Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 12 April 2014

ADA PING TAPI TAK JUMPA KOTAK HITAM, SALAH AIR LAUT PULAK DAH.

Mula-mula bukan main lagi tunjuk keyakinan. Konon bunyi ping datang dari kotak hitam! Dah jumpa, katanya. Demer tu pulak mengaku pakar dari Australia!

SKRIP ASAL

Lat dua hari keluar skrip baru. Ping takde kaitan dengan kotak hitam pulak, katanya! Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi lain. Pakar sudah jadi flip-flop?

Ping mungkin bunyi ikan lumba-lumba tengah mengawan!

TUKAR SKRIP

Tetapi pada 12 April 2014 keluar lagi statement dari pakar. Yakin, katanya:

SKRIP BARU

Adakah Malaysia percaya? 

Kali ini pakar-pakar sudah standby dengan alasan kenapa susah sangat nak mengesan kotak hitam. Katanya masalah gelombang air laut! Namanya "sound fixing and ranging layer." Gelombang ini membawa bunyi itu jauh dari lokasi kotak hitam yang sebenarnya! Mungkin jauh sehingga beberapa ratus kilometre! Could be anywhere!

NAK TENGOK VIDEO KLIK SINI

Ekeleh! Kalau begitu maksudnya kotak hitam tu memang takde dalam lautan Hindi! Malahan, mungkin berada jauh dari Lautan Hindi.

Kali ini kalau Malaysia nak percaya juga pada pakar Australia ni, I rest my case!

Yong awal-awal lagi memang skeptik dengan geng Aussies ni!

Malaysia boleh minta nasihat demer macam mana nak pelihara lembu dan kambing biri-biri...Bab itu  Autralia memang pakar.

Tapi mungkin demer tak mahu kongsi ilmu pelihara lembu tu dengan kita. Takut rakyat marhaen jadi pandai pelihara lembu dan jadi lebih kaya dari tokey lembu yang terkenal di Malaysia tu...Apa nama?

10 comments:

  1. Yg sebenarnya entah berapa byk kotak hitam yg dilempar ke Lautan Hindi tu ntah..sekali ramai pulak yg kesan ping2 tu,dan2 tu pulak cover line blk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kering

      Nampak sangat tipu jer...Kejap iya, kejap bukan....

      Delete
  2. Ping tu agaknya abbreviation dari perkataan beeping kut. Dah dlm laut, laut dlm pula tu, mana ada bee. So, of courselah ping pun tidak ada juga. Better le sleeping drp hoping.
    Sorry sebab menspoilkan bahasa, sleepy amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Ater, katanya bunyi tu boleh hanyut...Maka hanyutlah ia entah dari mana dan kemana... Demer asyik buat lawak bodoh!

      Delete
  3. ping-pong...tu yang melantun kesana kemari tu...tak dok setempat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam hasan yengki

      Spekulasi ini agak munasabah jugak

      Delete
  4. Replies
    1. Salam gajimati

      Kesian Yong dengan nama miker ni...

      Delete
  5. memang pesawat TAK terhempas di laut hindi, buat apa cari kotak hitam di laut hindi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Pak Long

      Nak buat camne? Dah demer nak glamer semuanya...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.