Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 2 August 2014

AZIZUL HASNI TIDAK PERLU MOHON MAAF

SARUNG TANGAN HARAM

Tak berapa lama dulu keluar isu Azizul Hasni, pengunggang basikal Malaysia yang didakwa berpolitik dalam sukan kerana memakai glove bertulis "SAVE GAZA." 

Azizul Hasni terpaksa mohon maaf kerana diugut akan diambil tindakan disiplin, sehingga terkeluar dari pertandingan di Scotland.

Tapi dalam permohonan maaf itu Azizul Hasni tetap mempertahankan tindakannya.

RAKYAT MALAYSIA BERDIRI BERSAMA AZIZUL, PEMIMPIN BAGAIMANA?

Syabbas Azizul Hasni.

AHLI SUKAN PROFESSIONAL YANG BERANI

Cristiano Ronaldo tidak pernah mohon maaf kerana menyokong rakyat Palestine secara terbuka. Tiada siapa berani tegur dia kerana Presidentnya pun menyokong Palestine.

PRESIDENT YANG BERANI MENEGUR KUASA BESAR

Azizzul Hazni tidak bersalah. Tak perlu mohon maaf. Tapi dia mohon maaf juga, buat yang tersinggung dengan tindakannya. Rakyat Marhein menghargai tindakannya. 

Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tetap mengecam kezaliman negara pengganas Israel.

Tapi pemimpin politik Malaysia enggan memohon maaf pada rakyat Marhaen mahupun rakan seperjuangannya sendiri walaupun telah melakukan kesalahan. Amat memalukan sekali ego pemimpin ini.

IKON ANAK MUDA

1 comment:

  1. Salam kak yong.

    Azizul & kite semua ni mana "merdeka"nya kite bile kita masih ikut telunjuk the Great Empire of ours- Britian, UK bila kita tak boleh pun, to expound a wee bit of protest for a "commonweal" for Palestinians? Double standard !

    Rasenye apa yang "appropriate" yang boleh PM kite buat in 'political' mean dalam hal "save Gaza" ni? Baik le kite harap (berdoa) dia jage 2 ekor Panda kat zoo tu !

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.