HARAP MENTAERI INI TAHU APA YANG DIA CAKAP |
Yong setuju 100% jika polis hendak membantras kegiatan menyalahi undang-undang. Yong juga sokong 100% jika Zahid Hamidi hendak mengkaji kedudukan kumpulan-kumpulan (NGO) yang ditubuhkan oleh parti politik.
Tetapi itu semua kena adil.
Keadilan itu dituntut oleh Islam.
Zahid tentu tahu. Dia dulu duduk dalam ABIM.
TULISAN APA TU? |
Jangan tutup sebelah mata.
Unit Amal bukan badan untuk gempur sesiapa. Unit Amal tidak memakai baju bertulis "Taknak Najib" atau apa-apa tulisan yang menyakitkan hati orang lain.
Unit Amal telah bertahun-tahun wujud.
MEMBUAT KEBAJIKAN ITU SATU KESALAHAN? |
Respons Ketua Pemuda amat tepat. Negara ada undang-undang. Bukan boleh buat "ikut suka aku" saja.
SYABAS KETUA PEMUDA |
Katanya ada ahli Unit Amal memukul orang. Tetapi siapa yang pernah didakwa kerana memukul orang?
KES INI SUDAH SETTLE? (TMI) |
Kita patuh kepada undang-undang yang kita sendiri buat. Tetapi gerombolan ini patuhkah? Sudah berdaftarkah kumplan ini? (lihat video):
Syabas sekali lagi kepada pemimpin PAS yang berdiri di belakang Unit Amal.
Termasuk seorang ini yang dapat melihat jauh ke dalam lagi. Kalah ilmu teropong Bomoh penampor kokodal. Hahaha...
TAK TERKATA |
Tolonglah! Kehidupan kami rakyat marhein sudah terlalu derita kerana menghadapi beban kos sara hidup yang semakin tinggi.
Tidak kira di mana kamu berdiri - PAS, PKR, DAP, UMNO dan BN. Pemimpin fikirlah dengan matang.
SOLIDARITI BERSAMA UNIT AMAL
No comments:
Post a Comment
Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.