Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Monday 1 September 2014

CINTANYA RAKYAT MALAYSIA KEPADA KERETA MEWAH TIDAK TERPERI

SANGGUPKAH BERGOLOK GADAI DEMI MENDAPATKANNYA?

Apabila heboh di alam siber mengenai seorang yang sering memakai serban memiliki sebuah Vellfire, sikitpun Yong tak hairan.

Rakyat Malaysia memang cinta sakan kepada kereta merah.

Sungguh!

Cinta itu melebihi cinta kepada isteri dan anak-anaknya.

Cinta itu merentasi rambut punk, rambut bergel, songkok dan serban.

Ramai pelajar Malaysia, khususnya yang mengambil Masters dan PhD di UK berangan-angan pulang dengan sebuah Mercedes Benz atau BMW.

Tak kisah dia lulus atau tak lulus. Janji bawa balik sebuah...

Ada yang mengikat perut, makan telur hari-hari kerana nak simpan duit beli kereta. Ada juga yang kerja potong sayur di Tesco (Kerja yang Mat Bangla buat di Malaysia). Semuanya gara-gara memiliki sebuah AP.

Di Malaysia, ramai yang mempertikaikan AP ini. Ia didakwa menguntungkan kroni dan menjadikan harga kereta naik melambung.

Kerajaan sudah lama hendak memansuhkan AP.

3 BULAN LAGI 2015

Tetapi sejak itu kerajaan masih ding-dong lagi untuk memansuhkan AP ini:

ADA SYARIKAT YANG AKAN GULUNG TIKAR?

Kononnya kalau AP dimansuhkan, ada yang akan hilang pekerjaan sebab syarikat sudah hilang mata pencarian...

Ada sesiapa percaya?

ADA...

CUKAI DARI PEMBELI YANG MEMBAYAR DENGAN HARGA BERGANDA

Mengapa kumpulan pengedar kereta ini mahu AP diteruskan. Sebabnya? Ini dia:

KERETA DI MALAYSIA NOMBOR DUA TERMAHAL DI DUNIA (JALOPNIK) 

Sudah bertahun-tahun mencekik darah dengan harga kereta yang mahal. Takkan tak boleh sustain business tu? 

Inilah dia mentaliti subsidi buat orang kaya di Malaysia.

ABSURD BUT TRUE!

RAKYAT JADI GELANDANGAN

Mahalnya harga kereta di Malaysia ini mengalahkan harga sebuah rumah pangsa untuk golongan berpendapatan rendah.

RAKYAT MARHEIN DAPAT BR1M MAKAN SETAHUN

Mahalnya harga kereta di Malaysia ini tiada kena mengan dengan keinginan yang mendalam untuk mengawal kadar pengeluaran CO2 demi menjaga alam sekitar.

MERDEKA?


2 comments:

  1. Salam kak yong.

    Kerajaan M'sia kita memang cerodik bab AP, hal kereta tinggi melangit, ni.. simply 2nd to none.. triumphant in lying for ages.

    We people, though, can only blame the TV car ads that feature all the "luxury appeal" ... such knockoff water-down models...haha ..

    Demer suruh kita "bersyukurlah.. " nevertheless.

    ;)

    ReplyDelete
  2. Tiada banyak pilihan dalam kehidupan mahu dipandang berkemampuan atau berprestasi tinggi menjadi matlamat.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.