROSMAH KENA FITNAH MEMBIAYAI FILEM LUCAH SERIGALA DI JALAN DINDING?

Sebelum ini riuh rendah dakwaan kunun Rosmah membantu anaknya membiayai filem lucah Hollywood (kayusuci?) yang bertajuk entahpepe.

Tetapi Sarawak Report kata yang bagi duit buat filem itu si kafir pulak yang dah lama kawan dengan anak tiri pemimpin yang marah rakyat kerana tak terima kasih harga kangkung dah turun.

Hmmm...tentu Rosmah lega.

Baca jer pendedahn di SARAWAK REPORT dan nilaikan sendiri:

RAKYAT MAKAN KANGKUNG MURAH BOLEH KAWAN DENGAN JHO LOW?

Tak payahlah kita nak tiru pulak kejayaan ini. Malaysia kan negara Islam. Untuk semua, termasuk Yong, sendiri mau ingat!

Ikutlah hadis Rasullullah Shallallahu ‘alaihi Wasallam, maksudnya: 

"Mencari yang HALAL adalah wajib atas setiap Muslim” (Hadis riwayat ad-Dailami).

Allah Ta‘ala juga berfirman, tafsirnya:

"Wahai manusia! Makanlah sebahagian dari makanan yang ada di bumi ini, yang HALAL dan baik, dan janganlah kamu turuti jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata” (Surah al-Baqarah:168).

Tak payahlah sebab demer Melayu kaya kita nak berpadu pulak dengan demer.

Sunday, 19 January 2014

KENAPA PENJENAYAH SUKA DATANG KE MALAYSIA?

Memang sakit hati bila baca berita penjenayah ini. Lebih sakit hati bila penjenayah ini warga asing. Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku di negara kita. Macam negara kita sudah jadi lubuk penjenayah. Contohnya berita kat bawah ini:

MACAM MANA PENJENAYAH BOLEH MASUK DENGAN MUDAH?

Dalam berita itu disebut penjenayah sudah membuat perancangan dengan rapi. Kalau begitu sudah tentu penjenayah ini sudah merancang sejak belum bertolak ke Malaysia. Kalau begitu penjenayah ini sudah tentu pernah melakukannya di negara China. Kalau begitu penjenayah ini sudah ada rekod kejahatannya di negara China.

Apa jadi dengan interpol Malaysia???

Bukankah Rosmah selalu jalan sana sini (termasuk ke China), kekadang naik jet khusus untuk Agong, PM dan TPM, sampai kalah menteri luar, apa dia buat untuk keadilan sosial rakyat??? 

Pong-pang pong-pang riuh rendah masa Presiden datang ke Malaysia. Konon nak niaga. 

Kalau iapun nak niaga dengan China, takkan semua kutu berahak dari negara China itu senang-senang diangkut masuk ke Malaysia?

NAK NIAGA APA?

Memang menghairankan macam mana diorang ini begitu mudah masuk Malaysia dan melakukan jenayah. Tak kiralah jenayah tipu, curi atau niaga GRO. Ia tetap penjenayah.

INI NIAGA APA PULAK?

GRO asyik kena tangkap jer...Tapi tak habis-habis.

Sebagai warganegara Malaysia Yong berhak untuk menyuarakan rasa tidak puashati dengan pihak yang bagi masuk warga asing ini.

Rakyat Cina Malaysia dikata kominis, menghasut, kafir harbi bla...bla...bla...Warga China dari negara China diangkut masuk ramai-ramai jadi sampah masyarakat. Ini kerja siapa??? Takkan kerja Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Memang Yong sakit hati!!!!


Friday, 17 January 2014

SALAH ORANG MISKIN ITU KENAPA DIA TERUS MISKIN SAMPAI SUMBANG MAHRAM

CATATAN SEBUAH PENGALAMAN MEETING DENGAN ULAMA UMNO

Pada suatu pagi Yong dijemput hadir mesyuarat sambutan Minggu Dakwah. Yong pergi sebab mewakili tempat Yong kerja.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh seorang ulama UMNO.

