Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Wednesday 6 August 2014

TERKINI: GEMPAR SEBUAH PENGKHIATAN! SOK-SEK PAS MAHU KU-LI JADI PM RUPANYA BENAR?

Sesungguhnya apa yang terdengar dalam bisik-bisik itu telah terhambur keluar. Berikut transkrip yang didedahkan oleh seorang Facebooker yang berani. Oleh kerana ramai yang tidak dapat hadir dalam forum itu, dan ramai lagi yang tiada akaun Facebook, dengan izin, Yong perturunkan kandungan status Facebooker ini di sini tanpa suntingan:


PENDEDAHAN MENGEJUTKAN MENGENAI “PENGKHIANATAN PAS” DI DALAM FORUM “KRISIS SELANGOR: PAKATAN RAKYAT BERPECAH” DI KLSCAH PADA 5 OGOS 2014

YB RAFIZI RAMLI: BERMULA DARI MINIT 1:50:49

“Saya nak sebut terus-terang ni, ramai orang nak dengar, malah kita nak masuk Pilihan Raya Umum Ke-13 pun PAS tidak bersetuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dua tiga minggu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 pimpinan PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Saudara Mat Sabu, yang saya ingatlah, Datuk Dr Harun Din, saya rasa Tuan Ibrahim pun datang juga, dan Datuk Mustafa Ali, delegasi datang berjumpa dengan Datuk Seri Anwar memaklumkan PAS membuat keputusan untuk mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri, bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

YB HANIPA MAIDIN: BERMULA DARI MINIT 2:02:59

“Cuma saya nak jawab sikit apa yang dikata oleh Rafizi berkenaan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar yang mengatakan PAS setuju Tengku Razaleigh jadi Perdana Menteri. Saya ingin mengatakan bahawa walaupun saya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, dipilih oleh ahli-ahli PAS daripada Muktamar PAS, secara terus-terang saya sendiri tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi itu, dan saya ingin mengatakan bahawa jika saya tahu dan dibawa dalam mesyuarat, dibincangkan, saya antara orang yang akan menentang habis-habisan benda yang dinyatakan itu. Saya ingin menyatakan bahawa beberapa orang daripada kami di dalam PAS memang kami rasa kami ingin cuba membawa politik baru, termasuk dalam PAS sendiri, bahawa perlunya kita memahami rakyat is voting us dan kita tidak boleh lagi berpolitik seperti dua puluh sepuluh tahun yang lepas. Sebab itu saya sendiri menyatakan bahawa apa yang dibuat oleh PAS itu, kalau benar apa yang dikata oleh Rafizi itu, itu adalah satu perbuatan yang unethical, unIslamic. Bagaimanakah kamu dalam keadaan bersama Pakatan Rakyat kamu boleh mencadangkan orang di luar Pakatan Rakyat untuk menjadi (Perdana Menteri)? Ini unethical. I don’t care, I don’t care whether PAS nak ambil tindakan pada saya, I don’t care, for me saya tidak boleh sama sekali, sama sekali saya tidak boleh menerima PAS kah mana-mana parti Pakatan, dosa yang paling saya tidak boleh terima ialah betrayal, pengkhianatan, pengkhianatan sesama parti, sesama kawan ataupun pengkhianatan kepada rakyat. Sebab itu saya ingin mengatakan saya tak bersetuju dengan itu dan tak pernah dibawa dalam mesyuarat PAS Pusat dan kami tak tahu. Saya tahu kalau saya tahu, kalau Khalid Samad tahu, kalau kawan-kawan yang saudara tahu siapa yang akan menentang, benda itu tidak akan berlaku. Dan saya di sini memohon maaf kepada rakan Pakatan, saya kata itu satu perbuatan yang unethical, dan saya merasa malu, merasa amat dukacita, dan saya ingin meminta maaf.”

HISHAMUDDIN RAIS: BERMULA DARI MINIT 2:14:46

“Tan Sri Khalid ini tidak lagi mendapat sokongan daripada partinya, tidak lagi mendapat sokongan daripada setiakawan DAP, hanya mendapat sokongan dari the person sosok yang bernama Hadi Awang. Ini pun, mengikut ucapan Timbalan Presiden parti itu, adalah pandangan peribadi, it is the personal opinion of Hadi... Dan kita lihat apa yang dikatakan oleh YB Rafizi tadi bagaimana PAS, Hadi, mencadangkan Ku Li untuk menjadi calon (Perdana Menteri). Saya juga ingin mengatakan di sini bahawa Projek 16 September itu digagalkan oleh Hadi Awang juga. Don’t look shocking, look at my face like that, it’s the truth. Kerana apa? Kerana tidak banyak, apabila dia melihat angka-angka yang akan lari untuk menubuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Putrajaya itu dilihat tidak ramai orang bersunat, banyak yang tak bersunat. So that’s it.”

Apa Yong nak kata sekarang?

Yong rasa amat malu. Tak terkata.

