Di sini komer kena lihat dengan hati. Baca dengan otak. Baca sampai habis. Dalam hati ada perasaan. Dalam otak ada akal. Kalau tidak komer tak faham.

MAAF

Semua blog yang ada iklan tersembunyi, iklan jual produk untuk tujuan seks, dan iklan yang menempel di tengah halaman (sama ada menutup teks atau tidak) akan dikeluarkan.

Sunday 16 November 2014

KHALID IBRAHIM FLIP-FLOP ISU PAMPASAN 2.5 JUTA...

Khalid diwar-warkan sebagai seorang yang berintegriti.

Tetapi hari ini kita dikejutkan dengan isu pemberian pampasan bernilai RM2.5 juta kepadanya dan bekas pegawai-pegawainya.

Baca berita ini:

Ada unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta MBI, kata Azmin

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
Published: 16 November 2014 

Kemelut pengunduran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan menteri besar Selangor masih belum berakhir apabila kerajaaan negeri mendapati wujudnya unsur salah guna peruntukan RM2.5 juta Perbadanan Menteri Besar (MBI) semasa pengundurannya September lalu, kata Mohamed Azmin Ali.

Menteri besar Selangor itu berkata, hasil siasatan Jabatan Audit Negeri mendapati ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi Khalid apabila menggunakan jumlah wang itu sebagai pampasan kepada dirinya dan 7 pegawainya yang meletakkan jawatan secara sukarela.

"Hasil siasatan yang dijalankan memang ada beberapa perkara yang tidak dipatuhi dalam pemberian ganjaran tersebut dan sudah tentulah jumlah ganjaran begitu besar luar biasa jumlahnya perlu disemak semula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program ‘MB Terjah Kampungku Meriah’ di Kampung Tengah Gombak, pagi tadi.

Jumaat lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaaan negeri mengarahkan anak syarikatnya, MBI mendapatkan semula jumlah wang terbabit yang diberikan kepada pembantu Khalid.

Antaranya termasuk kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Husin dan bekas Setiausaha Akhbar Arfa'ezaa Abdul Aziz.
(TMI

Pada hari yang sama berita ini juga tersiar:

Khalid Terkejut Bayaran Tinggi Kepada Bekas Pegawainya


Diterbitkan: Ahad, 16 November 2014 10:48 AM

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa tidak mengetahui jumlah pembayaran pemberhentian kepada lapan bekas pegawainya yang masing-masing menerima sebanyak RM700,000.

Khalid yang kelihatan terkejut dengan jumlah tersebut berkata, beliau tidak pasti sama ada jumlah yang dibayar dibawah skim tersebut turut diberikan kepada setiausaha politiknya.

“Jika pengiraan itu betul, jadi ia memang betul, saya tidak fikir begitu (salah),” kata ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu di Pangsapuri Permai, Sungai Besi dekat sini, Sabtu.

Khalid menyifatkan wang tersebut sebagai bayaran pemberhentian kerja yang ditawarkan kepada kakitangan selepas perubahan menteri besar negeri berkenaan.

Jelasnya, keputusan mengenai pembayaran itu dibuat oleh Perbadanan Menteri Besar (MBI).

“Ahli lembaga pengarah MBI terdiri daripada tiga individu – menteri besar, setiausaha kerajaan dan pegawai kewangan. Mereka yang membuat keputusan,” katanya.

Tambahnya, Exco hanya perlu dimaklumkan mengenai pembayaran tersebut kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.

Beliau memberitahu, MBI mempunyai simpanan tunai lebih RM112 juta dan bayaran yang dibuat kepada pegawainya pula tidak melebihi 2 peratus seperti yang disyaratkan.

“Ia mengikut prosedur, mereka boleh melakukan audit,” kataya. (MSTAR)

Mula-mula Yong tengok amaun itu macam tak sama. Mengikut MSTAR, setiap bekas pegawainya mendapat RM700,000.00 seorang. Semuanya ada lapan orang, termasuk dirinya. Maknnya:

RM700,000.00 x 8 = RM5.6juta.

