KOMEN YONG DIHUJUNG N3 INI.
.
FELCRA PROJEK GUNONG TUNGGAL 2 HADANG LALUAN AWAM KE TANAH PERSENDIRIAN DI BRUAS
Oleh Fikri Mohd Amin
BRUAS: Dua orang pemilik tanah di Mukim Pengkalan Baharu, Beruas tidak dapat menggunakan jalan untuk masuk dengan bebas ke tanah mereka berikutan jalan utama ke tanah mereka telah 'disekat' oleh Felcra Berhad (Projek Gunung Tunggal 2). Ini berikutan lot tanah mereka terletak di bahagian belakang, manakala lot tanah bagi Projek Gunung Tunggal 2 oleh Felcra Berhad terletak di bahagian hadapan.
Salah seorang pemilik tanah berkenaan, Shaidon Osman, memaklumkan bahawa beliau dan seorang lagi pemilik tanah berkenaan telah beberapa kali berjumpa dengan pihak pengurusan Felcra Berhad (Projek Gunung Tunggal 2) meminta agar diberikan kebebasan yang sepatutnya untuk keluar masuk ke tanahnya menggunakan laluan yang telah diperuntukkan oleh pejabat tanah.
Namun, pihak Felcra memaklumkan kepada mereka bahawa laluan tersebut adalah merupakan tanah Felcra, dan tiada laluan untuk ke tanah mereka.
"Adalah tidak munasabah tiadanya laluan jalan untuk ke tanah kami. Jika tiadanya laluan, bagaimana kami nak pergi ke tanah kami?" kata Shaidon.
Berdasarkan pelan tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, terdapatnya rizab jalan untuk ke tanah mereka.
Tetapi, laluan yang berkenaan diletakkan hadangan oleh Felcra. Jika ingin ke tanah mereka, mereka perlu mendapat kebenaran dari Felcra.
Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa) Kebangsaan, Razman Zakaria telah melakukan tinjauan ke kawasan tersebut baru-baru ini.
Daripada tinjauan tersebut didapati wujudnya penghadang di pintu masuk utama jalan berkenaan. Kebetulan tinjauan dibuat pada hari Ahad, tiadanya kakitangan bertugas untuk membuka penghadang yang berkunci.
Ketika memberikan respons berhubung perkara ini, Razman menggesa pihak Felcra menghormati hak tuan tanah tersebut.
"Felcra tidak boleh sewenang-wenangnya 'menceroboh' jalan yang merupakan hak awam dengan bertindak seolah-olah ia tanah persendirian milik mereka", kata Pesuruhjaya PAS Perak itu.
Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS Perak, Mohd Zamri Ibrahim yang turut hadir dalam tinjauan itu menegaskan bahawa laluan untuk ke tanah milik dua individu berkenaan adalah merupakan jalan awam.
"Tindakan membina hadangan tersebut merupakan suatu pencerobohan kepada hak awam, terutama kepada dua individu terbabit," katanya.
Rombongan Razman tidak berpeluang masuk ke tanah individu berkenaan, tetapi, dimaklumkan oleh Shaidon, berdasarkan pemerhatiannya sebahagian laluan untuk ke tanahnya dengan menggunakan jalan yang dirintis oleh Felcra adalah tidak mengikut aliran rizab jalan berdasarkan pelan oleh pejabat tanah.
Sebahagian aliran jalan tersebut telah ditanam kelapa sawit dan juga digali kolam udang.
Menurut Shaidon lagi, untuk tujuan menyelesaikan konflik ini, pihak Felcra mempelawa mereka membawa masuk tanah tersebut dengan menjadi peserta Felcra.
"Buat masa ini, saya tidak berhasrat menerima pelawaan tersebut kerana saya lebih berminat mengusahakan sendiri tanah saya", katanya.
********************
Kita ada tanah sekangkang kera, muat-muat untuk pacak sebuah dangau dan cucuk tanam ubi, Pejabat Tanah minta kita bagi laluan pada orang belakang. Laluan yang Pejabat Tanah minta itu boleh tanam beberapa puluh lagi pokok ubi.
Tapi kita bagi juga. Sebab apa? Sebab kita takut di akhirat nanti kita dihisab. Antaranya tentang sikap kita terhadap jiran tetangga.
FELCRA bukan syarikat milik tokey cina kafir Robert Kuok. Tapi milik Kerajaan. Pengerusinya wakil rakyat yang kini menjadi anggota Kabinet Kerajaan. Bukan orang lain. Orang Melayu juga.
Orang Melayu itu Islam, kata Perlembagaan Persekutuan.
Orang Melayu berada di pucuk pimpinan FELCRA, demi "Ketuanan Melayu." (Tanya UMNO).
Jadi, Yong minta FELCRA, tolong jelaskan apa maksud tagline ini?
PENCAPAIAN MELALUI PENAFIAN HAK JIRAN? |
Dan ini:
FAHAMKAH KAMU MAKSUD CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY INI? |
Kamu nak hidup menongkat langitkah? (Baca di sini), selain buat fitnah:
ISLAM MELARANG MENIPU DAN MEMFITNAH |
Maaf, Yong tak sior letak gambor dia.
Sekadar mengingati diri sendiri:
Allah swt melarang mengambil hak orang tanpa izin Tuannya. Firman Allah SWT (Surah Al-Baqarah [2:188]:
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
"Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang bathil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.
Juga Sabda Nabi Muhammad (SAW):
“Barangsiapa merampas hak seorang muslim dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkan baginya syurga,” maka salah seorang bertanya,”Meskipun sedikit, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab,”Ya, meskipun hanya setangkai kayu sugi (siwak).”[HR Muslim]
Wallahuaklam.
Nyampang Felcra bukan Tuhan, kalau tidak lagi susah dibuatnya.
ReplyDeleteSalam kak yong.
ReplyDeleteSome are above any laws. Kita tak boleh lalu dekat deme pun !