Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 21 April 2014

PESAWAT MH192, PENUMPANG DAN ANAK KAPAL SELAMAT...TETAPI PUAKA APA PULA MENGHANTUINYA?

Yong bersangka baik.

Syukur Alhamdulillah pesawat MH192 yang dalam perjalanan ke Bangalore, India diarah berpatah balik dan selamat mendarat semula di KLIA.

Soal kenapa masa penerbangan dan mendarat...itu ini...Yong takkan pertikai. Yong percaya pihak crew MAS (ground dan yang terbang) telah membuat yang terbaik! Boleh baca semua dalam blog GB.

Tapi kenapa sejak akhir-akhir ini MAS sering ditimpa bala Yong tetap akan tanya:

Adakah ini puncanya?

1. MAS HIDANG ARAK PERCUMA

ARAK PERCUMA DAN JUAL DALAM PESAWAT SUMBER

Telah bertahun MAS hidang arak percuma. Amalan ini bukan hanya tidak dapat barokah, malahan berdosa. Kesian pada krew beragama Islam yang menghidangkannya turut dapat tempias. Beberapa syarikat telah memberhentikan praktis ini termasuk syarikat luar negara. Malaysia bila lagi. 

2. ANAK SYARIKAT MAHB JUAL ARAK BEBAS CUKAI

JURUJUAL JUGA ADA YANG ISLAM SUMBER

MA Niaga Sdn Bhd (ERAMAN Malaysia) adalah anak syarikat MAHB yang ditubuhkan pada tahun 1993. MAHB pula ditubuhkan pada tahun1992 oleh Kerajaan Malaysia.

3. MAHB DITERJUI ORANG MELAYU ISLAM

BOS-BOS BESAR SUMBER

Memang MAHB melakukan macam-macam jenis perniagaan, termasuk konsultansi dan hartanah. Tetapi ia juga berniaga barangan yang diharamkan oleh Islam iaitu, menjual arak.

Orang bukan Islam nak berniaga arak, gasak komer ler...Tapi orang Islam...????

CUKUPLAH! BERHENTILAH BERNIAGA BENDA PUAKA INI. SEMOGA ALLAH AKAN BERHENTI MENGHANTAR "KREDIT" TERHADAP PERBUATAN KITA.

BOLEH HARAP KE UMNO SOKONG HUDUD KALAU MACAM INI?

4 comments:

  1. umno sokong hudud?umpama umno menyuruh ahlinya jadi orang cerodik bijak mengunakan akaio fikiran...masalahnya adakah simululut longkang & kuncu2nya hdk ahlinya cerodik? klau udah cerodek sapa yg akan susah?bak kata hikmah simulut longkang yg amat terkonal ialah melayu umno mudah lupa

    ReplyDelete
  2. "UMNO" akan menyokong sekira nya Kelantan membentang bil tersebut di parlimen nanti". Pada saya ucapan itu hanya lah sindiran, kerana belum apa apa DUN Terengganu Darul Runtuh sudah pun menolak nya. Ia juga termasuk tiga rakan kongsi BN.

    Kalau niat UMNO "SUCI DAN MURNI" bak salju dia sendiri yang akan membentang nya. Jangan lupa bahawa undang undang ciptaan mereka pun mereka "LIWAT" kiri-kanan atas-bawah. Apa sudah jadi dengan kes kes berprofail tinggi, mengapa tidak di tegak kan keadilan?

    Berbalik kepada MAHB yang terlibat dengan penjualan arak rasa nya depa tak kan berhenti kecuali puak puak yang berjuang untuk menegak kan syiar ISLAM di Negara ini di beri kuasa untuk memerintah. Itu baru MAHB, bagaimana dengan "TUJUH SEBELAS"?

    ReplyDelete
  3. 08/03/2014 MH370 Terputus signal trasponder, pesawat masih lenyap
    21/03/2014 MH114 Terlanggar burung, penumpang ok, fine
    24/03/2014 MH066 Generator tidak berfungsi, penumpang ok, fine
    20/04/2014 MH192 Tayar (celup?) rosak, penumpang ok, fine
    Bila dan apa pula selepas ini, tunggu dan lihat
    Next:- Endless Possibilities!!!!! Finally boleh di'arak' ke timbang kati.

    Drp 4 kejadian di atas, 3 kes dipertontonkan kpd dunia dgn jayanya iaitu:
    1. Juruterbang MAS tersangat boleh diharapkan
    2. Tindakbalas yg 'cepat dan betul' boleh menutup kes MH370 sebanyak 75%
    3. Jangan ada rasa takut menaiki MAS
    4. Menghidupkan semula aura untuk TMM dan akhir sekali, agaknya lah
    5, Kehilangan MH370 akan menjadi dingin dan sebagai sejarah shj untuk difilemkan.

    ReplyDelete
  4. Kalau tak nak dengar nasihat. ..
    Eloklah.....
    Tah apa lagi bala Allah akan beri.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.