Antara topik yang hangat disembangkan masa Hari Raya ialah tentang serangan Israel ke atas Gaza dan MH17 terhempas.
Yong pasang telinga dan kedengan sembang ini antara seorang tok guru silat berusia 74 tahun dengan anak silatnya, Hassan berusia awal 30an.
Si Hassan ni tak merokok masa bulan puasa. Bila masuk Hari Raya, puasa rokoknya pun ikut raya. Guru silatnya pun tegur:
Guru Silat: Hassan, engko ni bila nak berhenti merokok?
Hassan: (sambil tersengih-sengih) Ini raya tok.
Guru Silat: Taule ini raya, tapi kalau kau berhenti kan ke lebih baik?
Hassan: Ala tok ni...Tu Tok Jabir tu, hidup dia sampai 90 tahun, hari-hari merokok.
(Ayat ini dia guna setiap kali ditegur tentang tabiat merokoknya).
Guru Silat: Huh...Itu dia merokok, hidup 90 tahun. Bayangkan kalau dia tak merokok...Mungkin dia boleh hidup sampai 120 tahun...
Hassan: (Terkedu).
Buat perokok-perokok tegar di luar sana:
SUMBER |
Syarikat rokok penyumbang kepada keganasan Israel di Gaza.
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.