Sebelum MB baru Selangor, Azmin Ali mengeluarkan senarai Exco dan jawatannya, sudah berkumandang suara-suara sumbang dari pemimpin-pemimpin yang berada di dalam dan luar Selangor.
Ada yang merengek kata “PAS dibuli oleh PKR dan DAP”.
Ada yang tak puas hati dapat 3 jawatan exco, bukan 4.
Ada yang menuntut jawatan utama mesti diberi kepada exco PAS
Bla…bla…bla…
Sekarang senarai exco dan jawatan telah keluar.
Ada yang bukan utama?
Ada beza 3 dan 4 jawatan yang dipegang?
Ada nampak PAS dibuli?
Tolonglah…
Kerajaan dalam sistem demokrasi adalah satu pasukan.
Ia bukan one-man show.
Bukan jawatan aku lebih utama dari kamu.
Aku 4, kamu 3 saja, jadi kamu tak penting.
Kabarnya Selangor pernah ada one-man show.
Dan ia tidak digemari, kerana keputusan tidak digemari.
Sekarang Selangor hendak membentuk kerajaan yang ada pasukan.
Ibarat sebatang pohon;
Sehalus-halus akar, atau semuda-muda pucuk, semuanya ada peranan.
Ibarat sebuah bahtera;
Jika nakhoda seorang diri, bolehkah dia kendalikannya untuk sampai ke destinasi?
Berikut adalah Portfolio Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor:
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kewangan, Pembangunan Tanah, Pengurusan Sumber Alam, Majlis Tindakan Ekonomi Selangor dan Penerangan dipegang Menteri Besar Selangor.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan - Datuk Teng Chang Khim
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar - Iskandar Abdul Samad.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongann, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna - Elizabeth Wong.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baharu - Ean Yong Hian Wah.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi - Dr Ahmad Yunus Hairi.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita & Keluarga - Dr Daroyah Alwi.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang - Ganabtirau A/L Verman.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains & Teknologi dan Inovasi - Nik Nazmi Nik Ahmad.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan - Amirudin Shari.
- Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani - Zaidy Abdul Talib.
Jika diteliti kesemua Portfolio itu, tidak ada satupun yang mampu bergerak sendiri tanpa sokongan portfolio lain.
Contohnya kita ambil Portfolio Dr Daroyah Alwi.
Selalunya orang ingat Portfolio Hal Elwal Wanita dan Keluarga ini dianggap tidak utama. Kesian Dr Daroyah.
Hoi! Tolong sikit! Kalau keluarga tidak harmoni, boleh kita buat kerja kita dengan tenang dan efisyen? Kita akan serabut dan menyerabutkan co-worker di jabatan kita. Itu sudah pasti. Oleh itu Dr Daroyah perlu gandingan kerjasama dari Nik Nazmi, Zaidy, Dr Ahmad Yunus, Iskandar Abdul Samad dan Ganabtirau, melalui Portfolio yang komer pegang.
Bukankah memberi kerjasama supaya jabatan rakan sekerja itu efisyen juga satu ibadah?
Jadi, janganlah menjerit-jerit kata orang kita tak dapat jawatan utama, kena buli, etc...
Inilah akibatnya bila tidak memiliki kepakaran dalam ilmu tadbir-urus modern, tapi hendak juga beri tahu orang lain bagaimana mengurus sebuah organisasi.
Yang penting bukan bilangan pemegang jawatan itu. Tapi adakah kamu seorang yang istiqomah, amanah dan cekap?
Takkan nak merebut Portfolio yang dipegang Menteri Besar pulak?
Berilah peluang kepada Menteri Besar pilihan Sultan Selangor ini untuk menunjukkan "output" dia. Lepas itu baru kita beri maklumbalas.
Maklumbalas, bukan berbalah.
Maklumbalas, bukan berbalah.
Tak penat ke asyik berbalah saja?
BERBALAH TIDAK AKAN SELESAIKAN MASALAH |
A'kum Yong
ReplyDeleteSaya nak bawa balik N3 ni......menarik
He...hee....kalau saya pun kena pi main jauh-jauh ni...!
Salan mountdweller
ReplyDeleteYou are welcomed!
Hahaha..Mujur Yong masih 50% Selangor (sebelah bapa). 50% sedara2 duduk di Selangor dan 50% duduk di Perak.
Nak main jauh-jauh pun tak boleh jugak. Adik beradik, sedara-mara kena maintain silaturrahim...
Kahkah ka hkah!
ReplyDeleteapa pasei le demer bubuh nama roper itu kat kulat tu.
kesian kulat.
ini mesti kerja org melayu. Kan?
DeeDee Yong...
ReplyDeleteCute la Kucin tue... Hahaha.... By the way... Vellfire, Elysion, Mini Cooper dan lain-lain sila pi main jauh-jauh....
Buat Vellfire.... Ikan Sturgeon aper citer... Hahahaha
C++
CipanTapirTenuk.Blogspot
yong aku sokong gambo kucin tu jer ha ha
ReplyDeleteyong, tengok saja tak boleh ke
ReplyDeleteSalam kak yong !
ReplyDeleteSebagai anak jati Perak, teman tolong doakan aje le yang "terbaik" untuk komer semua kat Selangorians!
Untuk PAS & penyokong PAS.. teman ingat "ok" dah tu dapat 3 portfolio tu. Jangan kecik hati, ambik iktibar daripada kelemahan ( Presideng) PAS sendiri... ada hiikmahnya ! Soal kepimpinan ni kena le ada synergy. Today's rate, kita TAK NAK dah yang tau cakap aje tambahan yang mulut jelabaih, capoi nak kondem orang (& orang sendiri) aje tapi kerja dia sendiri kureng !