Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 28 April 2014

OBAMA KATA TERUSKAN CARI MANGGIS TU DI LAUTAN HINDI SELATAN



Ada sesiapa tanya bab kehilangan MH370?

Tentulah ada.

Obama pun buat bodoh macam kawan dia Tony Abbott dari Australia tu...ikut Inmarsat... 

Takkan dia nak cakap lain.

Takkan dia nak kata pesawat MH370 ada di Diego Garcia.

Yang penting Malaysia tandatangan TPPA. Macam mana nak dapat persetujuan kalau Obama banyak songel?

TERUS CARI WALAU TAK JUMPA APA PUN (SUMBER)

Peduli apa jika waris China mengamuk pun. Menguasai dunia itu lebih penting dari beberapa ratus warga China, Malaysia dan lain-lain...

KLIK DI SINI UNTUK LIHAT VIDEO

Berat mana mata memandang, berat lagi bahu memikul...

Kekuasaan ekonomi US mesti kekal unggul at all costs. Peduli apa jika rakyat Malaysia (termasuk yang masih muda) protest tak mahu TPPA. 

ANAK MUDA BIMBANG MASA DEPAN TERANCAM

Sepatutnya generasi tua di Malaysia insaf, bahawa kita sebenarnya sedang meminjam sumber harta anak-cucu kita. Hakikatnya kita yang sedang melabur atau melebur(?) harta anak cucu kita. Kalau kita tak bagi balik, dengan dividen sekali, samalah macam kita merampasnya...

Sebelum merdeka tanah air dijajah. Selepas merdeka, minda dijajah.

Wajarkah kita bimbang?

TPPA akan membantu Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, kata Obama. Baca di sini

Rakyat Malaysia tanya: Ini cadangan ke soalan?

4 comments:

  1. DeeDee Yong....

    Cadangan ditutup .... Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Salam C++

    Aik? Baru 1 cadangan dah tutup?

    ReplyDelete
  3. Lagi 5 tahun 8 bulan, adakah akan tercapai status negara berpendapatan tinggi seperti disasarkan? Sekarang ini pun hutang negara berada sekitar 54% KDNK, seakan-akan mustahil boleh dicapai apa yg dihajatkan itu. Selagi penyelewengan dan pembaziran berterusan, magik apakah yg boleh menjadi pemangkin jayanya dlm tempoh berbaki itu. DEB yg diberi tempoh 20 tahun lagikan gagal walaupun melampaui tempoh diberikan, inikan pula .... alamak dah cukup masa tak dan nak habiskan, kena hantar kertas jawapan ni.

    ReplyDelete
  4. terima kasih..ribu tahniah...kepada macai2 otak burung unta segala permainan & perangcangan si mulut longkang mamak pedukang dah berjaya,...semoga allah swt balas segala jasa2 korang semua..aminn

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.