Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday, 16 March 2014

PENGANJUR FUTURE MUSIC FESTIVAL ASIA ORANG ISLAM, DITAJA OLEH SYARIKAT ARAK DAN TOURISM MALAYSIA

Agaknya inilah cara pelaksanaan konsep Maqasid Syariah yang begitu galak diwar-warkan oleh PM 1Malaysia yang wasatiyyah.

Dalam keadaan seluruh dunia sedang murung dan tertanya-tanya mengenai nasib 239 penumpang dan anak kapal MH370 yang ghaib, tiba-tiba kita dikejutkan dengan tragedi di hadapan mata:

BERITA SINGAPURA KATA 6 MATI

BERITA MALAYSIA KATA 5 MATI (UTUSAN)

PENGANJUR KATA 1 MATI (SUMBER)

Tak kiralah, 6, 5 atau 1 orang mati. Hakikatnya remaja atau remaja-remaja itu tetap mati. Mati kerana hadir parti maksiat. Mati sebelum menjadi dewasa dan berpeluang belajar tentang sepak terajang dunia kehidupan. Kelmarin remaja-remaja ini masih ketawa dengan keluarga dan rakan-rakan. Hari ini keluarga dan rakan-rakan dihurung kedukaan.  

Syarikat Livescape, penganjur pesta maksiat itu pengasasnya memakai nama Islam. Tetapi, antara penajanya termasuk syarikat arak, rokok, IT Service provider, barangan jenama dan paling mendukacitakan - Tourism Malaysia:

SUMBER

Berapakah nilai sebuah nyawa anak muda? Adakah Malaysia wajar menjadikan anak muda yang berniaga dengan cara ini sebagai ikon? Banggakah kita?

IQBAL AMEER (KIRI) DAN PENGARAH BERSAMA LIVESCAPE (SUMBER)

Membuat laporan polis di atas kejadian kematian pengunjung tidak akan membersihkan dosa di tangannya. 

Iqbal seharusnya bertaubat. Carilah rezeki lain di bumi Allah ini yang halal, yang bersih dari gejala dadah, arak dan rokok. Gunakan usia yang masih muda itu untuk mencari keredaan Allah.

Hadith Riwayat Ibn Majah dan al-Tabrani menyebut:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya roh al-Qudus telah datang kepada aku memberitahu bahawa seseorang itu tidak akan mati selagi tidak sempurna rezeki Allah S.W.T. kepadanya. Maka takutlah kepada Allah S.W.T. dan berusahalah dengan baik; dan lambatnya datang sesuatu rezeki itu janganlah menjadi pendorong kepada kamu untuk melakukan usaha mencari rezeki berbentuk maksiat kerana sesungguhnya rezeki Allah S.W.T. tidak akan dapat diperolehi melainkan dengan cara ketaatan.

Kita yang dewasa, tua dan berpengalaman, tugas kita mengingatkan dan membimbing yang muda dan mentah. Bukankah Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu seorang bapa bernama Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz yang beragama Islam?

Inilah akibatnya apabila Kebudayaan di bastardised (digampangkan) dengan pelancongan.

Fikir-fikirlah.

2 comments:

  1. Salam Yong, aku suka perkataan 'bastardised' itu diberikan juga kpd Jakim! Bila Jakim mau siasat dan ambil tindakan?

    ReplyDelete
  2. Apabila generasi remaja dibiarkan selama ini, jauh dari mendapat santapan rohani yg berkualiti, maka berlakulah segala kebobrokan dikalangan mereka. PLKN, kem motivasi malah BTN tidak berfungsi untuk calibrate sebarang error dijiwa muda-mudi. Ditambah pula dgn program media hiburan. Sedangkan golongan muda inilah yg perlu disedarkan, supaya menuju kpd kebaikan dan menjauhi keburukan. Matlamat yg dipraktikkan selama ini hanya untuk melekakan shj, tanpa pengisian bermakna hasilnya pincang,

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.