Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 3 January 2014

TIGA NAFI PEMILIK PARANG YANG DITEMUI POLIS...

Siapa pulak tiga orang ni? Nah, ini ceritanya:

PARANG REKAAN

Cerita parang ini berulang-ulang lagi semasa bersih 2.0. Sesuai dengan senario, bilangan parang pun bertambah.

LAGI BANYAK PARANG REKAAN

Kalau dalam kes Amirulrashid, hanya sebilah parang ditemui, maka dalam Bersih 2.0 bukan  hanya senjata parang, bom petrol pun ada:

SIAPA YANG PANDAI BUAT BOM NI?

Semua berita di atas sudah jadi sejarah (di sini). Rakyat yang ada akal, bijak menilai mana satu berita yang datang dari kilang, mana satu sahih. Tetapi, mengapa menakut-nakutkan orang awam, sedangkan pada masa yang sama pemimpin BN mencanang serata dunia "Malaysia negara paling aman?"

Siapakah yang membawa cerita parang dan bom ini? Ya...tak lain tak bukan, pihak yang diamanahkan sebagai penguasa keamanan negara. Adakah ini maknanya negara Malaysia sudah tidak aman lagi?

SIARAN ULANGAN, TAPI KALI INI BOM LAGI

Berani menuduh, tetapi apabila NGO yang disebut mahu saman tak berani mengaku. Takkan BERNAMA memfitnah polis?

PARANG DITEMUI SELEPAS HIMPUNAN TURUN PULAK

Alahai...sudah sudah le buat cerita parang ni. Pembawa parang, bom dan t-shirt yang masa Bersih 2011 dan Bersih 2012 dulu dah ditangkap ke belum? 

Seluruh Dunia tahu, bilangan yang turun Bersih 3.0 jauh lebih ramai dari Bersih 2.0, walaupun polis "jumpa" macama-macam senjata merbahaya. Mengapa fenomina ini terjadi? Sebab, bila asyik cetak-ulang cerita yang sama, lama-lama orang awam sudah tidak percaya lagi.

Jangan sampai jadi macam cerita budak gembala kambing dengan serigala...

Ingat! Siapakah yang membantu mangsa banjir dan siapa yang berjoget sakan ketika rakyat ditimpa bencana?










Mufti Harussani agaknya lebih suka budak-budak menyambut Tahun Baru dengan konsert dan buat anak haram (daripada menuntut harga barangan diturunkan) sebab dia tak kata demer tu sebagai "bughah" atau pemberontak (halal darahnya).



8 comments:

  1. Mungkin ada kumpulan Extremis Melayu yg terpengaruh dgn ijtihad Harusani yg ngatakan peserta himpunan TURUN itu Bunghah dan halal darah mereka, maka mereka pun mahu melancarkan jihad songsang dgn parang dan bom ....aku dah minta polis siasat Harusani dgn kaitan penemuan senjata merbahaya ini dlm blog....sat lagi keluar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam alhusseyn

      Mufti dah jadi pelacur politik. Hanya di 1Malaysia. Kat Indon yang kita menyampah rakyatnya jadi pengundi hantu pun takde ulama tara ini.

      Huh! Hebatnya negaraku.

      Delete
  2. Yong,

    Just think for a while, why can't the police conduct an undercover operation to see who eventually will return to the place to pick up the parangs? Only then you can nab the culprits (kalau ye lah ada)...

    ReplyDelete
  3. Parang n pisau sama je kan....dan.....Payung tu dikira senjata berbahaya ye....kena hati2 bawak payung lain kali ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam adam mien

      Mujur Yong jarang bawa payong...

      Delete
  4. As salam Yong

    Ini semua wayang, cukup-cukuplah menakut-nakutkan kami. Buat laku surat khabar jer. Yang terus bersusah payah rakyat, mereka di atas terbang tinggi ke sana sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Shiffa Berkat

      Rasanya Tandas Putera tu dah cukup memualkan...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.