Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday 1 March 2014

GAMBAR SEBENAR "GEREJA" YANG DIDAKWA MEMURTADKAN MELAYU

Yong tak tahu nak kata apa. Mungkin macai ni gila babi, atau paling kurang, mereng. Ini gambar yang dia post di blognya (di sini):

SIAP MEMFITNAH KHALID SAMAD

Besarkan sikit gambar. Tak tahu sama ada blogger crop bumbung dewan. Klik gambar kalau nak besar lagi:

PERHATIKAN DESIGN PADA KERUSI DAN TIANG (PILLARS) DEWAN

Carian Yong di Internet terjumpa blog Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama, Universiti Sains Islam Malaysia. Blog boleh di access di sini. Ada beberapa gambar aktiviti persatuan semasa melawat ke Institut Antarabangsa Pemikiran Islam Dan Tamadun (ISTAC) pada 12/12/2012. Berikut salah satu daripada gambar yang diterbitkan:

BANDINGKAN DESIGN KERUSI DAN TIANG (PILLARS) DEWAN

Bukan susah sangat bagi blogger macai ini untuk mengesahkan di mana gambar itu diambil. Tetapi disebabkan terlalu taksub untuk membuat fitnah, dia terus terbitkan dan sebarkan gambar fitnah tersebut. Gambar fitnah itu juga dimuatnaik oleh beberapa blogger macai lain seperti Suara Rakyat Malaya pada 1 Januari 2013. Google saja dan komer akan jumpa di sini.

Sangat menyedihkan dan memalukan perkara ini berlaku. Semuanya gara-gara penguatkuasa yang lemah memantau blog-blog kaki fitnah.

Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada pihak penguatkuasa supaya peka kepada apa contents yang dimuatnaik blogger macai BN. Contents in segaja dibuat untuk menimbulkan kemarahan orang Islam kepada bukan Islam dan DAP. 

SKMM dan polis - bersikap adillah. Jangan hanya mencari salah blogger pro Pakatan Rakyat.

Allah -Subhana Wa Ta’ala- berfirman,

إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَتُوبُوا فَلَهُمْ عَذَابُ جَهَنَّمَ وَلَهُمْ عَذَابُ الْحَرِيقِ [البروج/10

“Sesungguhnya orang-orang yang mem-fitnah (membakar) orang-orang yang mukmin laki-laki dan perempuan kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar.” (Q.S. Al-Buruj: 10).

Gambar tambahan dari blog Persatuan Mahasisa:

GAMBAR DEWAN DARI BELAKANG

1 comment:

  1. salam mak yong,

    mak young patut usulkan supaya muka2 melayu dlm gambar tu g pakat-pakat saman machai.. ini namanya dh manjatuhkan maruah. klu muka aku ada dlm tu kompom aku saman machai 2 juta tiap satu blog..

    kaya kaya kaya....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.