Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday, 14 May 2014

NAJIB SAJA NAK "TEST MARKET" DI TERENGGANU RUPANYA

KOMER PERCAYA POLITIK UMNO?

DULU, KINI DAN SELAMANYA YONG TAKKAN PERCAYA. TITIK.

Tapi ada yang sudah terkinja-kinja mengharap...

Entah apa yang diharap:

LEBIH BAIK MOHON BUBAR DUN

Kenyataan Zaharuddin Muhmmad yang mendahului pucuk pimpinan partinya pelik bunyinya. Kenapa cuma menyebut 'berpindah kepada PAS" dan tidak menyebut Pakatan Rakyat? PAS menang tanpa bantuan PKR dan DAP ke? Bukankah ketika bertanding dalam PRU 13 dulu, PAS bertanding di bawah manifesto Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP)?

Yong kritik dia bukan kerana dia menantu Haji Hadi, Presiden PAS, tapi kerana dia Ketua Penerangan Pemuda PAS. Salah satu ciri utama Ketua Penerangan ialah, bila bercakap (menulis) kena ada 'finnesse' supaya hasilnya tidak menyinggung pihak yang berkaitan (affected groups). 

Dia bukan facebooker/blogger semut macam Yong.

Seolah-olah menjawab harapan Ketua Penerangan Pemuda PAS; geng yang bebas itu isytihar bukan 'friendly' kepada PAS tapi tetap kepada BN. Nah! seorang dah melompat balik ke dalam tong taik.


Tiga lagi sedang berunding. Kerusi DUN UMNO macam pasar saham:

NAK MINTA APA DARI NAJIB?

Najib saja tengah 'test market' nak tahu adakah sahamnya masih laku di Terengganu, atau ADUN UMNO Terengganu benar-benar dah tak mahukannya.

********************

Oleh kerana kita menentang tindakan ADUN lompat, maka kita sepatutnya tidak mengharap ADUN Terengganu melompat. Kalau demer tidak melompat, maka kita mohon DUN dibubarkan. Itulah permohonan sebaik-baiknya. Gentelmeng!

Oleh kerana itu Yong sokong pandangan ini, sebagaimana dipetik dari MSTAR

TAK SOKONG ADUN LOMPAT

Tiada jalan pintas wahai anak muda untuk naik ke persada politik negara, jika ingin mendapat keredhaan Allah (SWT). Ingatlah:

Tabligh, Amanah, Siddiq dan Fathonah.

Jangan GOPOH! SABAR!

2 comments:

  1. hemmmm... sepatutnya najib yg letak jawatan.. sejak dia memerintah.. pelbagai isu timbul..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum !Bolehkah kita menerima hujjah simunafik walau pun kita sedar simunafik susah dikenali dialam nyata tetapi tidak sekarang kerana Allah membuka hijjab simunafik agar umat Islam mengenali siapa yang Ikhlas kerana ALLAH.AllahuAhad

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.