Yang hadir tu orang yang hebat-hebat juga. Ada Tan Sri, Dato' Seri dan Datuk. Ada senator. Ada producer filem. Ada dari RTM, TV3, TV9 dan Astro. Ada juga dari surat khabar. Ada wakil GLC dan jabatan kerajaan.

Malaysiakini, Malaysian Insider dan Harakah?? Hmmm....tak perasan pulak.

Kata pengerusi, projek dapat sedikit funding jika dikaitkan dengan minggu dakwah.

Ok. Kita pun happy bab dapat funding tu.

Masing-masing pun bagi idea. Biasalah Yong masukkan idea pembelajaran alam sekitar. Semuapun sokong idea Yong. Pengerusipun minta detail. 

Tiba-tiba seorang mamat mencadangkan supaya dibuat satu program khusus untuk penduduk rumah flat. Kata mamat ini, banyak kes keruntuhan akhlak berlaku di rumah flet. Selain penagihan dadah, ada juga kes sumbang mahram...

Bukan Yong nak menghina penghuni rumah flat. Mamat itu yang cakap. 

Tetapi apa yang memeranjatkan kami ialah respon pengerusi itu. Katanya, kerajaan bina rumah flat untuk membantu orang miskin. Masa orang miskin itu pindah masuk flet, dia masih muda. Sepatutnya dia usaha perbaiki ekonomi diri supaya dapat keluar dari rumah flat itu lalu tinggal di rumah yang lebih besar, yang ada privasi untuk anak-anaknya - jangan bercampur sebilik lelaki dan perempuan...bla..bla..

Pendiknya, macam satu kesalahan pulak bila miskin...

Kami terkejut dan terdiam...

Macam mana dia boleh perbaiki ekonomi dirinya jika kos sara hidup bergerak naik lebih laju dari pendapatannya?

KONDO ORANG MISKIN DIPANGGIL FLAT

Yong balik, lapor pada bos.

Kata bos, kalau dia bagi funding, kita masukkan nama program dia dalam projek kita. No free ride.

Sampai hari kami buat projek, tiada kabar berita.

Sah, pembelajaran alam sekitar bukan dakwah!

Apa jadi dengan penduduk miskin yang duduk rumah flat?

MANA BURUH INI DAPAT RM20,000 UNTUK IKAT JAMIN DIA? 

Buruh yang ditahan di Melaka itu contoh ajer.

Apa kata ustaz-ustaz yang makan gaji dengan kerajaan? Contohnya yang duduk di YADIM, JAIS, IKIM bla...bla... Mungkin ada yang tinggal di kondo, bukan rumah flat.

PENYOKONG AZMIN LUPA YANG LANTIK MB SELANGOR BUKAN PKR!

Awal-awal lagi Yong dah kata tak mahu memihak dalam kes Azmin dipecat dari Lembaga Pengarah PKNS ni. 

Memang ada kengkawan yang mengusik supaya Yong masuk gelanggang. Tapi biarlah demer selesai sendiri masalah dalaman PKR tu. 

Tapi bila Yong baca berita dari TMI ini Yong mengucap panjang.:

HUH? PKR LANTIK MB SELANGOR?

Aduuuh! Dalam zaman IT ni, ada lagi pemimpin/penyokong-penyokong PR yang tak habih mengaji. Ingat dalam UMNO jer. Rupanya penyakit ini ada juga dalam PR. 

Oleh kerana itu Yong nak ajar sikit pemimpin/penyokong-penyokong ini. Sikit saja, atas 2 sebab:

Pertama, sebagai pembeli rumah PKNS, Yong berhak mendapat perkhidmatan after sale service yang terbaik dari PKNS. Yong berpegang pada prinsip, PKNS juga wajib memberli perkhidmatan yang terbaik kepada semua stakeholdernya.

