Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 15 March 2014

KALAU PAKCIK INI GERENTI BOMOH TAMPOR BOYER TAK BERANI TAMPOR!

Dalam kekalutan mencari ke mana pergi kapal terbang MH370, dunia dikejutkan dengan labu sayong, kelapa, bakul, bubu, tikar dan tongkat.

Semua bahan-bahan dibawa oleh Raja Bomoh untuk ritualnya konon mencari kapal terbang NH370.

Akibatnya, ia jadi trending di alam siber...

Kini, KJ pula sudah berperang dengan bomoh tampor boyer ni.

MINTA PANGGIL TV SEBELUM TAMPOR UNTUK DIJADIKAN BUKTI

Bukan saja dia nak tampor KJ, dia juga nak saman sesiapa yang tuduh kaedah perbomohannya khurafat. Bukan sikit saman...RM100 juta beb!

Muridnya pulak, berjuta-juta akan ke mahkamah!

Dengornya KJ tak takut...

Tapi mungkin ramai masih tak sedor. Selain telah disahkan khurafat oleh Jakim, Pertubuhan Silat Gayung Ghaib Harimau ini sudah lama tak laku.

Orang yang kini mengetuai Pertubuhan Silat Gayung Ghaib ialah Pak Wahab (gambar):

TOK GURU TUA DAN PEMEGANG AMANAH GAYUNG GHAIB

Perhatikan organisasi SILAT PUSAKA GAYONG GHAIB MALAYSIA (di sini), Pak Wahab adalah penasihat Utama:

TIADA NAMA IBRAHIM MAT ZIN

Kenapa tiada nama Raja Bomoh dalam organisasi ini? Persoalan ini terjawab dalam kenyataan berikut:

MANA YANG RAJA BOMOH KATA BERJUTA TU?

Menurut seorang sahabat aktivis yang kenal baik dengan Pak Wahab (malangnya Yong sendiri tiada kesempatan berjumpa dengan Pak Wahab), Perguruan Pusaka Gayong Ghaib Malaysia ini non-political. Demer low profile. Mengenai penganugerahan pangkat Khalifah atau panglima atau apa-apa saja kepada ahli-ahli politik, katanya dia tiada hubungan dengan Ibrahim Mat Zin sebagai mahaguru.

Kenapa Yong menyibuk buat N3 ini sedangkan Yong bukan ahli silat ini pun?

Sebenarnya Yong kesian pada sahabat ini kerana kemana dia pergi, dia akan ditanya oleh orang awam mengenai perbuatan ritual Raja Bomoh Ibrahim Mat Zin semasa mencari kapal terbang MH370. Perbuatan yang kita semua maklum memalukan orang Melayu yang beragama Islam.

"Biarlah Ibrahim Mat Zin nak jadi Raja Bomoh, ketua silat Gayong Ghaib Harimau dia. Itu hal dia, tak ada kaitan dengan Perguruan Pusaka Gayong Ghaib ini. Jangan sebab kerojer dia, orang awam menjauhi nak belajar silat." Katanya.

Ibrahim Mat Zin tak mungkin berani tampor Pak Wahab.

4 comments:

  1. ini kumpulan setan tak bertuan.

    ReplyDelete
  2. kak yong jangan tak tahu,pak ibrahim ni mahaguru silat harimau ghaib!!mestilah ahli silatanya termasuk harimau yang nampak [macam dalam zoo] dengan yang yang tak nampak dipandang mata[harimau jadian] buaya yang nampak ngan buaya yang tak nampak belum laie diambil kira.cuba kak yong kira ahli yang nampak ngan yang tak nampak,yak berjuta jawapanya.kalu tak mana mungkin bn/umno boleh menang,dia sendiri mengakui beliaulah[kebomohanya] membuat ahli bn/umno menang termasuk KJ sekali.KJ mesti dan wajib ingat kata kata mahaguru pak ibrahim ni,beliau kata kamu jangan jadi kacang lupakan kulit,permaianan pak ibrahim mahaguru ni tak mengira halal atau haram.pastinya bagi dia juara itu milik mutlak dia seorang.KJ jangan tak toleh belakang sekali mahaguru ni mengaum tok jib beri kad merah keluar padang buat selama lamanya.kami berdoa agar warga mh370 diselamatkan dengan bantuan allah swt hendaknya, dari allah kami datang kepada allah jua kami dikembalikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam maw

      Panjang jugak akel kamu yer...Yong tak terfikior pulak bab ahli ghaib tu. Nampaknya Yong naif jugak bab silat-menyilat ghaib ni. Nanti Yong konfim dengan sahabat Yong. Atau Yong tanya Pak Wahab jer.

      Dulu, kini dan selamanya ameno dan bomh bagai isi dengan kuku:

      http://yongsukakuning.blogspot.com/2014/03/umno-zambry-dan-yang-sejenama-dengannya.html

      Delete
  3. Salam zamani

    Adik beradik syaitan yang dikenali.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.