Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 22 July 2014

INI DI MALAYSIA, BUKAN DI INDIA ATAU KOREA

WANITA DITEGUR KERANA MEMAKAI BAJU BERTULIS AYAT QUR'AN

Heboh seorang wanita Korea memakai baju bertulis dengan ayat suci Al-Quran.

Kabarnya wanita itu bangsa Korea.

Kabarnya wanita itu beli bajunya di India...

Tolong sikit yer... Yang ini apa pulak? Kedai di mana pulak? Bukan di Malaysia ke?

INILAH DALANGNYA!

Jangan salahkan kedai di India, atau wanita Korea. Di Malaysia pun sudah ada kedai yang jual baju bertulis dengan kalimah Allah dan ayat-ayat suci Al-Qu'an.

Polis, Jakim, Jais, Mais, etc...jangan biarkan pencemar agama Islam ini bebas berbuat apa saja demi mengaut keuntungan. 

Siasat sehingga ke akar umbi.

Siasat sehingga ke lubang cacing.

Jangan kata tak tahu. Dah masuk beritapun (Lihat Kosmo).

Siapa dalangnya?

Tentu bukan Wan Azizah.


3 comments:

  1. ya yong, dalangnya tentu bukan wan azizah. wan azizah bukan bisnes jual baju. wan azizah dicalonkan sebagai pengganti mb selangor juga bukan sebab kroni kan! jangan sebut nepotisme juga, sebab langsung tak sesuai. sebagai isteri mithali sahaja yang sesuai. eloklah, senang sikit ziarah kalau2 sang suami dirujuk ke sg buluh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah pekat UMNO mana nampak kebaikan orang lain....nak tanya sikit mana dia pejuang2 kalimah Allah????...

      Delete
  2. Assalammualaikum Yong.

    Waktu berbuka sudah hampir. Elok kita batalkan puasa dulu setelah masuk waktu nya nanti dari pada memperkatakan hal hal mereka yang tidak peka kepada "KESUCIAN" agama "ISLAM".

    Selain memperkata kan baju atau fashion baju yang tertulis ayat ayat suci Al-Qur'an, banyak lagi perkara perkara mungkar yang di lakukan, terutama yang bergelar "PAYUNG AGAMA". Kemungkaran yang mereka laku kan boleh di access di internet atau melalui U-Tube. Mana pergi nya suara suara mereka yang bergelar "MUFTI" adakah mereka hanya mengharapkan "UFTI" sahaja. NGO NGO Islam pun sama.

    Jangan lupa bahawa perbuatan si Nonya yang memakai baju tersebut di tegur bukan oleh orang Melayu atau yang memperjuangkan kesucian agama Islam. Kemana menghilang nya mereka?

    Kepada En' Usin, Sebelum membuak komen, study dulu mengapa MB Selangor yang ada sekarang perlu di tukar. Orang UMNO memang tak mau dia di tukar kerana kebelakan ini ramai orang UMNO yang mendapat "LABA" dari nya. Dari sekecil kecil "KERJA" saperti angkat sampah dan sebesar besar projek lebuh raya yang di cadangkan, siapa yang dapat. Lakukan lah pencaarian kalau nak tau jawapan nya. PKR terpaksa melakukan ada lah untuk kebaikan rakyat Selangor yang telah memberi mandat kepada PR di PRU ke 13 dulu.

    O.k Yong, waktu berbuka sudah hampir. Kepada mereka yang benar benar menjadi "HAMBA ALLAH" yang bertakwa, saya doakan agar "ALLAH" berterusan mencucurkan rahmat kepada mereka.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.