Kedua, sebagai penganalisis dasar (ecological economics), Yong melihat pendekatan Khalid ok. Tidak sempurna, tapi ok. Masih boleh diperbaiki lagi. Jauh lebih ok berbanding Khir Toyo dan MB2 sebelumnya.

Sekarang kita tengok pula kedudukan kerusi DUN PR di Selangor pada PRU-13:

PAS = 15
DAP = 15
PKR = 14

Ingat bagaimana rancaknya media pencacai melaga-lagakan PAS dengan DAP dan PKR, supaya menuntut kerusi MB Selangor?

JIKA PAS TAK JADI MB, PARTI ITU AKAN SENTIASA MENJADI BELASAHAN: NORMAN TOHA

Tapi PAS dan DAP sepakat memilih semula Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Kedua parti itu tak pilih Azmin. 

Jadi, apa alasan dan kuasa (de jure) penyokong Azmin nak minta PKR pecat Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor?

Bagaimana jika MB Khalid 'dipecat' (sic), dan PKR cadangkan nama Azmin, tapi PAS dan DAP tak setuju? Kemudian PAS pula menuntut supaya MB diserahkan kepada parti itu berdasarkan bilangan kerusi DUN yang dimenanginya? Bukankah akan jadi kalut? Apa PKR dapat? Nak kerjasama dengan UMNO untuk buat kerajaan perpaduan?

Sebelum bakar jambatan, fikir dalam-dalam dulu.

Sebagai umat Islam, Ingatlah:

Rasulullah (SAW) bersabda kepada Ibn Samurah: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah jangan engkau memohon sesuatu jawatan dalam kepemimpinan. Sesungguhnya jika diberikan jawatan itu dengan permintaan itu, maka engkau akan mengharunginya tanpa mendapat pertolongan. Tetapi jika engkau diberikan kepemimpinan tanpa meminta, maka engkau akan mendapat pertolongan dan dibantu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

Sabda Rasulullah itu bukan untuk pemimpin PAS sahaja, tetapi untuk semua umat Islam.

Ingatlah wahai pemimpin yang KAMI PILIH: 

Kita sedang berjuang menentang kebejatan BN, bukan berjuang untuk saling menjatuhkan antara rakan seperjuangan.

Kami MEMILIH KAMU bukan untuk kamu senang lenang dengan jawatan yang tinggi. Tapi, kami memilih kamu kerana kami mahu kamu memberi perkhidmatan yang terbaik buat anak-anak kami dan generasi akan datang demi agama dan bangsa Malaysia.

INGAT! INGAT! INGAT! 

YB = YANG BERKHIDMAT

Rujukan:

Thursday, 16 January 2014

TOK MUFTI TAKNAK TENGOK KE FILEM HEBAT TERBITAN ANAK ISTERI PEMIMPIN KERAJAAN YANG "ADIL" NI? (INI SAMPEL VIDEO-CLIP NYA)

Bughah kalau kita berdemo menentang tayangan filem lucah ini di Malaysia. Sebabnya penerbit filem ini anak isteri PM kerajaan yang adil, yang tidak boleh ditentang keputusannya menarik-balik subsidi barang - yang menyebabkan harga barang naik melambong.



Alah...bukannya payah sangat nak buat pelaburan kat filem camni. Rakyat 1 Malaysia patut bangga. Ini anak muda Melayu Islam tau.

Duit sudah menabung sejak dalam perut lagi maa...

Duit boleh cari maa...

Dengan duit macam-macam boleh beli maa...

Cakap, apa saja...

YANG TAK BOLEH DIBELI IALAH KECANTIKAN AKHLAK

YANG TAK BOLEH DIBELI IALAH KECANTIKAN NILAI ISLAM

Pemimpin tadah tangan, doa...apa maknanya semua itu? Doa untuk apa? 

Teruskanlah dengan khayalan - Syukur! negara masih aman. Kerajaan ini adil. Ini senarai akujanji yang ditepati!


