Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday, 12 May 2014

PANAS! APA YANG SEDANG MENDIDIH DALAM PERIOK PKR?

Sikit-sikit salahkan UMNO.

Sikit-sikit kata ini budaya UMNO.

APA YANG HANGIT?

Alahai…

Diri sendiri tu yang bermasalah… 

Tak kira komer datang/asal dari parti mana, tapi kalau diri sendiri sudah tak bersih jiwanya, masuk parti apapun tetap tak bersih…

Jiwa kalau kotor bukan boleh basuh guna Breeze atau Clorox.

Pergi ulang alik ke Mekahpun takkan boleh bersih. 

Hanya jika kita meneliti diri sendiri (orang kata muhasabah diri), melihat di mana kekuatan dan kekurangan diri; menampong mana yang kurang dan menongkatkan lagi (leverage) mana yang kuat, barulah kita dapat melestarikan kepimpinan dan legasi kita.

Tapi sifat dan sikap manusia memang lemah…

Bila buat jahat, tidak pula insaf, sebaliknya dia membandingkan dengan yang lebih jahat (misalnya UMNO lebih jahat). Bila buat baik, dia mendabik dada, tidak pula sedar bahawa diri amat kerdil jika dibandingkan dengan yang lebih baik.

Kekurangan ditutup dengan kosmetik. Kekuatan dipamerkan dengan ego yang besar; sedangkan kekuatan itu jika tidak terus dileverage, ia akan kehilangan daya saing juga. 

Kekuatan tidak boleh dijana dengan mencantas orang yang berpotensi menjadi pencabar. Lebih berfaedah jika menggunakan pencabar itu bagi mendorong kita untuk menambah kekuatan. 

Jika tidak, berlakulah seperti sekarang.

A buka pekung B. B buka pekung A…etc. etc…

Apakah matlamatnya?
  • Peluang jadi ADUN?
  • Peluang jadi AP?
  • Peluang dapat AP?
  • Peluang jadi menteri?
  • Peluang jadi pengerusi GLC?
  • Peluang jadi kaya raya?
  • Peluang tambah isteri?
Semuanya peluang untuk diri sendiri. Politik periok nasi. Bukan untuk rakyatpun!!!!

Sebab itu Yong kata, yang buruk itu diri sendiri.

Jangan kata: 'PKR ada masalah, didedah; PAS pun ada masalah, sapu bawah karpet!' Kata-kata itu tidak menjadikan PKR seperti wali! 

Dari sudut lain pula, jika hanya individu tertentu yang dianggap punca masalah, maknanya itu hanya satu cubaan untuk “scapegoating” (kambing hitam) sahaja; yakni untuk memindahkan masalah kepada 1 persona, sedangkan punca sebenar adalah masalah “no action” dari pucuk pimpinan. 

Jangan kata: 'PKR parti muda. Baru 15 tahun.' Masih ada teething problems.

Alahai…

Pemimpin di atas singgahsana PKR bukan budak umur 15 tahun. Malahan sudah berpuluh tahun berpencak silat dalam dunia politik. Ada yang terkenal di seluruh dunia. Politik bukan baru bagi pemimpin-pemimpin ini. Jangan cari alasanlah.

Mungkin akan ada mamat PKR yang marah Yong sebab tulisan ini. Nak marah, marah le. Bagi yang sering mengikuti blog Yong tentu perasan Yong tidak buat N3 tentang PKR sejak pemilihan parti itu bermula. Sebabnya mudah saja. Yong tidak mahu memihak kepada sesiapa di atas pemilihan Timbalan Presiden, Naib Presiden bla…bla… parti itu. 

Tetapi nampaknya sistem yang baik itu telah disalahgunakan menjadi pentas lakonan yang memalukan parti itu sendiri!

Lalu Yong menulis N3 ini sebagai pemerhati yang dah meluat. Itupun kalau ada yang sudi baca le. 

Mungkin Yong bukan siapa-siapa. Tetapi mamat yang buat status ini ahli PKR:

MENANTI KEADILAN

Itulah semangat ahli yang harus dimiliki. Nak kenal mamat ini, cari sendiri dalam facebook.

Kita sebuk minta Bersih, cuci senarai pemilih, kejar pengundi hantu...bla...bla...bla...Lepas itu?

KALAU TIADA TINDAKAN, SAMALAH JUGA

PKR jangan jadi periok yang mengata belanga hitam!

Udah komer panggang periok tu, hitamle dia, weh!


1 comment:

  1. Salam Yong,,, pemilihan PKR atau mana mana parti pun adalah untuk meraikan demokrasi. Oleh itu pucuk pimpinan tidak boleh campurtangan nanti dianggap bias pada seseorang calon. Tapi Yong dalam PKR ni ada yang tamak untuk dapatkan habuan...itulah jadinyer pemilihan yang sapatutnyer meraikan demokrasi telah dijadikan kotor angkara sikap tamak pemimpin tertentu.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.