Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday 4 February 2014

KENYATAAN RASMI PRESIDEN PAS: KALAU ASYIK BEREBUT KUAH YANG SEDIKIT INI, APA YANG TINGGAL BUAT RAKYAT?

Kalau lelaki dipanggil Anwarinas, perempuan Anwarini kot?

Biarlah. Panggillah apa yang komer suka. Sebab Yong bukan salah satu daripadanya.


Mula-mula kita baca dengan teliti kenyataan Presiden PAS:

Kenyataan Media Presiden PAS

Selasa 4 Februari 2014

Parti Islam SeMalaysia (PAS) telah mengadakan Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya pada jam 9.00 malam, Isnin 3 Februari 2014 bertempat di Pejabat Agung PAS Pusat. Mesyuarat ini telah membincangkan isu-isu politik semasa antarabangsa dan tanahair termasuklah Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kawasan Dewan Undangan Negeri N25 Kajang setelah berlaku kekosongan berikutan perletakan jawatan ADUN Kajang yang memenanginya dalam PRU13 yang lalu.

Bersesuaian dengan semangat dalam Pakatan Rakyat maka PAS Pusat dan PAS Negeri Selangor akan membantu jentera pilihan raya PKR berdasarkan kepada keperluannya dalam menghadapi PRK ini. Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat iaitu YB Dr Mohd Hatta Ramli pula dilantik untuk mengetuai jentera pilihan raya PAS dalam PRK ini. Dalam pada itu juga, ingin dipertegaskan bahawa isu kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor adalah tidak berbangkit.

Mesyuarat juga merakamkan kecaman terhadap hukuman gantung sampai mati yang diputuskan oleh Tribunal Jenayah Perang di Bangladesh terhadap mantan Menteri Pertanian (2001 - 2003) dan Menteri Industri (2003 - 2006) Bangladesh yang juga merupakan Ameer Jamaat Islami Bangladesh, Maulana Matiur Rahman Nizami. Beliau telah dinafikan perbicaraan yang adil dan berdepan dengan berbagai ancaman ketika perbicaraan. PAS mendesak agar pihak Tribunal tidak sepatutnya menjadi penghukum politik kepada kerajaan yang terdesak, dan seharusnya mendengar kritikan badan guaman dan hak asasi manusia antarabangsa.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Inilah kenyataan paling berlapik-lapik yang pernah Yong baca dari Presiden PAS. 

Inilah kenyataan yang cuba menyejuk hati kesemua kem dalam isu Kajang:
  • PKR
  • PAS Selangor
  • Pemuda PAS 
  • Kem Azmin
  • Kem TS Khalid
  • Anwarinas dan Anwarini
  • Kem Menantu.
Bila kita buat senarai, barulah kita sedar rupanya panjang juga senarainya.

Malangnya kita hanya ada semangkok kecil kuah buat penyedap makan malam untuk keluarga. 

Yang berebut kuah itu pula ada multiple-interest, sedangkan bahan-bahan untuk membuat kuah itu ada pada kumpulan lain yang menjadi musuh politik kita. 

Tetapi ingat! Resepi itu kita yang pegang. 

Jangan kita rosakkan resepi itu kerana ketamakan sendiri.
  • Terlebih garam - dapat darah tinggi
  • Terlebih gula - dapat kencing manis
  • Terlebih cili - dapat ulser 
  • Terlebih bawang - mulut berbau busuk
  • Terlebih rempah - payah tidur malam.
Jangan kira ia resepi kuah satey, kuah nasi dagang, kuah laksa, kuah asam pedas, kuah ikan singgang, kuah gulai tempoyak, kuah masak lemak atau kuah kari, etc...etc...

Jika pemimpin asyik berebut, rakyat marhein akhirnya dapat apa?

Jangan GOPOH!

Setakat ini Anwar Ibrahim orang yang terbaik menjaga kualiti resepi kita. Oleh itu sokongan diperlukan memulakan langkahnya di Kajang.

Tiba masanya jika dia sudah tidak mampu lagi, mengikut adab, dia harus serahkan tugas itu pada orang lain yang lebih layak. 

Adab ini harus dipegang oleh semua penjaga resepi kita, yang muda atau yang tua - termasuk dari PAS dan DAP.

Pedulikan UMNO yang menjaja resepi perkauman. Demer yang tidak tahu menguruskan bahan-bahan. Buat apa kita sibuk nak betulkan kekalutan demer? Betulkan keadaan diri sendiri dahulu.

Tugas kita mengusasai bahan-bahan untuk menyempurnakan resepi kita.

SAMPAI BILA KITA HENDAK BEREBUT SEMANGKOK KUAH?

Yong: Seorang penganalisis proses dasar.

6 comments:

  1. Replies
    1. Salam TheSniper

      Alhamdulillah. Yang baik datang dari Allah (SWT)

      Delete
  2. DeeDee Yong...

    Pergh... terbaek metafora.... Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Ini saja yang termampu. Yang cerdik faham. Yang bodoh, semoga Allah buka mindanya supaya cerdik.

      Delete
  3. Berebut Gulai Ayam Pak Din....kah kah kah....Umo makin tue tapi tak sedo sedo....nafsu nak rebut jawatan mengatasi keiklasan berjuang untuk kepentingan rakyat. Orang ramai sedang berusaha untuk menjatuhkan rejim korup umno ni, mereka pula ke hulu ke hilir berkempen untuk kepentingan politik peribadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul

      Sedap sangat ke gulai ayam Pak Din ni? Kata opah Yong, kalau gulai tu sampai buat kita ketageh, maknanya ada benda...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.