Kita pacak bendera. Kita tinggalkan rumah, suami dan anak-anak kerana berkempen. Kita kena maki hamun ketika merayu undi. Kita habiskan duit sendiri demi parti - demi perjuangan menegakkan Islam. Kita lakukan dengan ikhlas tanpa mengira calon itu bawa roket, anak bulan atau bulan penuh. 

Tetapi apa yang pemimpin buat? Cari orang luar untuk menjadi PM jika menang PRU13.

Mujur tak menang.

NAFIKAN KALAU TIDAK BENAR!

Allah Maha Mengetahui.

Sebaik-baik perancangan manusia, amat jauh dari kesempurnaan perancangan ALLAH.

ALLAHUAKBAR!

UPDATE: Link Video YSK KLSCAH 582014 atau Ubah.TV

7 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Errk..... Gua ingat isu PRU13 sudah abis... rupanyer masih ader lagi berkesan.... Aiyo....

    Yong kena ingat.... Masa PRU13... pihak Agensi ader buat kajiselidik dan pemantauan dibelakang tabir... siap hasil kajian Agensi mendedahkan lebih awal sehari bahawa PR hanya dapat 40% kerusi sahaja....

    Dan Agensi memang tahu perkara "pengkhianatan" ini ujud... tapi kalu diceritakan masa tue... sure ramai yang akan kata bedaah dan tipu....

    Aper-aper pon.... ianya akhirnya diketahui umum gak....

    Hahaha....

    Ader satu lagi pengkhianatan yang berlaku sebelum PRU13.... yang ini rasanyer gua terpaksa simpan lagi sebab ianya melibatkan PAS... dan sure kalu gua heboh.... machai PAS di Rusila akan melompat..... Hahahadi Awang,,,,,,

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
  2. Saya tidak kesah parti chop apa pun yang perintah.. TAPI....
    Apa yang saya mahukan ialah depa tau 1+1 mesti 2 (amanah, jujur etc), jangan pintal lebih2..
    Kalau tengok yang ada ini... Boleh tidak saya buat andaian deme2 sibuk kejar "Power + Kepala Agong"?
    Mungkin akak dan yang lain2 lebih arif berbanding saya yang sekolah takat tadika sahaja...

    ReplyDelete
  3. terasa penat berkempen pru dulu..tapi hadi tipu kita

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum Yong

    Selain dari diri saya yang merasa terkejut dengan pendedahan ini mungkin ada dari kalangan para ahli PAS merasa kan demikian.

    Kalau benar president tidak menyukai DSAI mengapa PAS sanggup berkerjasama dengan PKR dan DAP.!!!

    Sama saperti dengan kemelut MB Selangor, mengapa PAS turut campur. Bukan kah itu rumah tangga PKR. TGNA pula masih setia dengan pegangan nya - terus menyokong TSKI.

    Wahai para pemimpin PAS jangan lah terus membohonggi para ahli bawahan dengan kerap memperdengar kan ayat ayat suci Al-Qur'an dan Al-Hadis. Perbutan kamu itu boleh di sama kan dengan perbuatan UMNO-BARU yang berterusan membodohkan orang me-LAYU agar boleh "DI PERGUNAKAN" setiap kali PRU atau PRK.

    Ingat PAS masih bernyawa dengan bantuan oxygen para ahli. Setiap program yang nak di ada kan para ahli bawahan lah yang kerap berkorban. Kebiasaan nya air dari gunung yang akan mengalir ke bawah. Malang nya "AIR" yang ini mengalir dari muara ke ulu

    ReplyDelete
  5. Patut la PAS x menang byk krusi..... Allah x izinkan..... Dh serban jer tebal..... Otak mcm noh udang jugak ropanya.. Org tua tu bile nk mmpus....

    ReplyDelete
  6. Mohd zain... kalu tengok pada nama anda.. saya pasti anda seorang muslim.... jadi gunakanlah perkataan-perkataan yang sopan yang dituntut oleh Islam agama yang anda anuti.....

    ReplyDelete
  7. Pimpinanan tertinggi Pas lebih duniawi dan hasad ,
    Yang jadi mangsa org bawah,
    Ramai Rakyat kenal Pas cuma
    Org bawah Masih hormat pemimpin
    Jadi skrg luka dah jadi barah
    Muhasabah diri ahli bawah pas,
    Tak releven utk perjuangkan Islam
    Kalau pemimpin tak hormat kawan dlm pakatan.
    Angkuh , sombong dan pentingkan diri sendiri
    Byk keputusan yg dibuat pimpinan pas menyentuh hati penyokong PR
    Terang2 Islam bukan perjuangan Pas.
    Bravo Pas
    Isu mb Selangor buat Pas lebih parah dari pkr
    Keputusan tertinggi yg tak masuk akal Dari Pas
    Logic ke nak selamat kan tski lebih Dari selamatkan
    Negeri dan Rakyat

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.