Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 13 January 2014

HARD ROCK CAFE DI PERAK BOLEH BUAT TARIAN GELEK. DI KELANTAN, MAIN GASING...

Yong cuma nak kata padan muka pada gerombolan PAS yang tidak bersungguh-sungguh menyokong Husam Musa di Putrajaya pada PRU13 yang lepas.

Yong tak jamin Hard Rock Cafe tak dibuat di Kelantan kalau PAS jatuh. Betul Yong tak jamin.

Jadi, beringatlah para ulama yang menguasai Kelantan sekarang. Kalau dok asyik mimpi nak selamatkan UMNO sebab demer Melayu, tunggu sajalah apabila demer sudah selamat nanti. Demer ambik Kelantan dengan gah.

Lepas tu PAS nak nangih keluar air mata darah pun tak guna lagi.

ASYIK MAIN GASING, SARUNG TERSELAK PUN TAK SEDAR!

Betul komer ada Sultan Kelantan yang alim, boleh jadi imam. Tapi cukupkah tenaga baginda untuk menentang kalau UMNO sudah bertapak di Kelantan? 

SULTAN KELANTAN TUNJUK KEULAMAAN, PEMIMPIN KELANTAN UMNO NAK IKUTKAH?

Lihatlah apa jadi dengan Kampung Ladang di Terengganu. PAS telah kalah di sana. Apa jadi dengan tukang-tukang kraft Melayu Terengganu di Kampung Ladang? Nak tahu kisah penduduk Kampung Ladang yang malang baca di sini.

MUNGKINKAH KAMPUNG INI DAPAT DISELAMATKAN KALAU TIDAK TIMBUL CERITA PIL KUDA?

Jangan ingat sebab ahli UMNO itu mengaku Melayu, demer akan pertahankan budaya Melayu. Inikan pula nak pertahankan budaya Islam.

INI TRADISI MELAYU KAH?

Yong masih ingat lagi masa pra muktamar PAS dulu. Bukan hanya Mat Sabu dituduh syiah, dlabel bapa anjing dan sebagainya, ilmunya juga dipelekeh sebab tiada ijazah bergulung-gulung! Tahukah komer apa ijazah yang dimiliki pemimpin UMNO?

BLOGGER PRO-UMNO INI KATA NAJIB TAK HABIS MENGAJI

Kalau komer faham bahasa Inggeris, tentu komer tahu apa maksud: Fact is he never graduated.

Simple maknanya, dia tiada ijazah.

Itupun pemimpin PAS cari pemimpin UMNO yang menuduh PR tak tolong mangsa banjir di Pahang. Siapa yang langkah kanan? PAS atau UMNO?

DALAM PUJI ADA DURI

Mana ada penari gelek Uzbekistan! Ada...! Itu budaya demer. Takde kaitan dengan Islam. Tak tahu le kot ada ostad UMNO atau ostad UG dalam PAS yang suka suka label orang sana sini, suka tengok... sebab muziknya ala-ala nasyid!

SORRY. SAJA BUAT GAMBOR BLUR

Yong sebut ostad UG dalam PAS, bukan pemimpin PAS yer. Kalau pemimpin PAS yang ikhlas dan jitu dia tahu akhlak wajar diletak di mana.

9 comments:

  1. A'kum Yong

    Cukup menyengat.
    Puak UG ni dua kali lima juga. Belajar tak habis atau otak kontot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam mountdweller

      Hmm....dua2 kot. Kalau tidak tentu dah sedor.

      Delete
  2. Yong....saya lama kat Uzbekistan (sila layari www.the jigit.com) Sana memang ramai penari gelek separuh bogel yang sesuai untuk Hard Rock cafe di negeri-negeri Melayu sebab tarian mereka diiringi oleh muzik-muzik ala padang pasir gitu.......Saya pernah melihat seorang bekas Imam Besar Masjid Negara yang terlopong mulut sambil mata terkebil-kebil ibarat cicak tertelan kapur apabila melihat tarian gelek wanita Uzbekistan.......Tak caya tanya Johan Jaafar Media Prima......he was there too......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani,

      Kihkihkih...iyeke? Yong tahu ada mufti yang juga terkebil2 nengok gelek penari Uzbek yang menggoda....

      Delete
  3. Kes Pil Kuda di Terengganu berlaku bila Ustaz UG tamak nak kongker duit minyak 8m setahun. Itulah asas kepada perebutan DUN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam TheSniper

      Apa nak berebutnya. Bukan duit demer...

      Delete
  4. DeeDee Yong....

    Aiyo .... tembak baek punya... Hahaha... mesti ader yang akan melenting nanti.... mestilah....

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Tegur tanda sayang. Kot tak faham jugak, sah otak UMNO.

      Delete
  5. wakaka.... gua baru tau yong.... ingat bekas pelajar VI hebat2.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.