Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 27 January 2014

SALAH SIAPA GURU JADI STRESS DAN MURID JADI BANGANG?

Hari-hari murid ucap selamat kepada cikgu. Tapi ia gagal membuang stress cikgu.

Posting dulu mendapat banyak respons dari bekas guru, atau ada isteri guru. Ada yang jelas terkilan kerana guru sering dipersalahkan. Siapa yang singgah, bacalah komen-komen pengunjung. Baca di sini

Yong pun pernah jadi guru sekolah. Di sekolah itu ada murid yang sudah sampai tingkatan dua, tetapi masih buta huruf. Nama sendiri pun tidak boleh eja.

Petang ini Yong nak cerita pengalaman anak saudara belajar di sebuah sekolah di Ipoh.

Anak sedara (Yong panggil dia An) tidak mendapat keputusan yang hebat ketika SRP. Dia seoang budak yang manja. Ibu bapanya bekerja penuh masa mencari rezeki. Demer tak kaya raya, tapi cukup berjimat dalam perbelanjaan. Sampai sekarang TV flat-screen pun takde! 

Keputusan An dikira tidak hebat kerana abang dan kakaknya berjaya ke MRSM. Dia pula tidak layak.

Andak (ibunya) masukkan dia ke sekolah yang ada kelas perdagangan kerana katanya An minat hendak menjadi akauntan.

Huh! Besarnya cita-cita An yang manja itu.

Tetapi selepas 2 minggu, An tak tahu apa-apapun tentang perdagangan. Dia mengadu pada ibunya tak faham apa cikgu ajar. Ibunya suruh dia beri perhatian dalam kelas. Minggu seterusnya, An masih blur. Ibunya pun meluangkan masa pergi ke sekolah. Dapat dia berjumpa dengan cikgu kelas. Andak mengadu tentang anaknya yang tak faham bab debit-kredit ini...Pendiknya zerolah.

Apa cikgu itu kata?

Katanya dia ada lebih 40 orang murid dalam kelas. Tidak mungkin cikgu dapat memberi perhatian khusus kepada murid yang lembab. Kalau tak faham, hantar saja anak ke kelas tuition. Siap dia bagi nama sekolah tuition berdekatan.

Andak terperanjat dengan respons cikgu itu. Terus dia jumpa pengetua, minta masukkan An ke kelas pure sains. Mujur masih ada kekosongan. Kata Andak sekurang-kurangnya dalam kelas pure sains, kalau tak faham biologi, fisik dan matematik, dia boleh ajar sebab Andak dulupun dari kelas pure sains.

Adakah cikgu itu memiliki sebuah sekolah tuition?

Seperti yang diduga, keputusan SPM An cuma dapat tak silap 4A. Apa sangatlah 4A itu kalau ada yang dapat 16A?

An dimasukkan ke kolej untuk mengambil Higher National Diploma (HND) dalam bidang...jeng...jeng...jeng...PERAKUNAN!

Selepas lulus, bapanya pinjam duit sana sini untuk menghantarnya belajar ke Dublin dalam bidang Perakaunan. Akhirnya An lulus ACCA dan menjadi professional accountant. Sekarang An bekerja di sebuah syarikat antarabangsa di UAE.

An sudah membayar semua hutangnya.

Kenapa Yong nak cerita pasal An?
  1. Sebab Yong nak tunjuk kalau ibu bapa itu PEKA dan turut BERUSAHA, anak yang mula tak berapa pandaipun akan jadi pandai juga. Tak kisah macam mana layanan gurunya.
  2. Sebab yang harus membentuk peribadi dan kejayaan anak itu bukan guru sahaja, tetapi ibu bapa yang lebih utama dan wajib memainkan peranan.
Tapi kenapa ada guru yang tak berapa betul, tak mahu mengajar dengan betul dan ada yang seolah-olah bermasalah mental?

Jawapannya kita berbalik kepada sistem pendidikan di negara kita yang kita sayangi ini.

Terdapat beberapa persoalan yang harus kementerian cerakin dan jawab:
  1. Berapa ramai di antara profesor-profesor yang jadi penasihat kementerian yang pernah jadi cikgu di sekolah rendah atau menengah rendah?
  2. Kalau mengajar di sekolah rendah atau menengah rendah, adakah dia mengajar di kelas yang penuh dengan budak yang kurang pandai?
  3. Adakah dia pernah mengajar di estet atau di kampung pedalaman yang muridnya terpaksa naik sampan atau bertolak sebelum subuh untuk ke sekolah?
  4. Yong dapat tahu Menteri Pelajaran pernah jadi cikgu. Tapi bagaimana timbalan-timbalannya?
  5. Fikirlah, masa pak-pak menteri dan para profesor penasihat gomen dulu belajar, begitu banyakkah beban yang dikendong setiap kali ke sekolah?
  6. Tidakkah pak-pak menteri dan para profesor mempunyai anak/cucu/sedar/suku-sakat yang sekarang terbeban dengan kerja sekolah? 
Tiada guna ilmu pedagogi bla...bla...kalau jadi profesor kangkung.

Tolonglah...Seperti yang telah Yong sebut dulu, menukar cikgu yang bermasalah hanya memindahkan masalah ke sekolah lain sahaja. Masalah takkan selesai selagi kurikulum sekolah yang pelik ini tidak dikaji semula!

Bagi yang ingat Yong buat cerita tipu tentang An, Yong letak gambar dia di sini:


Teringat Yong masa sekolah menengah dahulu, cikgu Subramanian (matematik) dan Miss Glory (biology) buat kelas tambahan tanpa bayaran 1 sen pun...

Classmate Yong ada seramai 44 orang. Hanya 6 orang budak Melayu (termasuk Yong) dan 2 orang budak India. 

TERIMA KASIH CIKGU.

4 comments:

  1. Replies
    1. Salam TheSniper

      Yong simpati pada cikgu...

      Delete
  2. yong...sekarang ini masih ramai guru yg buat kelas tambahan tanpa minta bayaran sesen pun walaupun kelas tu diadakan waktu malam atau hujung minggu...
    masih ramai guru yang menjaga anak orang lebih drp menjaga anak sendiri...
    masih terlalu ramai guru yg berjiwa pendidik...
    alangkah baiknya jika ibu bapa seperti ibu bapa An....
    mengambil tahu serta mengambil tindakan positif...
    serta bekerjasama dengan guru demi masa depan anak sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zarina

      Alhamdulillah ada cikgu yang prihatin. Sorang anak sedara Yong jadi cikgu sekolah rendah. Dia masih muda. Baru keluar kolej. Mengajar tahun satu pulak. Katanya memang payah sebab takde pengalaman. Awal sekolah ada anak murid yang pegang bajunya ke sana sini sebab takut. Sabor jer ler.

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.