Ahhh! Rupanya habuan buat rakyat pun ada...

TOLONGLAH TENGOK KAMIK
Beware! The enemy is out there! Lurking among the TURUN people!


Wednesday, 15 January 2014

SYAMSUL YUSUF KAHWIN? TAHNIAH! USIK SIKIT BOLEH?

Hari ini Yong nak cerita di luar skop politik, boleh?

Lama dah tak bercerita bab seni dan kebudayaan.

IMEJ BARU
Mungkin ramai anak muda nak jadi macam Syamsul Yusuf. Dia lahir dengan sudu perak (silver spoon) kerana abah pengarah terkenal. 

Rasanya ramai juga ingin berjaya sepertinya. Ramai juga agaknya awek yang menangis membaca berita ini....Haha...usik jer.

Yong dah jarang mengikuti perkembangan artis. Bukan apa. Ramai yang tak pandai berlakon, tapi mengaku artis. Syamsul Yusuf tentu lebih maklum dari Yong.

Dulu Yong pernah dipanggil buat review tentang filem Melayu yang pengarahnya hebat gak. Bukan abah Syamsul. Yong diminta buat review filem itu dengan membuat perbandingan filem Indonesia, Filipina dan Thailand.

Yong belasah filem Melayu itu kaw, kaw sebab lepas setengah jam tengok Yong sudah mengantuk sehingga hampir terjatuh dari kerusi. Terpaksa basuh muka untuk hilangkan mengantuk...Hehehe...

IMEJ BERTUDUNG
Tapi bila tengok teater, boleh pulak Yong tahan sampai habis???

Okay, back to the topic. Tahniah kerana akan menjadi suami tak lama lagi. Bakal isteri bertudung. Alhamdulillah.

Siapa kata jadi artis harus pakai dedah sana sini?

Siapa kata jadi artis mesti kahwin dengan Dato' tua kerana nak jadi kaya?

Sebenarnya artis ada pengaruh.

Pengaruh baik, pengaruh buruk. Dua-dua ada.

Jadi, amat molek jika artis berhijrah untuk membentuk pengaruh baik. Sejuk mata kita memandang bila artis berpenampilan Islamik. Ia amat sesuai dengan budaya kita yang asasnya dari Islam.

Tolong ye....bagi yang masih fikir budaya kita asasnya dari Hindu...komer sebenarnya masih terperangkap dalam era Sebelum Masihi. Kita tahu ramai pemimpin kita yang buat kerja khurafat kerana terjerumus dalam perangkap.

Ingatkah kepada peribahasa:

Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah..

Ertinya: Hukum adat berdasarkan hukum agama, hukum agama berdasarkan Al-Quran.

Jadi tidak timbul adat kita itu diambil dari kitab Hindu. Tak payah nak ikut adat Hindu sebab Islam sudah sempurna. (Yang tak sempurna orang).

Artis yang nak berjaya kena ikut macam dialah. Jangan ikut yang buka kelab malam.

Semoga Syamsul dapat menghasilkan filem berunsur dakwah yang hebat.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ‘ 

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi).

Tuesday, 14 January 2014

RUPANYA YONG SALAH FAHAM DENGAN NAJIB

Pada hari yang mulia menyambut kelahiran Rasulullah ini, baru Yong sedar rupanya selama ini Yong salah faham tentang pemimpin Islam bernama Najib Razak.

Rupanya selama ini dia sedang pertahankan kesucian Islam!


Rupanya dia ulang-alik buat umrah ke Mekah itu kerana hendak pertahankan kesucian Islam dari gangguan!

Mufti Harussani tentu gembira mendengar kenyataan Najib ini.

Jadi, janganlah kita kutuk dia tentang isterinya yang enggan menutup aurat, kerana tak mahu bazirkan bayaran kos juruhias yang mahal.

