Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Saturday, 13 September 2014

MENGAPA BLOGGER PRO-PAKATAN RAKYAT U-TURN?

Blogging adalah sejenis penulisan bebas. Blogger adalah penulis bebas. Dia menulis tanpa diarah atau dikawal oleh sesiapa manusia di dunia ini. Maknanya, seorang blogger yang berprinsip, ada pendirian - a blogger operates alone, using his own mind and thought. Blogger menyampaikan pendiriannya melalui tulisannya. A critical mind is certainly value-added.

Sebab itu ramai ahli politik memblog - termasuk Dr Mahathir Muhamad.

Sad but true, some bloggers write junks.

Worse, some Bloggers get paid to write junks.

Dalam politik, blogger tidak 100% bebas @ tidak memihak. Tindakan blogger tidak memihak itu sebenarnya memihak kepada isu tertentu, ciri-cirinya dan penyelesaiannya. 

Blogger tidak mahu digelar "penulis upahan" atau "pengikut yang dicucuk hidung."

Walau bagaimanapun, blogger boleh u-turn.

Berbeza dengan penulis upahan - yang u-turn kerana upah dari sebelah sana lebih sedap (sebagai nikmat di dunia), blogger yang berpendirian u-turn kerana pendirian orang yang disokongnya tidak boleh disokong lagi.

Begitu juga Yong. Jika pendirian/perjuangan pemimpin yang selama ini Yong sokong sudah terkeluar dari landasan prinsip Yong, maka Yong ucap selamat tinggal kepadanya.

Tidak kisah apa kelulusan akademik pemimpin itu.

Ustaz atau professional - bukan kriteria utama untuk disokong jadi pemimpin.

Yong tertarik kepada tulisan Blogger ini. Salah seorang Blogger yang dulu menyokong TSKI. Kini sudah u-turn. Tentu ada sebab kan? 

Yong petik tulisan WFauzdin NS. Sangat relevan!

SABTU, 13 SEPTEMBER 2014

HANYA ADA DUA SYARAT JIKA PAS MAHU JADI MB SGOR

SEBELUM ini aku menulis bahawa jika Tuanku tidak berkenan wanita jadi MB samada atas faktor kewanitaannya ataupun kerana difikirkan tidak layak, walaupun sekurang-kurang 30 Adun telah menyatakan Azizah itu layak, Tuanku boleh saja menimbangkan calon lain dari PKR iaitu Azmin. 

Bila aku sebut Azizah, ada yang kata aku diupah untuk promosi Azizah. Bila aku sebut tiada masalah untuk pilih Azmin, tuduhan tetap sama aku diupah untuk promosi Azmin. Betapa bengapnya pemikiran yang beranggapan sedemikian. Tidakkah mereka pernah membaca aku juga sebelum ini adalah di antara yang paling kuat menyokong TSKI sewaktu kempen pemilihan di dalam parti baru-baru ini?

Sokongan aku pada TSKI bukan sekadar di dalam tulisan, bahkan aku mengundi TSKI di Cabang aku. Berkempen kuat untuknya. Adakah waktu itu aku juga diupah? Berapa banyak duit aku sekarang akibat menerima upahan dari beberapa pemimpin? Sokongan aku terhenti kepada TSKI apabila beliau telah disabitkan dengan kesalahan tatatertib, itu pun aku amat berharap beliau dapat membela dirinya, menjawab surat tunjuk sebab, menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh Jawatankuasa Disiplin Parti. Malangnya TSKI gagal untuk membela dirinya. Begitu menghampakan, akhirnya beliau dipecat. Di situ, aku bukan saja tidak lagi menyokongnya bahkan aku menyokong tindakan parti untuk menurunkan beliau dari Kerusi MB.

Pada aku, sebaik atau sehebat manapun pemimpin itu jika gagal menunjukkan rasa hormat pada parti, itu bukan pemimpin yang aku mahu sokong. Begitu juga jika aku menyokong Azizah mahu pun Azmin. Sokongan ini tidak mutlak. Kita mahu lihat adakah kedua-dua mereka ini mampu menggalas amanah parti dan amanah rakyat jika diberi peluang menjadi MB Selangor. Jika gagal, kita wajib turunkan mereka. Bukankah itu yang selalu kita kempen kepada rakyat untuk tukar kerajaan yang gagal membela nasib rakyat?

Aku tahu, ada rakan-rakan dari pihak sana mahukan PAS jadi MB. Tiada masalah pun asalkan PAS sanggup lakukan dua syarat ini;

Pertama, langgar saja perjanjian untuk tidak mengambil Kerusi MB dari PKR dan perjanjian dari Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu yang terang dan jelas menyebut, PAS akan tolak jika diberikan Kerusi MB. Jika PAS sanggup langgar perjanjian ini, tiada masalah.

