Hari ini Yong nak cerita di luar skop politik, boleh?
Lama dah tak bercerita bab seni dan kebudayaan.
IMEJ BARU |
Mungkin ramai anak muda nak jadi macam Syamsul Yusuf. Dia lahir dengan sudu perak (silver spoon) kerana abah pengarah terkenal.
Rasanya ramai juga ingin berjaya sepertinya. Ramai juga agaknya awek yang menangis membaca berita ini....Haha...usik jer.
Yong dah jarang mengikuti perkembangan artis. Bukan apa. Ramai yang tak pandai berlakon, tapi mengaku artis. Syamsul Yusuf tentu lebih maklum dari Yong.
Dulu Yong pernah dipanggil buat review tentang filem Melayu yang pengarahnya hebat gak. Bukan abah Syamsul. Yong diminta buat review filem itu dengan membuat perbandingan filem Indonesia, Filipina dan Thailand.
Yong belasah filem Melayu itu kaw, kaw sebab lepas setengah jam tengok Yong sudah mengantuk sehingga hampir terjatuh dari kerusi. Terpaksa basuh muka untuk hilangkan mengantuk...Hehehe...
IMEJ BERTUDUNG |
Tapi bila tengok teater, boleh pulak Yong tahan sampai habis???
Okay, back to the topic. Tahniah kerana akan menjadi suami tak lama lagi. Bakal isteri bertudung. Alhamdulillah.
Siapa kata jadi artis harus pakai dedah sana sini?
Siapa kata jadi artis mesti kahwin dengan Dato' tua kerana nak jadi kaya?
Sebenarnya artis ada pengaruh.
Pengaruh baik, pengaruh buruk. Dua-dua ada.
Jadi, amat molek jika artis berhijrah untuk membentuk pengaruh baik. Sejuk mata kita memandang bila artis berpenampilan Islamik. Ia amat sesuai dengan budaya kita yang asasnya dari Islam.
Tolong ye....bagi yang masih fikir budaya kita asasnya dari Hindu...komer sebenarnya masih terperangkap dalam era Sebelum Masihi. Kita tahu ramai pemimpin kita yang buat kerja khurafat kerana terjerumus dalam perangkap.
Ingatkah kepada peribahasa:
Adat bersendi syarak, syarak bersendi Kitabullah..
Ertinya: Hukum adat berdasarkan hukum agama, hukum agama berdasarkan Al-Quran.
Jadi tidak timbul adat kita itu diambil dari kitab Hindu. Tak payah nak ikut adat Hindu sebab Islam sudah sempurna. (Yang tak sempurna orang).
Artis yang nak berjaya kena ikut macam dialah. Jangan ikut yang buka kelab malam.
Artis yang nak berjaya kena ikut macam dialah. Jangan ikut yang buka kelab malam.
Semoga Syamsul dapat menghasilkan filem berunsur dakwah yang hebat.
Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:
يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس ‘
“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis Diriwayatkan al-Baihaqi).
syok la dapat kahwin... kiki
ReplyDelete