Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 21 September 2014

BILA "TAKBIR" BERTUKAR JADI "BOO," SIAPAKAH YANG UNTUNG, SIAPA YANG RUGI?

Yang pergi ke Muktamar sudah kembali.
Ada yang gembira, ada yang terluka hati.
Tercapaikah matlamat atau telah menjadi capati?
Rakyat marhaen tertanya-tanya - "Hendak kemana selepas ini?"

INIKAH BENTUK  "UBAH" YANG DIWAR-WARKAN?

Ahli diseru supaya mempamir akhlak yang terpuji.
Bahasa yang baik-baik buat penghias diri,
Lalu wajarkah pemimpin berdoa melaknat dan mengeji?
Sedangkan dosa dan pahala itu hanya Allah yang mengetahui?

Pemimpin datang dan pergi bukan tidak boleh diganti.
Harta menimbun kamu akan tinggalkan juga satu masa nanti.
Lagipun bukan itu yang kami kenang setelah kamu pergi,
Tetapi jasa baik dan perjuangan ulama haraki.

APAKAH YANG DIHARAPKAN DARI PUBLISITI BEGINI?

Jika dibiarkan akhlak biadab berleluasa, kami yang rugi,
Jika di penghujungnya musuh pula berpesta, kami juga yang rugi;
Percayalah, kami hanya rasa sedih bukan benci,
Kami mahu parti kami yang dahulu kembali.

KEPILUAN TIDAK TERPERI DARI AHLI PAS BUKAN MELAYU

JANGANLAH TAKBIR DIGANTI DENGAN "BOO!" MACAM PERANGAI YAHUDI...

4 comments:

  1. Yong

    Sedihkan tengok gelagat puak2 ustaz ini. Tetapi kita jangan lupa, mangsa kepada permainan yang tak masuk akal ini lagi parah.

    Mangsa itu ialah ISLAM. Islam kembali dibenam kedalam lubang ciptaan UMNO sekali lagi oleh tangan2 yang sepatutnya membela Islam.

    Sedeyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bat8

      Memang Yong teramat sedih. Kalau iapun nak marahkan 2 ADUN itu, panggillah dan marahlah. Dapat apa malukan demer in public? Dapat aib untuk parti sendiri.

      Dulu dah malukan Wan Azizah...Sekarang malukan ahli sendiri.

      Selain itu ada pulak doa laknat dan "boo" semasa pemimpin yang tidak digemari berucap. Apadaaa...

      Delete
  2. Syntax error & logic error terjadi serentak, macam mana nak execute program? Sudah pastinya akan dapat output yg tidak berguna langsung.

    ReplyDelete
  3. Saya merupakan ahli PAS sejak boleh mengundi lagi. Dek kerana tak berkemampuan untuk ke sana, maka saya tak lepas peluang menyaksikan hampir keseluruhan muktamar melalui laman laman web yang menyiarkan muktamar tersebut.

    Sebelum berceloteh panjang ingin saya melontarkan pandangan mengapa orang Melayu Johor tidak ambil peduli dengan apa yang di perlakukan oleh pehak yang berkuasa di Johor dengan menyusah kan PAS mencari tempat untuk bermuktamar. Apa bila tapak di Sutera Mall sudah di izin kan oleh tuan yang empunya, permit pula tak dapat. Yang pelik nya permit polis pehak pengganjur dapat. Akhir nya Muktamar berpindah ke Parit Raja. Lagi sekali tuan tanah di tekan. Dengan izin ALLAH, tuan tanah tak makan ugut.

    Puak yang menyusah kan ini pula boleh senang senang menguna kan dewan dewan di tempat yang ada dewan, kalau tidak sudah pasti dewan sekolah yang menjadi pilihan. Mungkin mereka ingat Negeri ini mak bapak dia yang punya ke? Muka tak tau malu.

    Itu perihal tempat, bagaimana pula dengan pengisian muktabar. Pada saya Muktamar kali ini berlangsung tanpa roh, keseluruhan nya hambar. Pada pandangan saya peserta yang mampu memberikan sedikit roh ada lah Ketua DHPP Johor, puan Kumutar.
    Yang berhujah dalam bentuk"DOA" itu saya anggap penjelemaan Syaitan. Aneh nya Pengerusi Tetap tidak berani menghenti kan malaun ini dari terus berdoa. Ada seorang Ustaz yang mempertikan tetapi mic nya di "RENTAP" oleh seorang anggota unit amal.

    Perkataan "BARUA" yang terpancul dari mulut president sendiri sungguh memalukan. Selain dari saudara Mohammad Sabu ada lagi beberapa orang pemimpian yang menjadi cercaan. Mohammad Sabu pula saya anggap beliau as a true gentalman. Mana tak nya, setelah di lanyak teruk oleh peserta dari Terangganu dia akan berceramah di sana pada 25/9/2014 ini. Pada tanggapan saya PAS Terengganu tidak menyukai Mohammad Sabu. Contoh mudah. Dia pernah bertanding di sana tetapi kalah. Siapa yang mengalah kan kalau bukan PAS Terengganu sendiri.

    Sungguh malang Negeri ku, dapat mengada kan Muktamar tetapi kekecohan berlaku. Any way I salute to all the leaders yang mampu bertenang..

    Ada kah PAS akan move forward selepas ini atau pun akan hanya menjadi juara kampong. Any way terpulang kepada para pemimpin untuk memikirkan nya.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.