Tetapi yang menjadi persoalan RM2.5juta. Ada short RM3.1juta. 

Sama ada laporan MSTAR salah atau hanya RM2.5juta yang diagih-agihkan.

Kalau MSTAR salah, patutlah Khalid Ibrahim terkejut. RM2.5 juta dibahagi 8 = RM312,500.00, bukan RM700,000.00.

Yong tidak mahu buat spekulasi mungkin ada yang dapat RM700,000.00 dan mungkin ada yang kurang.

Entahlah. mengkomer yang terlibat sahaja yang tahu.

Walau bagaimanapun, amaun itu masih terlalu besar buat sekumpulan pembantu MB yang bekerja satu penggal lebih sedikit. Seorang pegawai awam mungkin perlu bekerja selama 25 tahun baru dapat pampasan begitu banyak.

Janganlah buat-buat terkejut. Kami juga terkejut kerana kami dengar Khalid Ibrahim seorang yang berintegriti dan tidak akan melakukan sesuatu yang di luar batas undang-undang.

Mula-mula terkejut, kemudian kata guna sikitjer...tak sampai 2% dari lebih RM112 juta dana MBI.

Huh??

Flip-flop juga bekas MB ni...

Diharap siasatan dijalankan dengan teliti. Jika tidak, perbuatan memberi ganjaran tinggi (yang tidak munasabah) kepada pembantu dengan menggunakan dana awam ini akan jadi precedent pula.

Kononnya Khalid Ibrahim ini seorang yang kedekut. Tapi nampaknya tidak juga begitu ya?


8 comments:

  1. Agaknya boleh tidur malam tak depa tu ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alhusseyn

      Biasanya orang yang ambik duit boleh tidur malam, kecuali dia ada conscience.

      Delete
  2. Salam kak yong !

    Mungkin .. dia memang selama ni tegas & 'kedekut' .. cumanya dia mungkin buat 'air turn back" & terfikir "Bila lagi nak reward himself & his right-hand guys, dah orang lain tetibe nak terminate dia as the then MB of S'ngor ??"

    Semoga dia & kita boleh belajor yang kita ni kena tetap istiqamoh dengan sikap, sifat mahmudah up till the end of time of our lives ..baru le dikira dah ikhlas & yet shrewd !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hanz

      Ada yang macam tak kena...sebab amaun melampau.

      Delete
  3. Salam semua.
    Saya dapat info, ceritanya mcm ni... (kalau salah, minta ampun)
    Dulu masa exco PKR & DAP kene pecat, depa & semua staff dpt advance tah berapa bulan gaji...
    Org TSKI ni keje under MBI, Faekah p pecat depa semua, next, TSKI p pecat pulak Faekah. Lastly, TSKI quit dr MB.

    Itu hint saya dapat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Alias

      Isunya ialah pegawai TSKI tu berhenti, bukan dipecat. Lagipun kalau lantikan politik, boleh ada VSS ke?

      Delete
  4. haru biru jadinyo... yg mana betui pon tak tahu.. kalau guna duit rakyat tu berhati-hati lah...

    ReplyDelete
  5. sbrg skim vss mesti mendapatkan kelulusan pejabat buruh. bukan suka2 je kata vss. lagipun dlm vss, tiada pampasan 3 bulan gaji sbb pampasan termasuk dlm formula vss. kalau dpt 3 bulan gaji bermakna majikan terminate tanpa notis.

    ReplyDelete

Komen mengkomer Yong tapis. Yong tak gemor kalau komer singgah dan melalut dengan bahasa mencarut atau bersifat racist. Yong takkan terbitkan. Komen yang ada link iklan akan masuk dalam spam. Tak kira dari penyokong mana-mana parti. Tak puashati? Ini hak tuantanah - untuk terbit atau tidak terbitkan komen mengkomer.