DI MEKAH




BALIK MEKAH 


Jangan kita keji dia kerana semasa rakyat menuntut harga diturunkan, dia pergi holiday di luar negara, kerana diapun perlu bercuti.

Jangan kita main-mainkan dia kerana dia ikhlas menurunkan harga kangkung demi tidak menyusahkan rakyat miskin.

Kita hendaklah sederhana:
  • Makan ikan jika harga ayam naik.
  • Makan telur jika harga ikan naik.
  • Makan sayur jika harga telur naik.
  • Makan kangkung jika harga sayur naik.
Itulah dia wasatiyyah 1Malaysia.

Maqasid syariah 1Malaysia.

Kalau kita menentang pemimpin Islam yang adil ini, kita jadi bughah!


Monday, 13 January 2014

HARD ROCK CAFE DI PERAK BOLEH BUAT TARIAN GELEK. DI KELANTAN, MAIN GASING...

Yong cuma nak kata padan muka pada gerombolan PAS yang tidak bersungguh-sungguh menyokong Husam Musa di Putrajaya pada PRU13 yang lepas.

Yong tak jamin Hard Rock Cafe tak dibuat di Kelantan kalau PAS jatuh. Betul Yong tak jamin.

Jadi, beringatlah para ulama yang menguasai Kelantan sekarang. Kalau dok asyik mimpi nak selamatkan UMNO sebab demer Melayu, tunggu sajalah apabila demer sudah selamat nanti. Demer ambik Kelantan dengan gah.

Lepas tu PAS nak nangih keluar air mata darah pun tak guna lagi.

ASYIK MAIN GASING, SARUNG TERSELAK PUN TAK SEDAR!

Betul komer ada Sultan Kelantan yang alim, boleh jadi imam. Tapi cukupkah tenaga baginda untuk menentang kalau UMNO sudah bertapak di Kelantan? 

SULTAN KELANTAN TUNJUK KEULAMAAN, PEMIMPIN KELANTAN UMNO NAK IKUTKAH?

Lihatlah apa jadi dengan Kampung Ladang di Terengganu. PAS telah kalah di sana. Apa jadi dengan tukang-tukang kraft Melayu Terengganu di Kampung Ladang? Nak tahu kisah penduduk Kampung Ladang yang malang baca di sini.

MUNGKINKAH KAMPUNG INI DAPAT DISELAMATKAN KALAU TIDAK TIMBUL CERITA PIL KUDA?

Jangan ingat sebab ahli UMNO itu mengaku Melayu, demer akan pertahankan budaya Melayu. Inikan pula nak pertahankan budaya Islam.

INI TRADISI MELAYU KAH?

Yong masih ingat lagi masa pra muktamar PAS dulu. Bukan hanya Mat Sabu dituduh syiah, dlabel bapa anjing dan sebagainya, ilmunya juga dipelekeh sebab tiada ijazah bergulung-gulung! Tahukah komer apa ijazah yang dimiliki pemimpin UMNO?

BLOGGER PRO-UMNO INI KATA NAJIB TAK HABIS MENGAJI

Kalau komer faham bahasa Inggeris, tentu komer tahu apa maksud: Fact is he never graduated.

Simple maknanya, dia tiada ijazah.

Itupun pemimpin PAS cari pemimpin UMNO yang menuduh PR tak tolong mangsa banjir di Pahang. Siapa yang langkah kanan? PAS atau UMNO?

DALAM PUJI ADA DURI

Mana ada penari gelek Uzbekistan! Ada...! Itu budaya demer. Takde kaitan dengan Islam. Tak tahu le kot ada ostad UMNO atau ostad UG dalam PAS yang suka suka label orang sana sini, suka tengok... sebab muziknya ala-ala nasyid!

SORRY. SAJA BUAT GAMBOR BLUR

Yong sebut ostad UG dalam PAS, bukan pemimpin PAS yer. Kalau pemimpin PAS yang ikhlas dan jitu dia tahu akhlak wajar diletak di mana.