Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday 17 January 2014

SALAH ORANG MISKIN ITU KENAPA DIA TERUS MISKIN SAMPAI SUMBANG MAHRAM

CATATAN SEBUAH PENGALAMAN MEETING DENGAN ULAMA UMNO

Pada suatu pagi Yong dijemput hadir mesyuarat sambutan Minggu Dakwah. Yong pergi sebab mewakili tempat Yong kerja.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh seorang ulama UMNO.

Yang hadir tu orang yang hebat-hebat juga. Ada Tan Sri, Dato' Seri dan Datuk. Ada senator. Ada producer filem. Ada dari RTM, TV3, TV9 dan Astro. Ada juga dari surat khabar. Ada wakil GLC dan jabatan kerajaan.

Malaysiakini, Malaysian Insider dan Harakah?? Hmmm....tak perasan pulak.

Kata pengerusi, projek dapat sedikit funding jika dikaitkan dengan minggu dakwah.

Ok. Kita pun happy bab dapat funding tu.

Masing-masing pun bagi idea. Biasalah Yong masukkan idea pembelajaran alam sekitar. Semuapun sokong idea Yong. Pengerusipun minta detail. 

Tiba-tiba seorang mamat mencadangkan supaya dibuat satu program khusus untuk penduduk rumah flat. Kata mamat ini, banyak kes keruntuhan akhlak berlaku di rumah flet. Selain penagihan dadah, ada juga kes sumbang mahram...

Bukan Yong nak menghina penghuni rumah flat. Mamat itu yang cakap. 

Tetapi apa yang memeranjatkan kami ialah respon pengerusi itu. Katanya, kerajaan bina rumah flat untuk membantu orang miskin. Masa orang miskin itu pindah masuk flet, dia masih muda. Sepatutnya dia usaha perbaiki ekonomi diri supaya dapat keluar dari rumah flat itu lalu tinggal di rumah yang lebih besar, yang ada privasi untuk anak-anaknya - jangan bercampur sebilik lelaki dan perempuan...bla..bla..

Pendiknya, macam satu kesalahan pulak bila miskin...

Kami terkejut dan terdiam...

Macam mana dia boleh perbaiki ekonomi dirinya jika kos sara hidup bergerak naik lebih laju dari pendapatannya?

KONDO ORANG MISKIN DIPANGGIL FLAT

Yong balik, lapor pada bos.

Kata bos, kalau dia bagi funding, kita masukkan nama program dia dalam projek kita. No free ride.

Sampai hari kami buat projek, tiada kabar berita.

Sah, pembelajaran alam sekitar bukan dakwah!

Apa jadi dengan penduduk miskin yang duduk rumah flat?

MANA BURUH INI DAPAT RM20,000 UNTUK IKAT JAMIN DIA? 

Buruh yang ditahan di Melaka itu contoh ajer.

Apa kata ustaz-ustaz yang makan gaji dengan kerajaan? Contohnya yang duduk di YADIM, JAIS, IKIM bla...bla... Mungkin ada yang tinggal di kondo, bukan rumah flat.

3 comments:

  1. nanti ada pak atau mak menteri yang kata: "... dah tahu miskin, ngapa nak kahwin, nak ada anak.... jangan le kahwin-kahwin .....!!!"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rantai

      Miskin atau kaya, sama saja haknya disini Islam.

      Bukan semua orang mampu menjadi penerbit filem.

      Bukan semua orang mahu menjadi penerbit filem lucah.

      Delete
  2. dah tahu miskin jgnlah asik nak makan ayam...makan kangkung jer...pembesaran dan zat utk kanak2 tak payah hiraukan...klu pandai nti lawan kerajaan....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.