Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 11 April 2014

AWAS BAHAYA BARU! MAFIA RUSSIA, KERAJAAN CHINA DAN SPY AMERIKA SEDANG MEMBACA EMAIL ANDA!

Dulu kita pernah dikejutkan dengan berita kononnya kerajaann mengitip rakyatnya sendiri dengn menggunakan Finspy, sebuah software yang boleh dibeli di pasaran. Kerajaan Malaysia dan Singapura menafikannya (Baca di sini dan di sini). Kitapun lega.

Semalam keluar lagi berita yang menakutkan. Sejenis virus sedang bermaharajalela mengintip email kita dan mencuri data peribadi kita seperti nombor telefon bimbit, nombor kad credit, nombor akaun bank dan lain-lain yang mungkin terlibat dalam transaksi dan komunikasi yang kita lakukan melalui email!

PENCURI DATA PERIBADI

Kita ingat hanya kerajaan sahaja yang sedang mengintai. Rupanya kita silap! Melalui virus ini golongan mafia Rusia pun boleh mengintip email pemimpin Malaysia, selain pengintip dari Kerajaan China dan perisik Amerika.

Apakah lagi yang selamat?

PENCURI YANG LICIK

Tukar password boleh selamat? 

Tidak lagi. 

Kini, pencuri data yang licik ini boleh akses email kita walaupun kita telah menukar password. Ini kerana keselamatan komunikasi siber hanya boleh ditingkatkan oleh organisasi. Jika security sistem komunikasi organisasi tidak ditingkatkan, tukar password pun tak guna.

Berita ini membuat Yong terfikir. Tidak hairan kalau pencuri ini telah mencuri data dari MAS. Ini kerana diberitakan Kapten Zaharie ada membuat permohonan menukar passwordnya. 

Jika yang sedang diintip ialah kerajaan Malaysia, siapakah stakeholder yang akan terjejas kerana ketirisan dalam keselamatan online ini?

Tak lain tak bukan, kita rakyat Malaysia.

Adakah teori konspirasi itu benar?




3 comments:

  1. Sudah tentu ada pro dan kontra dlm berurusan melalui talian maya. Mengguna cara konvensional lebih selamat, tetapi memakan masa serta menyusahkan berbanding urusan melalui talian maya yg pantas, tetapi berisiko pula dgn pelbagai mehnah, spt pengintipan, mencuri data2 rahsia, pengubahsuaian dan serangan2 lain menggunakan perisian tertentu, setelah protokol perisian itu dapat menembusi atau mengatasi protokol perisian yg kita gunakan. Tentu ada kaedah untuk perlindungan dan pakar IT perlu membuat persediaan menandingi hackers sedia ada dan bakal ada juga. Yg terpenting pakar IT itu mestilah terdiri drp honest smart planners.

    ReplyDelete
  2. Kita terpaksa kembali zmn beca. Nak guna talipon, guna talipon awam, nak bayar bil pegi pejabat pos. Kalau kena intip jugak kena duduk dlm tanah@ kubur.

    ReplyDelete
  3. Cerdik pandai it kita kena buat sesuatu yang mendahului sistem yang ada.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.