Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Tuesday, 26 January 2016

KITAPUN BOLEH TANYA SOALAN YANG SAMA KEPADA ZAHARUDIN MUHAMMAD

Sebagai seorang rakyat Malaysia, sebuah negara berbilang kaum, Yong terganggu dengan status Zaharudin Muhammad:

(FACEBOOK ZM)

Fikiran Zaharudin (oleh kerana dia kata dia sedang terfikir) langsung tidak mencerminkan pemikiran seorang yang memakai gelaran ustaz di hadapan namanya. Malahan ia mengundang fitnah terhadap umat Islam di Malaysia - seolah-olah umat Islam di Malaysia sentiasa di dalam ketakutan - bahawa satu masa nanti mereka akan dijajah oleh kaum Cina yang sekarang menjadi sahabat kita, rakan sekerja kita, jiran kita dan mungkin saudara kita.

Mungkin menantu Presiden PAS lupa kaum kerabat dia juga menguasai parti politik.

Ipar dia ni, anak Presiden PAS, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat.

RINGANNYA MULUT MEMFITNAH (SINAR HARIAN)

Ini pula suami kepada ipar dia, juga menantu Presiden PAS. Ketua Pemuda PAS Perak.

SIAPAKAH "MEREKA" YANG DIMAKSUDKAN NYA? (FB)

Dan ini bapa mertua.



Sila semak sendiri apa jawatan anak-beranak ini di dalam parti tersebut di sini dan di sini.

Zaharudin ibarat "mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih."

Tidakkah ada isu kritikal yang patut dibangkitkan selain menyemai perasaan perkauman, kerana pemimpin DAP dua beranak yang disebut Zaharudin berbangsa Cina?

Bagaimana kalau pemimpin DAP kata:

"Saya terfikir jika PMIP memerintah Malaysia, adakah ia diperintah oleh sebuah parti atau sebenarnya oleh empat beranak?"

Marah?

Fitnah?

Baru pegang kepimpinan sebuah parti politik, tetapi sudah cakap ikut sedap mulut saja. Bayangkan bagaimana kalau memerintah sebuah negara?

Bagaimanakah mereka hendak mengamalkan tadbir-urus negara menerusi prinsip Siddiq, Amanah, Tabligh, dan Fathonah sebagaimana Rasulullah S.A.W. kalau sikap mereka sentiasa negatif?

Adakah rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan mereka akan rasa selamat?

10 comments:

  1. pemimpin PAS sedang mengalami sindrom takut kepada bayang2...rata2 pemimpin muda PAS adalah dari gerombolan ygn memasuki PAS disaat PAs diterima oleh semua kaum. Bila berlaku onar, PASS kini mula ditolak oleh profesional Melayu dan pemikir Islam apa lagi kaum bukan Islam, pemimpin ini mula ketakutan kehilangan pengaruh, tiba2 mereka mendapati mereka , mereka mula tak popular. Kini mereka mencari hantunya...apa2 saja akan jadi hantu mereka, tanpa mereka sedari merekalah puakanya...

    ReplyDelete
  2. Heh he...Din Ayam tanya saya tak boleh jawab sebab kalau jawab soalan bodo kita pun turut jadi bodo....
    Tapi kalau PAS memerintah saheh Pak Mentua dia jadi PM, Din Ayam jadi Menteri Dalam Negeri, anak Hj Hadi Menteri Luar, biras dia yang kat Perak tu jadi Menteri Pertahanan. Tantawi Menteri penerangan la kut sebab dia suka nonton payperview kah kah kah....Memang kabinet cap ayam habis la dengan Al Takiri, Dr Zuhdi....tak dapek den bayangkan gilonyo.....

    ReplyDelete
  3. Siapa profesional yang menolak PAS tu ya tuan cuba senaraikan hahahahsh. kalau kalau dapat 10 nama pun bersyukur. Untuk maklumat tuan masih ramai yang tinggsal dalam PAS dan yang baru masuk lagi ramai setelah keluarnya geng pecah amanah tempoh hari. Saya rasa mereka tunggu masa hingga yang tak amanah ni keluar barulah nak masuk berjuang dalam PAS.Syukur mereka keluar makin bertambahlah profesional PAS

    ReplyDelete
  4. Mengapa benci sangat dengan saudara se Islam dan suka kepada orang kafir. Ingat saudara sejahat-jahat orang islam akhirnya masuk syurga selepas disiksa TETAPI sebaik-baik orang kafir akan kekal dineraka kerana mereka tidak mentauhidkan Allah. syirik kepada Allah adalah sejahat-jahat manusia dan kekal di dalam neraka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DrMAZA.com
      16 mins ·

      Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap individu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.

      Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik. Jika kita pula melihat di sudut yang buruk semata, maka pasti kita akan menilai sebagai insan yang buruk. Namun, jika kita melihat kedua unsur itu secara seimbang dan adil, pasti kita akan dapat membuat kesimpulan yang betul.

      Insan apabila berbalah, atau bertelingkah mereka sering menonjolkan unsur buruk mengenai musuh mereka. Enggan mereka menyebut kebaikan yang ada, sekalipun itu terang dan jelas. Kita boleh lihat akhlak orang-orang politik hari ini apabila mereka bertelingkah. Enggan mengiktiraf sumbangan pihak lain hanya kerana perbezaan politik yang ada.

      Demikian juga dalam kehidupan, ramai yang enggan mengiktiraf kebaikan pihak yang dibenci sekalipun nyata kebaikannya. Ini adalah sifat yang tidakmunsif atau kita sebut tidak insaf. Perkataan insaf di sini bukan seperti yang kita faham iaitu menyesal. Sebaliknya bermaksud sesuatu yang berada di tengah; tidak melampau dan tidak terkurang. Inilah arahan Allah kepada kita.

      Dalam urusan jual beli, kita diharamkan mengurangkan hak orang lain, apatah lagi dalam urusan nilai dan harga diri orang lain yang lebih bermakna dari timbangan makanan dan barang, lebih utamalah untuk kita memastikan hak orang lain tidak dikurangkan. Firman Allah: (maksudnya):

      “Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-haknya (Surah Hud: 85).

      Delete
  5. DAP parti anak beranak, PKR parti anak beranak, PAS parti anak beranak dan menantu. Ini lagi hebat ni.

    ReplyDelete
  6. sapa kata asal islam akan masuk syurga juga akhirnya...kalau begitu buat jahat pun tak apalah sbb syurga jugaakhirnya...salah bro..

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum kak Yong,
    Jgn dilayan sgt din ayam nie, budak budak katakan. Kepala k**e dok merah lagi, bukan cerdik sgt. Budak budak lazimnya suka perhatian. Saya bagi din ayam 3 bintang & bintang 3. Moga jiwa assabiahnya luntur, byk lagi isu yg perlu diperjuangkan. Wallahu a'lam

    ReplyDelete
  8. Tanya ayam,ayam bukan tau bahasa..
    Patuk padi yg orang tabur pandai la..
    Sampai masa,kena sembelih..

    ReplyDelete
  9. Tanya sama ayah, naper ayam telor,
    Nanti jwb ayam, ayah tak dak telor,
    Tanya sama telor naper tak netas,
    Nnt jwb telor, aku ahli.pas!

    Tanya sama mertua, naper kita goyang...
    Nnt mertua jwb, kita main wayang...
    Tanya sama wayang naper temberang...
    Nnt jwb wayang, takut bayang2...!

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.