Kedua, PAS mesti dapat sokongan majoriti dari Adun-Adun terutamanya dari Adun PR. Atau, PAS sanggup tidor sebantal dengan Umno dan mencuri beberapa Adun lagi dari PR untuk mencukupkan majoriti bagi menjadi MB. Jika ini berjaya, tiada masalah PAS untuk menjadi MB.

Aku tertarik dengan tulisan Ustaz Mokhtar Senik (Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang) yang juga AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, yang menyebut, jika PAS dipilih menjadi MB, PKR dan DAP wajib sokong untuk buktikan kerjasama di dalam PR. Rasa mahu gelak membacanya sebab kenyataan itu datangnya dari Ulamak.

Tidak perlulah aku sebut mengapa aku nak gelak membacanya. Tapi yang jelas, kenyataan itu membuktikan tidak semua Ulamak tahu berpolitik dan tidak hipokrit !!

DICATAT OLEH WFAUZDIN NS DI 2:43 PG

Kalau perjuangan Khalid yang ini terkeluar dari prinsip Yong, maka Yong akan u-turn dari menyokongnya.

SETAKAT INI DISOKONG 

Pemimpin tidak maksum.

Pesanan nenek-moyang:

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah ditepi pantai.
Benih yang baik, dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau.

Pemimpin yang baik dicampak ke rumah pasung, jasadnya terkurung, tetapi roh perjuangannya tiada siapa yang boleh kongkong.

11 comments:

  1. DeeDee Yong...

    Hahahaha... Gua mudah U-Turn la Yong... Janji Yahudi Google bayor lebih gua akan U-Turn la.... Hahahaha....

    Aper pon.... Gua lebih wala' kepada RM (err... bukan RosmahMansor aaa)..... berbanding pemimpin.... Wala' dan taksub kepada pemimpin bukan dier tau yang kiter tak berduit.... Hahaha.. lebih baik wala' kepada RM..... Hahahaha

    Tapi kalo pemimpin nak upah gua.... sori aaa... Gua cuma terima dalam Great Britain Pound (GBP) jer.... kalu stakat duit Malaysia gua tak layan.... Hahahaha

    Kalo nak bayor.... nanti gua bagi akaun Neteller dan Paypal gua.... buat mudahkan pemimpin nak buat deposit... Hahahaha

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam C++

      Takkan nak ikut ijtihad ulama, kalau keputusan betul dapat 2 pahala, kalau silap dapat 1 pahala kot?

      Yong takut!

      Silap terus tercampak ke neraka...

      Delete
  2. Benar tu Yong,
    Manusia tidak boleh dianggap beriman selagi tidak diuji. Serban Tantawi sebesar bakul pun mungkin terpelanting jika Fasha Sanda mengang****

    Ahli poltik boleh konar baring, u-turn atau tonggeng bontot jika dijanjikan kuasa dan imbuhan.

    Masa tu lah kita akan nampak keMUNAFIKan seseorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Asrul Sani

      Politik takde maruah. Atau politik maruah boleh dijual beli. Itulah yang sering berlaku.

      Baik lagi Putin dari Obama.

      Putin sah dia mengaku kominis(socialist). Obama mengaku ada agama...Tapi tindakan macam takde agama.

      Delete
  3. Better write for yourself and have no public, than to write for the public and have no self.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kak Yong @ prof !

      Din..u nailed it .. just spot on ! We write it right.. or left to be blamed at any consequences!

      Delete
  4. aku ingat bila PKR serahkan pkalan kubur pd pas akan redalah keadaan. tp puak yogi bear memang cari pasal. siabdul tuduh pkr pengkhianat krn curi 2 adun. bila masa pula pkr curi adun pas? sipresideng pula buat kenyataan ingin kekalkan khladi sbg mb.

    oleh krn pas mencanangkan undang2 tertinggi adalah al-Qur'an, hadis dan bla bla bla... aku minta ayat mana yg dirujuk oleh dua lebai ini yg menbolehkan mrk menfitnah dan khianat pada janji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://wrlr.blogspot.com/2014/09/tiga-kali-tukar-nama-mb-buang-tabiat.html

      Delete
  5. Salam.


    Many just like that Junk Food of thought - that of slanderous, rubbish, lazy journalism !

    It's now no longer a question of if, just when. TGHH & his conmen have to go as they're already founded !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Nak mudah "cut and paste" berita artis. Tentu dapat banyak hits.

      Delete
  6. PAS elok keluar pakatan kalau rasa sudah kuat sangat.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.