Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 19 July 2014

HOWDY TONY ABBOTS, SEKARANG NAK CERITA APA PULAK?

Sekarang kita cuba recall.

PM kata MH370 berakhir di Lautan Hindi Selatan. 

Tak terhempas, katanya. Berakhir sahaja.

Australia pun cari. Guna peralatan canggih belaka. Tapi tak jumpa apa-apa pun, kecuali sampah.

Lepas itu Australia pergi jauh lagi sehingga nak sampai Antartika. Katanya pesawat itu mungkin jatuh di sana. 

Cari di tempat yang dekat pun tak jumpa, pergi cari di tempat yang lagi jauh. 

Tidak mengapa. Biar dia cari walaupun ping-ping sudah lama diam.

Lepas sampai dekat Antartika gerombolan Australia pun senyap sunyi. 

Kita tunggu.

Tunggu.

Dan Tunggu.

Kira duit agaknya. Kabarnya sudah tidak terkira dengan jari.

ADA TAWAR-MENAWAR, MACAM NIAGA (BACA DI SINI)

Tiba-tiba pada 17 Julai 2014, 4 bulan selepas MH370 hilang, MH17 jatuh terhempas (ditembak) di Donetsk, Timur Ukraine. Kawasan terhempas itu meliputi keluasan diameter hampir 15 km. Bertaburan serpihan pesawat dan mangsa.

Sekarang kita semua tahu....Kalau pesawat jatuh terhempas, tentu ada serpihan...badan pesawat, barang-barang dan mayat mangsa.

Tapi bagi MH370 yang dikatakan jatuh itu, ia tidak meninggalkan kesan langsung.

Ternyata apa yang berlaku kepada MH17 memusnahkan sama sekali teori bahawa pesawat MH370 jatuh di Lautan Hindi Selatan.

Sekarang Tony Abbots nak cakap apa lagi?

Sebelum itu, apa kata pakar?

IKUT PENILAIAN DIA, PASTINYA GRED B PUN TAK DAPAT (SUMBER DI SINI

Inmarsat sudah lama diam selepas keluarkan data kata MH370 jatuh di Lautan Hindi Selatan. Siapa yang minat boleh baca di sini dan di sini.  

YA ALLAH! DAHSYAT SUNGGUH PERINGATAN DARI MU!.

Okay, to be fair to the Australians, tentang MH17, yang juga melibatkan kematian rakyatnya, ini kata Tony Abbots:

TAHU PULAK BERCAKAP TENTANG KEADILAN (SUMBER DI SINI)

Kalau kita ada rasa kasihan kepada waris mangsa, bercakap benarlah...

2 comments:

  1. Like the Jews in Jerusalem, after an atrocity is uncovered, why, an investigation will be made. When stumped for an answer, but of course we will seek clarification (or don't you already know..?) Stone walling is their game. Buying time it is so plain, those fools out there, so short their memory, a deficit attention span (but don't let it out), it's so delirious and another half century is in the bag.

    ReplyDelete
  2. DeeDee Yong...

    Aiyo... jangan la sakat koboi Aussie tue... nanti dier terbocor citer karang.... Hahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.