Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 5 May 2014

APA JABATAN UNIT AMAL BOLEH BUAT JIKA AHLINYA BELASAH ORANG?

Sudah tentu kita marah jika polis menggunakan excessive force apabila menahan seseorang yang disyaki telah melanggar undang-undang. Kita juga marah apabila polis memukul pendemo, walaupun itu mungkin arahan pihak tertentu. Ada yang sangat marah sampai memberi gelaran tertentu kepada polis.

Bagi Yong memberi gelaran tertentu kepada polis bukan perbuatan yang terpuji.

Yong ada ramai kawan-kawan se program (satu fakulti) semasa di universiti yang jadi ahli politik, penguasa (polis, kastam, imigresen, etc), pensyarah, suri rumah etc. Ada pelajar Yong yang akhirnya jadi polis setelah graduate. Ada juga polis yang mengambil cuti belajar dan hadir dalam kuliah Yong. Ada di antaranya siddiq, amanah, tabligh dan fathanah serta istiqomah semasa menjalankan tugas. Ada yang hampeh.

Takkan Yong turut bersalah jika ada rakan se fakulti Yong atau bekas pelajar yang menjadi ahli politik/penguasa hampeh?

Aduuuh! Sakitlah kalau begitu. Besarnya tanggungjawab yang harus dipikul!

Sebab itu juga Yong tidak pernah kata polis jahat. Atau Pekida itu gangster. Ini kerana yang jahat atau yang gangster itu hanya sebahagian dari ahlinya. Konsep Pekida jika dilihat dari asal penubuhan adalah bertujuan baik.

Perhatikan antitesis ini:

Tangan siapa yang menangkap Anwar Ibrahim? Tangan Mahathir - Seorang Perdana Menteri Malaysia.

Tangan siapa yang membebaskan Anwar Ibrahim? Tangan Abdullah Badawi - Seorang Perdana Menteri Malaysia - Chief Pekida.

UNIT AMAL KENA URUS MANUSIA SERAMAI INI

Tapi Pekida yang mengaku prinsipnya memperjuangkan Islam itu tidak dilihat mengambil tindakan terhadap ahlinya (termasuk ayahanda) yang gangster, yang buka kelab malam dan yang rasuah. Pekida bukan polis. Pekida hanya sebuah NGO.

Kerana itu Pekida mendapat nama buruk.

Yong bukan mencari alasan buat Pekida atau Unit Amal...

Unit Amal pula sebuah unit yang diurus oleh sebuah parti politik yang juga prinsipnya memperjuangkan Islam. Oleh kerana itu ia wajar dilihat mempertahankan Islam.

Bekerja, bersantai, bercakap, duduk, berdiri, baring, makan dan tidur - semuanya wajib mengikut lunas-lunas Islam.

Pergaduhan dengan pendemo Anti-Lynas (yang dikatakan penyokong PSM) jauh menyimpang dari imej Islam, yang sepatutnya ditonjolkan. Malangnya ini bukan kisah ahli unit amal berbalah suami isteri. Ini pergaduhan public disorder yang sudah dipaparkan kisahnya di banyak blog dan facebook. Seluruh dunia sudah membacanya. 

Benar. Unit Amal memang banyak berjasa:

JANGAN SAMPAI PUJIAN INI NAIK KE KEPALA

Tetapi, ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga.

Buruknya tindakan segelintir ahli jemaah yang bertunjangkan Islam, adalah antitesis kepada konsep perjuangan Islam. Percayalah.

Pucuk pimpinan Pemuda PAS harus menyiasat dengan teliti episod ini tanpa prejudis. Penyiasatan harus dibuat berdasarkan prinsip siddiq, amanah, tabligh dan fathanah yang menjadi pegangan Rasulullah (SAW). Dengan kata mudah, ia harus adil dan telus.

PAS bukan Pekida. 

Jika PAS membiarkan individu yang sifatnya ganas bebas bernaung di bawah Unit Amal, maka seluruh organisasi Unit Amal akan mendapat label yang buruk.

Sia-sialah perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu yang menubuhkan unit ini sebagai pengawal yang Islamik dari segi penampilan, tatacara dan tingkah-laku.

Benar. Laporan polis telah dibuat dan polis akan menyiasat. Tetapi ini bukanlah alasan untuk tidak mengambil tindakan.

Menafikannya juga tidak akan menjernihkan kekeruhan.

