Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 7 March 2014

ULTRAMAN DIHARAMKAN KERANA BANGANG

Antara sebab buku komik Ultraman diharamkan ialah kerana menyamakan wira itu dengan Allah. Seperti dalam gambar di bawah.

SUMBER (MELVISTER)

Yong setuju edisi buku komik yang menggunakan kalimah Allah untuk elder ini diharamkan. 

Bagi Yong ini adalah kes bangang bertingkek-tingkek penterjemah buku ini dari bahasa asal (Jepun) kepada bahasa Melayu. Penterjemah ini dan seluruh ahli penerbit buku ini wajar diberi pendidikan kerana ternyata demer semua bangang. 

Umum tahu bahasa Jepun tiada kalimah Allah.

Tetapi jika seluruh buku komik Ultraman hendak diharamkan, itu cerita lain. 

Banyak lagi buku komik dan kartun yang merosakkan adab, bahasa dan bersifat ganas. Komik kartun ini sudah lama bermaharajalela di ruang tamu rumah kita dan ditonton oleh bayi, budak tadika dan sekolah rendah.


Inilah masalahnya apabila syarikat penerbitan hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menimbangkan tentang kualiti penerbitan dan bahasa serta impak kepada masyarakat. Pihak yang kerjanya memantau pula kurang prihatin.

UPDATE: Betulkah penterjemah ini guna Google Translate?

6 comments:

  1. Salam,

    Tu la Yong....anak saya kat tadika suka ketuk kepala orang. Setelah dikaji mungkin pengaruh filem kartun yang ditontoni...Jerry belasah Tom kaw-kaw atau Tom hentak kepala Jerry dengan kayu golf ok je...lepas kemek bangun lari semula tak ada apa masalah pun.....hari-hari balik rumah bederomen muka calar balar.....

    Dalam bab-bab terjemahan ni memanglah sesuatu yang extraordinary di negaraku yang tebal dengan semangat kemelayuan ini. Suatu hari saya menonton filem omputih dan terbaca terjemahan sarikata seperti di bawah ini;

    "......Jika awak berhati-hati dan menyimpan mata awak di atas jalan, kita boleh mengelak persetubuhan kemalangan ini......"

    Lepas tu keluar pulak jawapan Mamat yang seorang lagi;

    "......Ohhh tutup kau , ini semua salah awak...awak Moron berdarah....."

    Aseinya watak yang mule2 tu cakap gini;

    " If you were careful and kept your eyes on the road, we could have avoided this fuc**** accident..." dan dijawab...

    "...Ohhh you shut up. Its all your fault ...you bloody moron...."

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul

      Hahaha...Camne nak selesaikan masalah ni kalau kita ada menteri penerangan yang equally bangang?

      Budak2 yang tak faham bahasa omputih bacalah sarikata yang bangang tu...

      Delete
  2. salam muslim..
    ketepikn fahaman politik, kalau ada antara kite yg anggap KDN funny, bodoh, xmatang… at least dyorg ade usaha utk tauhidkn Allah.. klu korg xsokong sbb xsuka gov, trpulang.. xsume keje KDN tu org BN.. ntah2 org PR lg rmai.. rasional.. klu pn xsuka org laen nk tauhidkn Allah, jgn tnpa sedar kite mnsyirikkan Allah..
    #copypaste

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr.R

      Miker ni salah masuk blog ke? Atau miker cuma baca tajuk jer dan terus melatah?

      Ada Yong kata tak sokong KDN haramkan Ultraman yang ada tulis kalimah Allah untuk tuhan?

      Tak kira siapa "governance actors" itu. Kerja tetap kerja.

      Delete
    2. Mr R...lu serbu dlm gelap....kah...kah...kah....

      Delete
  3. Mr R....lu serbu dlm gelap....kan dah kena...kah....kah....kah.....

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.