Pada pandangan Yong perbuatan ini tiada kaitan dengan Islam.
Ia satu budaya baru.
Budaya yang akar-umbinya terletak di perut, bukan di hati.
Yong perhatikan perangai golongan yang mempelopori budaya ini sama saja.
NAJIB |
HAJI HADI |
KHALID IBRAHIM |
Kenapa sama?
- Kerana semua placard/poster itu bertujuan memberitahu orang ramai bahawa ketua/pemimpin yang disanjung itu bagus dan wajar terus disokong.
- Kerana semua placard/poster itu sebenarnya mengampu seorang individu yang dianggap sebagai ketua/pemimpin dan tidak semestinya ikhlas.
- Kerana semua placard/poster itu hanya satu mekanisma buat ketua/pemimpin masuk bakul, dan angkat diri sendiri (syok sendiri).
- Kerana semua placard/poster itu hanya menimbulkan persepsi bahawa ketua/pemimpin yang disanjung itu sedang menghadapi krisis kepimpinan.
Di awal Reformasi, placard/poster ini tersebar di merata-rata tempat. Tetapi berbeza dengan 3 placard di atas, placard/poster ini tidak mengandungi luahan cinta kasih sayang kepada Anwar Ibrahim.
ANWAR IBRAHIM |
Placard/poster yang membawa tagline "REFORMASI" itu jauh lebih besar impaknya dari kenyataan kasih sayang kepada ketua/pemimpin yang mungkin boleh buat pesaing (Yong tak mahu sebut musuh) terasa nak muntah.
Berbeza dengan placard/poster yang membawa wajah Anwar Ibrahim dan sepatah perkataan "REFORMASI" menjadi simbol penentangan kepada establishment yang amat digeruni.
Oleh kerana itu, Yong ingin beri nasihat kepada semua penyokong politik, janganle cap baju demi menyokong individu tertentu, atau bawa placard/poster cinta sayang kepada individu tertentu.
Perbuatan itu tidak akan menambah simpati, tapi buat orang lebih menyampah.
Jadi, berhentilah mengampu atau memasukkan ketua/pemimpin ke dalam bakul untuk dia mengangkat dirinya sendiri.
Tolonglah Pakatan Rakyat, Jangan buat placard/poster atau cap baju macam itu lagi.
Boleh buat placard atau poster demi menyokong pemimpin tertentu. Tapi pandai-pandailah ye.
Sebab lawan pandai ialah bodoh.
Jangan nanti ada yang bawa placard "We love Azmin" atau "Kami sayang Wan Azizah."
TOLONG YER...
DeeDee Yong...
ReplyDeleteAbis la.... nanti ader yang cari ayat Al Quran dan Hadith untuk bekap kerjabuat diorang..... Hahahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
Salam C++
DeleteAgamawan akhir zaman?
A'kum Yong
ReplyDeleteBukan setakan bodoh tapi tak betul pada 'sesuatu yang berharga'!
Salam mountdweller
DeleteItule pasal...Bila kita tegur, tahu marah jer.
Den tak kigho...nak lotak jugo poster oghang tuo pakai sgoban kek kheto bughok den....takdo den nak ngampu nik ajis tu yong oii....sumo iklas dan tando kasih sayang....takdo apo den nak mintak kek dio....
ReplyDeleteSalam Asrul,
DeleteHehehe...Yong pun ada gak. Tapi takdeler tayang kat muktamar - atau perhimpunan. Jelas nampak mengampu...
Salam Yong, adakah mengampu budaya orang Melayu? Sebabnya pengampu adalah org yg tak ikhlas.
ReplyDeletelps ni azmin kena pecat kahkahkah!
ReplyDeletelangkah bukit antarabangsa ker
DeleteAmal soleh kita ada nilai diterima bila mana tepat punca ilmunya & berserta ikhlas hati saje !
ReplyDeleteJadi rasenye kita puji kat 'belakang' dia, sudah le. Puji depan dia yang berkuasa, namanye mengampu !
Not that it's all wrong but .. something is wrong ! To get it all right, do it alright ! hehe !
Takda makna kita naikkan monster billboard sekali pun kalau sokongan tu tak diredhai Llah, tak ikhlas, diupah, diugut, dsb'nya .. semua wayang aje tu !