KALAU DIA AHLI UNIT AMAL KEMUDIAN BELASAH ORANG, MAKA DIA BUKAN AHLI UNIT AMAL.

SEKIAN

NOTA: Kenyataan maaf Yong ada pada N3 sebelum ini.

6 comments:

  1. Virus sebegini tidak diperlukan di lapangan. Jika dibiarkan, pasti akan merosakkan pertubuhan. Jangan sampai tahap kritikal, baru tindakan merawat hendak dimulakan. Prompt action must be taken!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ahmad salleh

      Semoga N3 Yong dibaca oleh pihak yang menguruskan Unit Amal.

      Delete
  2. Yong jika kamu rasa semua kamu tahu itu salah,dalam Polis ada yang baik malah ada yang lebih daripada Iblis dan yang baik boleh bertukar jadi Syaitan apabila arahan dari orang atasan mengatasi perintah Allah.Mereka boleh jadi orang Pas ,Pkr,Dap dan watak watak yang kita tidak menyedari.Bagi mereka Allah bila tidak bertugas tapi jika ada tugas semua itu ditinggalkan begitu saja.Biar lah teman bagi tau mike teman ni pesara Polis yang tak ikut perintah malah diketepi setiap arahan yang bercanggah dengan Syariat Allah.AllahuAhad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dino landu

      Alhamdulillah. Masih ada penguasa/penjawat awam yang baik. Yang takut balasan Allah.

      Tentu Yong tahu, yang berperangai buruk itu bukan prinsip organisasinya, kecuali kongsi gelap.

      Menyalahkan organisasi kerana perangai buruk ahlinya juga tidak wajar. Sebab itu Yong pernah tulis, kalau seseorang penjawat awan (tak kira polis atau apa saja) melakukan kesalahan, maka tindakan harus diambil ke atas dirinya, bukan keluarganya (misalnya dengan memotong duit pencen dia yang melibatkan kesukaran kepada anak dan isteri). Dirinya yang salah. Maka dirinyalah yang harus menanggung akibat kesalahan itu.

      Semoga ramai lagi penguasa/penjawat awam yang berani dan bersikap seperti tuan.

      Delete
  3. Salam Prof / kak yong !

    Persoalan ahlul NGO & jemaah Islami mendokong sifat-sifat Rasulullah s.a.w. dalam perjuangan (termasuk sistem hidup, cara kerja, akhlak, dakwah) iaitu, "siddiq, amanah, tabligh dan fathanah", teman sokong seseorang atau sesebuah jemaah tu JIKA dapat secara zahir & konsisten memanifestasikan sifat-2 tu dalam rutin kehidupan harian (istiqamah beramal setakat mana ilmunya, cekal tawajjuh mengharung ujian & fitnah, selain ikhlas mencari keampunan & redho lillahi ta'ala. Day in day out, year in & year out, through thick & thin.. through & through !

    At the end of the day, kita hanya akan ke syurga atau neraka.. maka perjuangan mesti mengejar matlamat akhirat iaitu mati syahid atau "mati katak" ... tanpa lupa imbuhan dunia kita- gaji, elaun, pangkat, kuasa, pengaruh, harta, kebahagiaan dunia, the likes !! NOT otherwise.

    For what they are, my colloquial understanding is this Unit Amal & PAS tick almost all the boxes. Pekida, UmNo the likes are down the pecking order. UmNo, with mandate & power to rule in hands, come great responsibilities which they've failed big time. Repetitively. For that, sorry, UmNo dah lama tak layak lagi duduk "in the driving seat", bagi le kat orang lain le pulak pandu & bawak umat kita.

    Sikit-sikit masalah yang terjadi tu kat Unit Amal tu bak kata orang, "Sedang lidah lagi tergigit".. rare case. Here & there.

    Tetap kena buat koreksi & dihukum ahli yang salah. Kalau dibiorkan aje, maka rendah le kredibiliti, akauntabiliti, akhlak Islamiah & takat mana aje tahap "siddiq, amanah, tabligh & fatonah" PAS, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      You nailed it right on the spot!

      Kita memang mengharap yang terbaik dari golongan yang sudah berikrar untuk memperjuangkan Islam. Sebab kita sayang Islam dan segala yang related dengannya.

      Kita tak harap UMNO langsung. Lebih setengah abad, kelakuan semakin teruk..

      Harap demer baca komer miker ni...

      Delete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.