Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 11 March 2014

NELAYAN PANTAI TIMUR YANG HANDAL

GAMBAR DARI VIRTUAL.COM 

Beberapa tahun sudah Yong dan 3 orang rakan pergi bercuti di Pulau Kapas. Bagi yang tak tahu, Pulau Kapas tu di Terengganu. Dah sampai ke pulau takkan nak duduk-duduk lepak saja. Jadi Yong dan kekawan pun booking satu bot untuk snorkeling. Selain dari pembawa bot, ada seorang anak muda sebagai guide. Kami pun lega sebab ada member yang tak berapa biasa ke laut ikut sekali. Menurut guide ini selain jadi guide dia pun ikut-ikut nelayan. Namanya Harry (Sebenarnya Khairuddin). Dia boleh speaking sikit-sikit. Ada 2 orang Mat Salleh yang ikut sekali.

Sampai satu kawasan yang ada banyak terumbu karang dan ikan-ikan, bot pun berhenti dan sauh di labuhkan.

Oleh kerana kaki Yong kecik, maka takde flipper yang muat....hahaha...Kira kaki ayam le...Ooopps ini laut, mana ada ayam. Ikan ayam mungkin ada.


Yong menyesal kerana tak bawa flipper sendiri. Duduk berlapuk dalam stor. Tak apalah. Boleh terjun gitu jer, tanpa flipper.

Yong terjun tanpa flipper. Harry, guide tu lagi handal. Dia terjun tanpa alat snorkeling, tapi pakai flipper. 

Kami cuma berenang-renang tepi bot sahaja sebab ombak agak kuat.

Dua orang Mat Salleh pergi agak jauh. Yong nak ikut tapi kawan larang sebab dia takut.  Yong tak pakai flipper, jadi kena kayuh kaki kuat sikit.

Bila time nak balik, kami pun naik ke atas bot. Dua Mat Salleh dah balik. Macam-macam cerita demer bawa. Demer kata ada nampak dugong, nemo dsb.

GAMBAR DARI INTERNET
Menyesal tak ikut Mat Salleh ni. Kenapalah syarikat yang bawa pelancong ni takde flipper saiz S? Dari sesal dah jadi sakit hati.

Kami tanya ada nampak Harry? Dua Mat salleh kata, ada nampak, tapi hilang entah kemana. Pemandu bot kata, "Toksah susah hati. Nanti timbul le."

Isy...isy....isy...timbul ni ada macam-macam cara. Ada timbul hidup. Ada timbul...

Pemandu bot start enjin. Eh, takkan nak tinggalkan budak ni?

Entah macam mana, start saja enjin, si Harry ni pun tetiba melompat masuk bot.

Memang handal nelayan Terengganu ni. 

Mungkin lebih tepat kalau Yong kata memang handal Nelayan Pantai Timur ni.

TAK HAIRAN KALAU GOMEN MINTA TOLONG PADA NELAYAN

Yong percaya, tak payah gomen bagi arahan. Kalau nelayan nampak benda pelik terapung tentu akan buat laporan. Cuma jangan masa susah dan pilihanraya saja cari nelayan. Lepas itu nelayan dilupakan.

BOT NELAYAN ROSAK DI KUALA BESUT: ADA SIAPA BANTU?

Jangan lepas ini ada yang kata Yong bukan nelayan. Yong tak tahu tangkap ikan. Tak patut Yong komen tentang nelayan dan apa yang nelayan boleh bantu dalam pencarian kapal terbang MH370.

SAMA-SAMALAH KITA MENDOAKAN KESEMUA PENUMPANG DAN ANAK KAPAL MH370 ITU DITEMUI DALAM KEADAAN SELAMAT. AMIN!

2 comments:

  1. Beban tugaih same dipikoi, segale kemewahan dan kesenangan itu ate biyo teman saje le yg balunnye. Ngaco betoi le buat ghosak plan, mase nak pegi Mauritus ni le, kape teghobang tu nak lesap. Sughuh le nelayan tu ghisik-ghisik same ikan dan penyu, mintak ikan dan penyu bekabo kat mane kape teghobang tu, bukan ke senang keghojenye? Ade ikan selayang, ikan aya, sotong, penyu belimbing, penyu agar dan keghang. Scorpene bukannye boleh gune, lainle kalo peghang itupun kat laut lebih dalam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Fuyoh! Pekat Peghok miker!

      Pelik kan? Scorpene boleh pilih2 nak pergi perang kat mana sebab perairan Malaysia cetek! Jadi scorpene boleh perang dekat Paris dan Mauritus jer. Sementara tu simpan jer kat Teluk Spanggar tu, yang juga cetek.

      [Bab time yang huru hara tak tally dengan local time tu, baru Yong perasan dia jadi gitu sejak blog ini kena hack beberapa kali. Yong sedang cuba remedy]

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.