Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Friday, 2 May 2014

HARTA KARUN - ANTARA NYATA DAN AUTA

Hari ini Yong nak menyimpang dari mengomel tentang politik.

Masa Yong membuat penyelidikan mengenai "knowledge transfer" kraftangan barang besi, Yong dan rakan memilih untuk mengkaji ilmu pembuatan keris. 

Inilah satu penyelidikan yang sangat menguja...

Semasa proses pengumpulan data, Yong dibawa bertemu dengan seorang lelaki yang tahu bercerita tentang keris - dari sudut spiritualnya. Lelaki itu kami kenali dengan panggilan Pak Long. 

Banyak maklumat baru yang kami dapati semasa berbual dengan Pak Long. Dia juga menunjukkan koleksi keris simpanannya. Ada yang bertulis jawi kurun yang ke 16!

Kita juga boleh menawarkan harga untuk memiliki keris-keris tersebut. Tapi Pak Long perlu consult penjaga harta tersebut...

Katanya penjaga harta tidak buat rundingan. Jika kita kata mahu beli dengan harga RM3,000 bagi sebilah keris, penjaga akan terima atau tolak. Itu saja. Kalau penjaga terima kita bayar RM3,000. Kalau tolak maknanya kita sebenarnya tidak layak untuk memiliki keris tersebut. Ia bukan soal harga.

Agak pelik juga penjaga ini. Siapa dia? Bagaimana keris lama tersebut boleh berada di tangan Pak Long?

Banyak persoalan Yong ajukan...

Pak Long menjawab satu persatu dengan sabar - sehinggalah kepada persoalan, "Adakah kaedah mencari keris lama ini sama dengan mencari harta karun?" 

Pak Long pun masuk bilik dan bawa keluar satu bungkusan kain. Bila dia buka, dalam bungkusan itu penuh dengan perhiasan emas. Ada gelang, kalong, loket, etc...Semuanya berbentuk seperti yang dipakai oleh orang zaman dahulu.

"Inilah yang kamu selalu sebut harta karun..."Kata Pak Long.

Apabila dipegang, Yong dapati gelang itu keras tapi ringan macam kertas. Yong tanya kenapa begitu?

Pak Long kata gelang itu perlu "dipulihkan" ke asalnya sebagai emas tulin. Lepas dipulihkan baru boleh dijual. Katanya lagi harta itu bukan milik dia, tapi milik kliennya. Dia hanya tukang yang menarik harta itu dari bumi.

Maknanya cerita kewujudan harta karun itu adalah nyata.

Pak Long menceritakan satu kisah dari pengalamanya "menarik" harta karun.

Katanya dia dan rakan-rakan pergi menarik harta karun di kawasan penempatan Orang Asli. Sebelum itu dia dan rakan-rakan telah berjanji untuk berkongsi harta tersebut bersama pasangan Orang Asli yang jadi ketua di situ...Entah macam mana terms of reference perkongsian Yong tak tanya.

Ketika kotak harta itu naik sekerat, tiba-tiba pasangan Orang Asli itu menjerit-jerit mengatakan harta itu milik demer sahaja. Pak Long dan rakan-rakan dihalau pergi. Di hadapan mata, harta itu terus tenggelam semula ke dalam tanah.

Pasangan Orang Asli itu jadi tak karuan lalu merayu minta Pak Long cuba menarik harta itu semula. Tapi Pak Long dan rakan-rakannya terus melangkah pergi. Harta itu hilang begitu saja.

Pesan Pak Long, "Dalam pencarian harta karun, kita jangan tamak. Segala perjanjian mesti ditunaikan."

Menarik sungguh cerita Pak Long. 

Bagaimana pula tentang harta karun di Pulau Nangka yang khabarnya bernilai berbillion ringgit itu? Mengapa sehingga sekarang masih belum ditemui? Adakah ia berkait dengan pesanan Pak Long - "Kita jangan tamak" itu?

Sebagai seorang yang berfikiran kurun ke 21, tentulah tidak masuk akal harta karun di Pulau Nangka itu tidak ditemui setelah dibuat kajian saintifik bahawa ia adalah ternyata wujud.

Atau...adakah harta karun di Pulau Nangka itu hanya auta? 

Entahlah. Baca di sini jer.

Nenek moyang kita tinggalkan emas sebagai harta karun.

Tapi terfikir di hati Yong, pada masa akan datang, apakah bentuk harta karun yang akan kita tinggalkan kepada anak cucu kita? Adakah ini?

SAMPAH ELEKTRONIK

6 comments:

  1. Ghasenye macam nak bagi cadangan, supaye Kerajaan Negeghi Pahang pinjam atau sewe Bluefin-21 pegi keghobek Tasik Chini, kutkutle boleh jumpe ade nage ke idak. Mengkale adele katekan, boleh juge ambik sepasang duwe anaknye dan biakkan. Nanti nage2 itu boleh dijuwe, negaghe Chine tentu minat nak beli diikuti bebeghape negaghe lain. Ini tentunye lebih menguntungkan dan boleh dikoghangkan penebangan balak untuk menjane ekonomi. Banyak keghabat dekat, nak jadi kontrekte dan pengusahe, janji bayo lumayan macam teghonak lembu di Gemaih, tanggung beres.

    ReplyDelete
  2. Salam ahmad salleh

    Hahaha...Forgive me...mula2 Yong gelak dulu...

    Yong ingat nage tu macam ghete karun kat Pulau Nangka tu jugak ler... Oleh kerana itu, baik miker buat satu kertas kerja bagi kat Adenan @UMNO...mungkin ada yang percaya... Hahaha... Dapat jugak masyuuuk!

    Nampaknya ghete kat Pulau Nangka tu elusive macam pesawat MH370 jugak ye..

    ReplyDelete
  3. Bluefin tu bukan alat mengorek.. scan dari atas je. Tapi klw dapt sewa, elok juga.

    ReplyDelete
  4. Salam nasa,
    Sebutan oghang Peghak, keghobek tu maksudnye caghi dan ade lagi satu, iaitu ceghoko. Bukannya koghek macam gali tanah tu.
    Oghang Nogoghi Sombilan pulak nyobutnyo cokau, samo jo maksudnyo tu jang. Den koba ni jangan disalah anggap pulo.

    ReplyDelete
  5. Ini harta kak mah yg ponya.....kah3x.....ini harta abe jib ponya....ini harta amno yg ponya..jadi rakyat kena bayar gst..kah3x padan muka.

    ReplyDelete
  6. Harta karun bepenunggu maknanya ada "daulat" le gamaknya tu. Hebat sungguh "consultancy" daripada jin penunggu harta tu.

    Tapi herannya... senang aje archaeologist negara luar (penjajah) boleh masuk teroka & kaut harta karun mana-mana pun. Takde kena daulat ke deme?

    haha

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.